Kata |
Takrif |
Sumber |
jurutera | orang yg terlatih dlm mereka, membuat, dan menggunakan (menjaga) jentera atau terlatih dlm mana-mana cabang kejuruteraan; ~ awam orang yg terlatih dlm mereka, membuat (membina) dan menjaga kemudahan awam spt jalan raya, jambatan, empangan, terusan, pelabuhan, bangunan-bangunan besar, dll; ~ elektrik orang yg terlatih dlm mereka, membuat (membina), dan menjaga peralatan elektrik, peralatan pemancaran tenaga elektrik, dan sistem perhubungan; ~ jentera orang yg terlatih dlm mereka, membina, dan menjaga jentera, kereta, mesin, dsb; ~ kapal terbang orang yg terlatih dlm mereka, membina, dan menjaga kapal terbang; ~ kimia orang yg terlatih dlm mereka, membuat (membina), dan menjalankan loji atau jentera yg digunakan dlm proses kimia industri; menjuruterai merancang, mengatur, dan melaksanakan sesuatu (tugas, kerja, dsb) dgn bijaksana: editorlah yg merancang dan ~ penerbitannya; kejuruteraan kepandaian atau perbuatan mereka atau membuat jentera (jambatan dll): ~ awam; ~ elektrik; ~ jentera; ~ kapal terbang; ~ kimia. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
terlatih | telah dilatih; terdidik: Sekolah tsb sangat kekurangan guru-guru yg ~. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
terlatih | telah dilatih, terdidik: guru-guru yg ~; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
terlatih | telah dilatih; terdidik:Sekolah tsb sangat kekurangan guru-guru yg ~. | Kamus Pelajar |
juruanalisis | orang yg terlatih dan mahir dlm menganalisis sesuatu, penganalisis; ~ sistem orang yg terlatih utk menganalisis keperluan sesuatu tugas atau projek dan dapat mengatur segala keperluan yg berkenaan dlm suatu sistem atau bentuk yg memungkinkan perkakasan dan perisian komputer digunakan utk melaksanakan projek tersebut. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kader | 1. teras anggota tentera yg profesional dan terlatih yg menjadi asas utk melatih unit baru atau pengembangan lain; 2. anggota sesebuah parti politik, angkatan tentera, dsb yg sangat aktif dan terlatih: utk meneruskan perjuangan politik pd masa depan perlu dilatih ~-~ parti dr sekarang. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bidan | orang (biasanya perempuan) yg mempunyai kemahiran utk membantu ibu sewaktu melahirkan anak; ~ kampung wanita di kampung yg mempunyai kemahiran utk menolong seseorang ibu melahirkan anak (sungguhpun tidak terlatih secara khusus tentang ilmu perbidanan); ~ kerajaan bidan yg berkhidmat dgn kerajaan (terlatih secara khusus tentang ilmu perbidanan); ~ tarik = ~ terjun a) bidan yg dipanggil secara mendadak (tidak diberitahu terlebih dahulu); b) orang yg diminta melakukan sesuatu pekerjaan secara mendadak (kerana orang yg sepatutnya tidak ada atau tidak hadir); bebas ~ (balas, berlimau) kenduri selepas empat puluh hari bersalin; jikalau beranak ikut kata ~ prb jika kita berkehendak sesuatu drpd orang lain, hendaklah kita turut apa yg dikatakannya; berbidan memakai bidan, meminta perkhidmatan bidan sewaktu melahirkan anak; beranak tiada ~ prb mendapat susah kerana kebodohan sendiri; berbidankan menggunakan perkhidmatan seseorang sbg bidan: dia melahirkan anak sulungnya dgn ~ bidan kampung sahaja; membidani menolong orang bersalin: upah bidan utk ~ isterinya saja sudah sebanyak tiga puluh ringgit; kebidanan hal yg berkaitan dgn ilmu menjadi bidan, atau tugas dan tanggungjawab sbg bidan: ilmu ~; pakar ~; perbidanan 1. hal yg berkaitan dgn urusan berbidan: hal-hal ~ kampung ini lebih diketahui oleh orang-orang tua; 2. perihal bidan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mahir | terlatih utk mengerjakan sesuatu, cekap, lancar, pandai: orang Cina itu masih belum ~ berbahasa Melayu; memahiri melatih diri supaya mahir dlm sesuatu bidang dsb: agak sukar bagi peserta jika tidak memiliki atau ~ kepandaian ter-tentu, spt kreativiti atau kemahiran meng-gunakan komputer; penguasaan bahasa bukan sekadar ~ aspek linguistik sesebuah bahasa; memahirkan melatih seseorang supaya cekap, mempelajari dgn sungguh-sungguh supaya mahir: pelajar akan didedahkan pd latihan yg dapat ~ mereka dlm menghadapi peperiksaan sebenar; kemahiran kecekapan, kepandaian: ~ Fer-nando tentang pelayaran telah diketahui oleh mereka; berkemahiran mempunyai kemahiran, mahir: dan tentu ramai calon di situ yg lebih ~, lebih layak, fikirnya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sami | orang yg terlatih utk melakukan upacara-upacara keagamaan dlm agama Hindu atau agama Buddha. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
jurutera | orang yg terlatih dlm hal mereka, membuat dan menggunakan jentera atau mesin. kejuruteraan hal-hal yg berkaitan dgn jentera atau mesin. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
Kata |
Takrif |
Sumber |
trained | adj terlatih: a well-~ secretary, setiausaha yg terlatih dgn baik; he has a ~ voice, suaranya terlatih; dogs ~ to track criminals, anjing yg terlatih utk menjejaki penjenayah. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
untrained | adj tdk terlatih: ~ troops were sent to the battle, askar-askar yg tdk terlatih telah dihantar ke medan perang; a young, ~ maid, pembantu rumah yg muda dan tdk terlatih; he has a number of ~ young horses in his stable, dia memiliki beberapa ekor anak kuda yg tdk terlatih di dlm kandangnya. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
