Kata |
Takrif |
Sumber |
seni II | 1 kecekapan atau kepandaian membuat sesuatu yg indah-indah. 2 hasil karya yg dicipta dgn kebolehan atau dgn kepandaian yg luar biasa; hasil drpd sesuatu ciptaan. ~ bina (bangunan) seni ttg pembuatan bangunan. ~ drama seni ttg lakonan pentas (sandiwara). ~ jarum kepandaian dlm hal jahit-menjahit atau sulam-menyulam. ~ halus cabang seni dan karya seni yg mempunyai nilai keindahan dan memberikan kepuasan cita rasa kpd peminatnya, spt lukisan, muzik, puisi dan ukiran. ~ kata susunan kata yg indah-indah (dlm sesebuah lagu dll). ~ lukis kepandaian dlm hal lukis-melukis. ~ pahat (ukir) kepandaian membuat ukiran. ~ suara seni ttg suara dan lagu. ~ tari seni ttg tari-tarian. kesenian segala sesuatu yg berkaitan dgn seni: ilmu ~ (seni) pengetahuan ttg seni secara umum. seniman 1 orang yg mencipta sesuatu hasil seni spt pelukis, penyair. 2 bintang filem lelaki. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
kepandaian | keadaan atau sifat pandai; kebolehan serta kemahiran; kecerdikan: Dgn ~ memanah itulah, askar Mesir dpt mengalahkan negeri Parsi pd zaman dahulu. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
kepandaian | kecerdikan, kemahiran, kepintaran: ada wang tetapi tidak ada ~, tidak boleh jadi juga; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kepandaian | keadaan atau sifat pandai; kebolehan serta kemahiran; kecerdikan: Dgn ~ memanah itulah askar Mesir dpt mengalahkan negeri Parsi pd zaman dahulu. | Kamus Pelajar |
hikmat | 1. kepandaian, bijaksana: banyak sungguh kepandaian dan ~ orang putih ini; 2. ilmu ghaib (sihir), kesaktian: mereka mencari ~ pula utk menawan hati tunangannya; ahli ~ = juru~ orang yg pandai ilmu ghaib; ~ perang kebijaksanaan (ilmu, mantera, dll) utk berperang; 3. erti, maksud (yg dalam), tujuan yg sebenar drpd sesuatu: tiap-tiap kewajiban yg ditetapkan oleh Allah dlm Islam itu mempunyai ~ bagi faedah kehidupan manusia; berhikmat mempunyai hikmat, bertuah: keris Hang Tuah yg bernama Tamingsari itu dipercayai ~; menghikmat, menghikmatkan mengenakan hikmat (mantera, sihir, dll) kpd: Pak Bongsu sudah menghikmatkan negeri kita ini, siapa pun masuk di sini tak selamat hidup. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menguji | 1 menduga kecerdasan (kepandaian, kecekapan dll) seseorang; memeriksa: Beliau telah ~ kepandaian murid-murid dlm Matematik. 2 menyelidik atau memeriksa sesuatu utk mengetahui keadaan sebenarnya: Ia ~ kereta itu dahulu sebelum membelinya. 3 memeriksa mutu emas dgn menggunakan batu uji. 4 menduga kecekalan hati dsb: Bencana ini seolah-olah ~ ketabahan hati kita. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
uji | ; menguji 1 menduga kecerdasan (kepandaian, kecekapan dll) seseorang; memeriksa: Beliau telah ~ kepandaian murid-murid dlm Matematik. 2 menyelidik atau memeriksa sesuatu utk mengetahui keadaan sebenarnya: Ia ~ kereta itu dahulu sebelum membelinya. 3 memeriksa mutu emas dgn menggunakan batu uji. 4 menduga kecekalan hati dsb: Bencana ini seolah-olah ~ ketabahan hati kita. ujian 1 peperiksaan yg diadakan utk mengetahui kebijakan (kecerdikan dll) seseorang: Dlm ~ itu, banyak juga murid yg gagal. 2 percubaan utk mengetahui sesuatu hal (dlm bidang sains): ~ makmal. 3 pemeriksaan utk mengetahui baik buruknya (tulen tidaknya dll) sesuatu. 4 sesuatu yg dialami utk menguji; dugaan; cubaan. ~ darah analisis sampel darah utk mengetahui atau mengenal pasti sesuatu jenis penyakit: ~ darah terpaksa dilakukan terhadap pesakit itu. pengujian perbuatan (hal, cara dsb) menguji. penguji 1 orang yg menguji. 2 alat utk menguji. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
