Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
Salam Sejahtera dan Selamat Pagi, Terima kasih atas semua jawapan yang diberikan tadi. Saya ada satu lagi soalan tentang istilah "sejauh mana". Yang saya tahu, perkataan 'mana' hanya boleh digunakan untuk ayat pertanyaan. Bagaimana pula dengan "ketentuan-ketentuan yg menyatakan sejauh mana atau sebanyak mana kuasa yg ada pd atau yg boleh digunakan oleh seseorang" yang saya ambil dari http://prpm.dbp.gov.my/Cari1?keyword=sejauh+mana&d=158212LIHATSINI. Adakah ini bermakna istilah "sejauh mana" boleh digunakan untuk ayat bukan pertanyaan? Terima kasih. | Perkataan sejauh mana bermaksud had mana atau hingga mana. Perkataan sejauh mana boleh digunakan untuk ayat seperti yang dinyatakan dalam soalan tersebut. | Tatabahasa | 08.10.2019 |
apakah maksud nilai dan ketentuan | Nilai bermaksud sifat ketinggian (pemikiran, agama, kemasyarakatan, dll) dan ketentuan bermaksud sesuatu yg tentu atau yg telah ditentukan/ keputusan yg muktamad/ketetapan | Makna | 11.10.2007 |
apakah yang dimaksudkan dengan terkapar? | Terkapar bermaksud terlantar atau terbaring tidak ketentuan. | Makna | 26.11.2012 |
apakah maksud norma? | Menurut Kamus Dewan Edisi Empat, norma ialah ukuran untuk menentukan sesuatu; Norma juga bermaksud peraturan atau ketentuan yang telah menjadi kebiasaan yang dijangka akan dipatuhi oleh setiap anggota masyarakat dan sebagainya: dia ingin memelihara ukuran-ukuran dan norma yang telah ditetapkan; tindakan mereka mengikut norma dan peraturan kekeluargaan mereka. | Makna | 18.02.2013 |
Selamat petang... saya hendak mengemukakan satu pertanyaan...Apakah perbezaan akta dengan undang-undang (perundangan)? | Dalam Kamus Dewan Edisi Empat, undang-undang ditakrifkan sebagai susunan peraturan dan ketentuan yang dibuat oleh badan pemerintah sesebuah negara: Sesiapa yang melanggar ~ akan dihukum. 2 peraturan yang dibuat oleh sesuatu badan yang berkuasa: Tiap-tiap ahli mesti mematuhi ~ persatuan. 3 rumusan yang dibuat mengikut peraturan alam seperti yang terdapat dalam ilmu sains dll; hukum. Manakala akta ialah undang-undang (yang digubal dan diluluskan oleh parlimen dsb); | Makna | 02.02.2014 |
Reda atau redha? | Menurut Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020; 1837): reda kata kerja tak transitif 1 (berkenaan seseorang) menerima segala ketentuan takdir, kekurangan seseorang dan sebagainya, dengan penuh rasa keikhlasan dan tanpa ragu-ragu: Anda perlu reda atas apa yang terjadi kerana dengan keredaan itu anda akan mendapat ketenangan. Suami seharusnya reda dan sabar menghadapi kerenah isteri yang sedang hamil. kata nama 2 hal yang diterima oleh Allah segala perbuatan baik seseorang: Dia berusaha mencapai reda Allah. Kata terbitan daripada kata reda ini ialah kata meredai, reda-meredai, meredakan, keredaan, berkeredaan, sereda, sereda mungkin dan reda sereda-redanya. | Ejaan | 03.08.2023 |
Perbezaan penggunaan kekecualian dan pengecualian. | Menurut data kami, maksud kekecualian ialah sesuatu yang menyimpang (berlainan, terasing) daripada yang umum dan lain-lain, sesuatu yang dibebaskan (terkeluar, terasing) daripada sesuatu peraturan (ketentuan dan sebagainya) manakala pengecualian bermaksud 1. perihal mengasingkan atau mengeluarkan dari kebiasaan (sesuatu peraturan dan lain-lain); 2. perihal menjadikan tidak berpihak kepada atau menyebelahi (sesuatu pihak, blok, dan sebagainya): satu persidangan negara-negara untuk membincangkan ~ Indo-China telah diadakan. | Makna | 26.12.2017 |
1) Apakah beza dari segi maksud sebenar antara perkataan id, nafsu, dan naluri? 2)Apakah beza dari segi maksud sebenar antara perkataan norma, nilai, moral, dan etika? TERIMA KASIH... | Id ialah bahagian minda yang berhubungan dengan naluri dan dorongan bawah sedar; nafsu ialah keinginan yang keras, kehendak atau kemahuan yang kuat; naluri ialah desakan hati untuk melaksanakan sesuatu, tabiaat semula jadi; norma ialah peraturan atau ketentuan yang menjadi kebiasaan yang dijangka dipatuhi oleh sertiap anggota masyarakat; nilai ialah darjat, kualiti, taraf; moral ialah ajaran atau pegangan tentang buruk baik sesuatu perbuatan; etika ialah prinsip moral atau akhlak atau nilai yang menjadi pegangan seseorang atau kumpulan. | Makna | 09.02.2008 |
Jelaskan maksud penggunaan kata 'normal baharu' dan perbezaan penggunaan kata 'norma baharu'. Terima kasih. | Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, maksud normal ialah menurut aturan, keadaan, pola yang lazim atau biasa, contoh ayat: Fisioterapi akan membantu otot-otot yang cedera itu untuk pulih ke keadaan normal. Manakala perkataan norma pula membawa maksud ukuran untuk menentukan sesuatu, peraturan atau ketentuan yang telah menjadi kebiasaan yang dijangka akan dipatuhi oleh setiap anggota masyarakat dan sebagainya, contoh ayat: Dia ingin memelihara ukuran-ukuran dan norma yang telah ditetapkan; Tindakan mereka mengikut norma dan peraturan kekeluargaan mereka. | Penyemakan dan penterjemahan | 24.04.2020 |
antara 'norma baharu' atau 'normal baharu", mana satu yang betul? | Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, maksud normal ialah menurut aturan, keadaan, pola yang lazim atau biasa, contoh ayat: Fisioterapi akan membantu otot-otot yang cedera itu untuk pulih ke keadaan normal. Manakala perkataan norma pula membawa maksud ukuran untuk menentukan sesuatu, peraturan atau ketentuan yang telah menjadi kebiasaan yang dijangka akan dipatuhi oleh setiap anggota masyarakat dan sebagainya, contoh ayat: Dia ingin memelihara ukuran-ukuran dan norma yang telah ditetapkan; Tindakan mereka mengikut norma dan peraturan kekeluargaan mereka. | Penyemakan dan penterjemahan | 13.05.2020 |
|
Tesaurus |
---|
| tentu (kata tugas) | 1. Bersinonim dengan pasti: tetap, tegas, mesti, tidak boleh tidak, positif,
2. Bersinonim dengan jelas: nyata, terang, ketara, sahih, sah, benar, betul, tidak syak lagi, tidak
ragu-ragu lagi,
3. Bersinonim dengan tidak boleh tidak: mesti, pasti, nescaya, wajib,
| Kata Terbitan : menentukan, ketentuan, penentuan, penentu, |
|
|