Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Khidmat Nasihat ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Kamus Bahasa Melayu Kamus Melayu ParsiKamus SainsKamus Thai Melayu Dewan
Kata Takrif Sumber
cair otakpandai;Kamus Dewan Edisi Keempat
cair1. tidak keras dan tidak spt gas (boleh mengalir spt air), encer, tidak pekat: air raksa ialah benda yg ~; susu ~; logam kalau dipanaskan menjadi ~; 2. ki bocor (bkn rahsia, berita, dll); 3. menjadi lemah (kurang giat, kurang bersemangat, dsb): kekerasan hatinya ~ spt lilin terkena bahang api; 4. (Eko) mudah ditukarkan kpd wang tunai; ~ loler Kl terlalu cair; ~ otak pandai; mencair menjadi cair: lapisan air batu di kawasan kutub ~ lalu aras laut meningkat; mencairkan 1. menjadikan sesuatu cair, mengencerkan: pemanasan itu ~ minyak yg beku; 2. (Eko) menukarkan aset kpd wang tunai: para pemaju menjual rumah bernilai lebih AS$1 bilion (RM3.8 bilion), ~ pasaran yg terbeku selama setahun; 3. ki menjadikan perasaan (semangat dsb) berkurang atau lemah: suara manja kekasihnya itu tidak ~ kemarahan Wi; cairan sesuatu benda yg sudah dicairkan, enceran; kecairan 1. perihal cair; 2. (Eko) kebolehan utk menukarkan sesuatu aset kpd wang tunai dgn mudah dan cepat; 3. (Eko) adanya pembeli dan penjual yg mencukupi bagi sesuatu sekuriti (saham) pd harga yg berpatutan utk mengekalkan keadaan pasaran yg stabil; pencairan 1. proses mencair atau mencair­kan; 2. (Eko) proses menukarkan (menjual) aset kpd tunai bagi tujuan menjelaskan hutang syarikat; pencair bahan (spt air dsb) utk mencairkan sesuatu.Kamus Dewan Edisi Keempat
otak caircepat menangkap pelajaran dsb yg diajarkan; cerdik.Kamus Pelajar Edisi Kedua
kepala busungId kepala membesar kerana rongga-rongga otak dimasuki benda cair;Kamus Dewan Edisi Keempat
otak I1 benda putih dan lembut dlm tengkorak yg menjadi pusat saraf; kumpulan saraf yg menjadi isi teng­korak. 2 daya berfikir; akal; fikiran: Orang itu sudah tidak siuman lagi ~nya. ~ cair cepat menangkap pelajaran dsb yg diajarkan; cerdik. ~ kering tidak berapa siuman; hampir-hampir gila. ~ udang bodoh.Kamus Pelajar Edisi Kedua
otak I1 benda putih dan lembut dlm tengkorak yg menjadi pusat saraf; kumpulan saraf yg menjadi isi tengkorak. 2 daya berfikir; akal; fikiran: Orang itu sudah tidak siuman lagi ~nya. ~ cair cepat menangkap pelajaran dsb yg diajarkan; cerdik. ~ kering tidak berapa siuman; hampir-hampir gila. ~ udang bodoh.Kamus Pelajar
beku1. pejal, keras (bkn benda cair): di kutub, air laut ~ sepanjang tahun; 2. ki kaku, tidak bergerak: yg ~ dan tidak selaras dgn zaman moden; bahasanya usang dan ~; modal utk membeli barang baru masih ~ di tangan penghutang; 3. ditangguhkan (berlakunya sesuatu), digantung, dilarang bergerak: parti itu perlu diharamkan ataupun dinyatakan ~ sementara; ~ otak = ~ fikiran tidak mudah faham; membeku menjadi beku: darah yg keluar itu sangat lambat mengalir, tetapi ia segera ~; membekukan 1. menjadikan beku, membuat (sesuatu) menjadi beku atau pejal: dlm masa seminggu sahaja, sudah pandai menggunakan pisau toreh dan ~ getah; 2. menghentikan sesuatu amalan (pergerakan, kegiatan, kemudahan, dll) buat sementara: peminjaman wang utk membeli kereta telah dibekukan pd bulan lalu; ~ jawatan menghentikan pengisian jawatan kosong buat sementara waktu; kebekuan perihal (keadaan) beku: keadaan ini boleh membawa kita keluar drpd ~ fikiran;pembekuan perihal atau perbuatan mem beku(kan): batu-batan di negeri-negeri yg berhawa dingin kerap kali pecah oleh ~ air di celah-celahnya; pembeku bahan yg digunakan utk membekukan sesuatu.Kamus Dewan Edisi Keempat