unpractised | adj tdk terlatih: her ~ fingers stumbled over the notes, jari-jarinya yg tdk terlatih tersekat-sekat pd not itu. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
untaught | adj 1. not instructed or trained, tdk /dilatih, terlatih/: the ~ artist, pelukis yg tdk terlatih; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
untutored | adj (fml) not trained or educated, tdk /terlatih, terdidik/; (of tongue) tdk berajar: she was ~ in good manners, dia tdk terdidik supaya berkelakuan baik; to the ~ eye, the painting is valueless, pd mata yg tdk terlatih, lukisan itu tdk bernilai. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
fully-fledged | adj 1. (of bird) boleh terbang; 2. (real) sepenuhnya; (fully-trained) terlatih sepenuhnya; (well-established) mantap: what used to be known as the Howards Polytechnic, is now a ~ university, yg dahulunya dikenali sbg Howards Polytechnic, kini menjadi universiti sepenuhnya; a ~ architect, arkitek yg terlatih sepenuhnya; it was fairly recently that computer science became a ~ academic subject, hanya baru-baru ini sains komputer menjadi mata pelajaran yg mantap. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
skilled | we need well-trained staff for such ~ work, kami memerlukan kakitangan yg terlatih utk kerja-kerja mahir spt itu. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
practised | adj 1. skilled, pandai: take everything she says with a pinch of salt; shes a ~ liar, kamu kenalah tapis-tapis apa yg dikatakannya; dia pandai berbohong; 2. achieved through practice,terlatih: his ~ eye searched for any flaw in the diamond, matanya yg terlatih mencari sebarang kecacatan yg mungkin terdapat pd berlian itu; his ~ performance, persembahannya yg terlatih. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
journeyman | n 1. trained artisan or worker who works for a master, pekerja terlatih; 2. competent (but not outstanding) workman, approp n + yg baik; (attrib) baik: he was considered a ~, not a first-rate artist, dia dianggap sbg pelukis yg baik, bukan pelukis terbaik. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
short | make ~ work of, dgn mudah + approp v: the boys made ~ work of the meal, budak-budak lelaki itu dgn mudah menghabiskan hidangan itu; our well-trained army made ~ work of the rebels, askar kita yg terlatih dgn mudah menewaskan pemberontak-pemberontak itu; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
Istilah Sumber |
Istilah Indonesia |
Istilah Brunei |
Istilah Malaysia |
Bidang |
trained labour | buruh terlatih | Tiada | buruh terlatih | Pentadbiran Perniagaan |
trained worker | pekerja terlatih | Tiada | pekerja terlatih | Antropologi |
skilled labour | buruh terlatih | Tiada | buruh mahir | Ekonomi |
Istilah Sumber |
Istilah Sasar |
Bidang |
Subbidang |
Huraian |
trained personnel | individu terlatih | Herba | Peraturan dan Pemasaran | Seseorang yang telah menerima latihan teori, amali dan latihan lain yang bersesuaian dan relevan dengan tugasnya. Latihan berterusan perlu diberikan dan keberkesanannya disemak secara berkala bagi memastikan kompetensi individu terlatih berada pada tahap yang baik. |
trained labour | buruh terlatih | Pentadbiran | Tiada | Tiada |
trained incapacity | ketakupayaan terlatih | Sosiologi | Tiada | Tiada |
counselor | kaunselor | Pendidikan | Tiada | Profesion terlatih dalam bidang kaunseling ataupun bidang-bidang berkaitan seperti kerjaya, perkahwinan, seksual, pendidikan, pengurusan dan lain-lain. Kaunselor bertindak sebagai pembimbing dengan memberikan maklumat dan cadangan untuk membantu klien mengenal pasti kebolehan diri serta melakukan perubahan dalam membuat keputusan dan menentukan matlamat. |
dietitian | pakar diet | Perubatan | Tiada | Orang yang terlatih dalam penggunaan diet untuk kesihatan dan pencegahan penyakit. |
food sensory evaluation | penilaian sensori makanan | Makanan dan Pemakanan | Makanan | Disiplin saintifik yang menggunakan deria manusia (penglihatan, bau, rasa, sentuhan dan pendengaran) untuk menilai kualiti sesuatu produk makanan. Panel tidak terlatih digunakan dalam ujian sensori makanan jenis hedonik, iaitu mereka menilai produk makanan yang diuji mengikut cita rasa mereka. Panel terlatih digunakan untuk menilai produk makanan tertentu dari segi persepsi terhadap makanan, keamatan rasa dan perisa makanan. |
almoner | almoner | Perubatan | Tiada | Pegawai kebajikan hospital yang terlatih untuk menyiasat keadaan rumah tangga dan sosial pesakit sehubungan dengan penyakit yang dihidapinya |
dietician | pakar diet | Sosiologi | Tiada | Seseorang yang ahli atau terlatih tentang penggunaan saintifik diet di dalam penjagaan kesihatan. |
general physician | pakar perubatan am | Perubatan | Tiada | Doktor pakar terlatih yang menyediakan penjagaan kesihatan bukan pembedahan kepada pesakit dewasa bagi penyakit yang sukar, serius atau luar biasa. |
qualified dental practitioner | pengamal pergigian berkelayakan | Perubatan | Tiada | Pengamal pergigian yang terlatih dan berijazah dalam bidang pergigian. |
Kata |
Sebutan |
Jawi |
terlatih | [ter.la.tih] | ترلاتيه |
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata terlatih |
|
|