uji | 1 menduga kecerdasan (kepandaian, kecekapan dll) seseorang; memeriksa: Beliau telah ~ kepandaian murid-murid dlm Ilmu Hisab. | Kamus Pelajar |
silat | sj seni (permainan dsb) atau kepandaian berjuang dgn menggunakan ketangkasan menyerang dan mempertahankan diri, pencak; jenis-jenisnya: ~ cekak, ~ gayung, ~ pulut; ahli ~ orang yg cekap (mahir) tentang silat; bersilat bermain silat (pencak), berjuang dgn silat: sebelah kanan orang memencak, sebelah kiri orang ~; ~ lidah (kata) ki pandai memutarbalikkan perkataan, pandai berdalih (berhelah); menyilat mengelak (pukulan, serangan, dll) dgn gerak silat, menangkis; persilatan yg berkaitan dgn silat: gimnasium itu akan dilengkapi pusat riadah, tempat latihan ~ dll; pertarungan silat yg menunjukkan kaedah ~; ~ lidah (kata) ki perbahasan dll dgn menguji kepandaian berkata-kata (memainkan kata-kata); pesilat orang yg bersilat: ~ sedang bersedia utk memulakan pertandingan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kejuruan | kepandaian yg khas; keahlian. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
Kata |
Takrif |
Sumber |
know -how | n kepandaian: technical ~, kepandaian teknik. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
dexterity | n 1. skill, deftness, kecekatan, ketangkasan: he displayed considerable ~ on the tennis court, dia menunjukkan kecekatannya di gelanggang tenis; 2. mental adroitness, kecekatan, kepandaian: ~ in argument, kepandaian berhujah. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
cleverness | n 1. intelligence, kepandaian; 2. skill, kemahiran, kecekapan; 3. wisdom, kebijakan; 4. shrewdness, kepintaran. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
aptitude | n 1. (ability) kebolehan; (talent) bakat: an ~ for acting, bakat berlakon; 2. quickness to learn, understand, kepandaian, kepintaran, kecerdikan; 3. appropriateness, kesesuaian | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
eye | for sos ~s only, utk tatapan sso sahaja: on the envelope was written For Chief Ministers ~s only, pd sampul surat itu tertulis Untuk tatapan Ketua Menteri sahaja; have an ~ for, pandai menilai, mempunyai kepandaian menilai; have /an, os/ ~ on so., memperhatikan sso: he has his ~ on the newcomer, dia memerhatikan orang baru itu; have an ~ /to, for/ the main chance, (derog) mencari peluang; have ~s in the back of os head, ada mata di belakang: | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
Kata |
Takrif |
Bahasa |
Tema |
ilmu | ilmu; 1 pengetahuan, kepandaian dlm perkara dunia, akhirat, zahir, batin, dll: pinyeang ~ mencari ilmu; 2 kajian bkn sst perkara: ~ bumi ilmu bumi; ~ pimun ilmu bercucuk tanam; 3 jampi, mantera; ~ kudin tuju; ~ pengan diak a pedeh jampi atau mantera menye | Melanau Mukah | |
Kata |
Sebutan |
Jawi |
kepandaian | [ke.pan.daian] | کڤنداين |
|
Tesaurus |
---|
| pandai | 1. Bersinonim dengan cerdik ( pintar, bijak, cerdas, bijaksana, bestari, bergeliga, cair otak, besar akal,
banyak akal, tajam akal, tajam fikiran, terang akal, terang hati, otak minyak, fatan, punsu,
tahu-tahu, piawai, ) (adjektif:) Berantonim dengan bodoh
2. Bersinonim dengan cekap ( mahir, handal, pantas, cekat, tangkas, biasa, terlatih, lancar, akas, prigel, campin, ) (adjektif:)
3. Bersinonim dengan ahli ( jauhari, tukang, pakar, juru, utas, empu, kipu, ) (kata nama:)
| Kata Terbitan : memandai-mandai, kepandaian, |
|
|