kepala I1. bahagian tubuh (manusia atau bi­natang) drpd leher ke atas atau ke hadapan (tempat terdapatnya mata, mulut, telinga, dll), hulu; sakit ~ sakit pd kepala (menyebabkan kepala berasa pening); 2. bahagian sesuatu yg di sebelah atas (hadapan atau hulu) sekali: ~ paku (skru, jarum peniti, dll); ~ perarakan; ~ surat; 3. ketua (pejabat, perkumpulan, per­tubuhan, dll), pemimpin (negara dll), penghulu (kampung dll): lagaknya macam seorang ~ samseng yg ganas; banyak ~ negara yg dijangka akan datang memberi penghormatan kpd Churchill; 4. otak, akal, fikiran: nasihat itu tidak masuk di ~ budak itu; 5. orang (digunakan dlm perhitungan atau perkiraan): fitrah bagi tahun ini telah ditetapkan seringgit tiap-tiap satu ~; ~ air permulaan atau penghabisan air bah, lidah air; ~ angin a) angin yg mendahului angin ribut; b) (orang yg) mudah berubah perangainya (ada kalanya baik dan ada kalanya meradang); c) bp tidak berfikiran (berakal), bodoh; ~ arwah hidangan istimewa (utama) dlm kenduri arwah; ~ bahagian ketua bahagian pejabat dll; ~ bahu bahagian bahu yg menonjol dan bertemu dgn pangkal tangan; ~ batu keras hati (tidak mahu menurut kata, nasihat atau tunjuk ajar orang); ~ berat = berat ~ tidak tajam akalnya, tidak lekas memahami sesuatu; ~ berita kata-kata ter­penting sbg tajuk berita (yg secara ringkas membayangkan kandungan atau butiran berita); ~ busung Id kepala membesar kerana rongga-rongga otak dimasuki benda cair; ~ daerah (desa, kampung, kuria, marga) orang (pegawai) yg mengetuai daerah (desa, kam­pung, kuria, marga); ~ dingin = dingin ~ penyabar (tenang, tidak lekas marah); ~ dua (orang yg) menyebelahi dua atau beberapa pihak (tidak menyokong atau setia kpd satu pihak sahaja); ~ gigi bahagian gigi sebelah atas (yg tidak tertanam di dalam daging); ~ kain (sarung) bahagian kain (sarung) yg coraknya berlainan drpd bahagian terbesar kain itu; ~ karangan tajuk karangan; ~ keluarga orang yg mengetuai sesuatu keluarga; ~ kereta api bahagian hadapan kereta api yg menarik gerabak-gerabaknya, loko­motif; ~ kodi a) = ~ perkodian kain (sarung) sbg contoh (diletakkan di atas susunan kain); b) ketua kumpulan orang jahat atau budak nakal; ~ kongsi ketua gerombolan jahat; ~ lakon pelakon terpenting dlm sesuatu lakonan atau cerita; ~ mayat Kl bahagian harta pusaka yg diterima oleh balu si mati; ~ negara ketua negara (spt raja atau presiden); ~ negeri a) ark ibu negeri, ibu kota; b) ketua negara (spt presiden dll); ~ paip bahagian paip air tempat air memancur keluar (boleh dibuka dan ditutup); ~ payung puncak payung (bahagian payung yg di atas sekali); ~ pasukan (perang) pemimpin pasukan (perang); ~ pengat Tr ketua sesuatu kumpulan (samseng, penjahat, dll); ~ pintu bahagian betul-betul di sebelah atas pintu; ~ pulau bahagian pulau yg tertinggi; ~ raja ark setem (tanda penjelasan bayaran pos dll); ~ regu pemimpin (ketua) regu; ~ ribut a) angin yg mula-mula bertiup (sebelum berlakunya ribut yg sebenar); b) Kl orang yg menimbulkan (memulakan) kekacauan; ~ santan santan (kelapa) yg pekat (diperoleh drpd perahan yg terawal); ~ sekolah guru besar (ketua guru-guru); ~ stasiun Id ketua stesen; ~ surat pendahuluan atau permulaan surat; ~ susu bahagian air susu yg kental (pekat); ~ tahun awal tahun; ~ tangga pangkal ibu tangga; ~ tiang bahagian atas tiang; ~ tingkap bahagian dinding betul-betul di sebelah atas tingkap; ~ tongkat hulu tongkat; ~ udang ki sangat bodoh; ~ sama berbulu (hitam), pendapat (hati) berlain-lain prb manusia berlain-lainan pendapat; diberi (di) bahu hendak (ke) ~ prb diturutkan sekali sahaja kemahuannya, ia te­rus meminta lagi (bkn seseorang yg di­manjakan); sakit ~ panjang rambut, patah selera banyak makan prb pd lahirnya tidak suka tetapi sebenarnya suka sekali; silap mata pecah ~ prb jika tidak hati-hati tentu akan mendapat bencana; tidak tentu ~ ekor prb a) tidak tentu hujung pangkalnya; b) sangat gemuk atau tambun; berkepala mempunyai atau memakai kepala (dlm berbagai-bagai erti): maka dilihat Seri Rama seorang raksasa itu tiada ~ dan tiada bertangan; cerita tiada ~ cerita tidak berjudul (bertajuk); pasukan tidak ~ pasukan tidak berketua; ~ batu keras hati, sangat degil; mengepala berlaku atau memainkan pera­nan sbg kepala (pemimpin dll); mengepalai menjadi kepala (penghulu, ketua, pemimpin, dll) kpd, memimpin, mengetuai: lembaga yg baru ditubuhkan itu dikepalai oleh seorang ahli Parlimen; mengepalakan 1. mengangkat menjadi kepala (pemimpin dll), menjadikan kepala (ketua dsb); 2. sl mengenderai (menunggang) serta mengendalikan (gajah dll), menaiki dan memandu (kereta dll): maka Raja Kasim naik gajah yg bernama Juara Demang, Seri Nara Diraja ~ gajah; ~ pedati; 3. menanduk (bola): senaman yg memberikan kecekapan dlm menangkap, membuang, menendang dan ~ bola; pengepala orang yg mengepalai.Kamus Dewan Edisi Keempat
pecah I1. berbelah-belah menjadi kecil-kecil (benda keras): pinggan itu terlepas dr tangannya lalu ~; duit (wang) ~ duit kecil; 2. retak atau merekah (kulit, bibir, dll): penyakit itu menyebabkan kulit menjadi ~-~; bibir orang tua itu ~-~; 3. terbelah kulitnya hingga terkeluar isinya (bisul, telur, dll): bisulnya tidak juga ~; 4. menjadikan bergumpal-gumpal dan cair (susu atau santan yg basi); 5. tersebar (khabar, rahsia, dll): tiba-tiba ~ khabar mengatakan askar-askar Jepun telah masuk; disuruhnya orang kepercayaan supaya tidak ~ rahsia itu; 6. bermula (perang, darurat, dll): harga getah meloncat naik apabila ~ perang Korea; 7. sl kalah: maka segala rakyat Ghori pun ~ perangnya lalu lari; 8. menggeletar (bunyi); 9. = berpecah berpisah­-pisah, tidak bersatu lagi: persatuan itu ~ menjadi beberapa badan kecil; 10. sl cerai­-berai, bersurai: maka segala rakyat Pasai pun habis ~, lari cerai-berai dgn banyak matinya; ~ amanah perbuatan menyia-nyiakan atau melanggar amanah; ~ bau merata (tersebar) baunya; ~ daun Kl keluar daun; ~ hati tawar hati; ~ kepercayaan hilang kepercayaan; ~ keringat (peluh) keluar peluhnya; ~ minyak keluar minyak (masakan); ~ perang a) mula terbit peperangan; b) sl kalah perang; ~ perut berasa sakit perut kerana terlalu banyak ke­tawa; ~ rumah memasuki rumah utk me­rompak; ~ tembelang terbuka rahsia; ~ bunyi (tepi) buruk berita prb Mn kejadian yg kecil diperbesar orang ke sana sini; ~ kapi putus suai prb sesuatu yg tidak dapat diper­baiki lagi; ~ menanti sebab, retak menanti belah prb hanya menanti masa utk membalas dendam dll; pecah-pecah pecah pd banyak tempat atau bahagian (sesuatu); berpecah terbahagi (bercerai) menjadi bebe­rapa kelompok (golongan dll): kumpulan itu ~ menjadi beberapa cawangan yg lebih kecil; berpecah-pecah tidak bersatu padu (masing­-masing dgn haluannya sendiri), berpecah be­lah: masyarakat yg dilanda perang saudara itu masih hidup ~; memecah 1. menjadi pecah-pecah (ombak dll): sekali-sekali ombak ~ di jambatan kapal; 2. = memecahkan: Halim ~ kesunyian; ~ masuk memecahkan sesuatu (spt pintu, ting­kap, dll) dan memasuki (rumah, bilik, dsb); memecahkan 1. menjadikan pecah, menyebabkan menjadi kepingan-kepingan dsb yg lebih kecil, menyebabkan sesuatu atau seba­hagian drpd sesuatu pecah: budak itu telah ~ cermin tingkap mereka; kecurian tak boleh berlaku sebelum pintu atau tingkap dipecahkan; 2. memecah-belahkan, mencerai­-beraikan, membahagi-bahagi(kan), menghuraikan (ayat dll): mereka hendak ~ perpaduan nasional; harta dipecahkan menjadi empat bahagian; ~ cerita kpd komponennya; pecahkan 893 025 menjadi pengisi tunggal; 3. merosakkan (kesunyian), memusnahkan (sesuatu suasana): bunyinya itu ~ suasana sunyi di tengah rimba; 4. menyiarkan (berita, rahsia); 5. menyelesaikan membuat kepastian (ketetapan dll) bkn sesuatu soal (kerumitan dll): masalah itu sukar sekali hendak dipecahkan; mukanya keruh memikirkan sesuatu yg tidak dapat dipecahkan; 6. sl mengalahkan: maka Tun Pikrama digelar baginda Paduka Tuan dianugerahi ia Buru oleh jasanya ~ Pasai itu; ~ kepala (otak) a) memerah otak; b) susah sekali; ~ rekod = ~ rekor Id membaiki atau mengatasi rekod yg telah ada; ~ telinga sangat kuat bunyinya (suaranya); terpecah-pecah terpisah-pisah, bercerai-cerai; pecahan 1. sesuatu yg sudah pecah atau dipecahkan, bahagian yg sudah dipisahkan dsb drpd sesuatu yg lain atau yg lebih besar atau lengkap: ~ kaca berselerak di tempat pergaduhan itu berlaku; ~ bom; lihat Rajah 2 utk melihat ~ tajuk; 2. angka (bilangan) yg bukan angka bulat (spt 1/2 , 2/3 , dll); ~ berulang = ~ repeten pecahan persepuluhan yg bilangan seluruhnya atau sebahagiannya selalu berulang-ulang; ~ biasa pecahan yg pengatasnya lebih kecil drpd pembawahnya (spt 3/4); ~ janggal pecahan yg pengatasnya sama atau lebih besar drpd pembawahnya (spt 8/8, 11/4, dll); ~ perpuluhan = ~ persepuluhan Id pecahan yg menggunakan titik perpuluhan (spt 0.5, 0.8, dll); kepecahan perihal pecah; perpecahan keadaan berpecah-pecah atau berpecah belah, keadaan tidak lagi bersatu padu: pertentangan itu menimbulkan ~ di kalangan rakyat; pemecahan perbuatan memecahkan: ~ cahaya putih kpd berbagai-bagai warna; pemecah 1. orang yg memecahkan: ~ amanah; 2. orang yg selalu (suka) memecahkan: budak itu ~; 3. alat utk memecahkan.Kamus Dewan Edisi Keempat
1
Tesaurus
 
otak (kata nama)
Bersinonim dengan fikiran, akal, benak, minda;,
Kata Terbitan : berotak,