Kata |
Takrif |
Sumber |
bestari(wizard) | Berkenaan pengguna komputer yang sangat cerdas dan berpengalaman. | Kamus Komputer |
bestari | berpendidikan baik lagi luas pengetahuannya; baik budi pekertinya: muda ~ muda lagi luas pengetahuannya. | Kamus Pelajar |
bestari | 1 berpendidikan baik lagi luas pengetahuannya; baik budi pekertinya: muda ~ muda lagi luas pengetahuannya. 2 beroperasi berbantukan komputer dan kemudahan teknologi maklumat (bkn sekolah, sistem dsb): sekolah ~. membestarikan menjadikan atau menyebabkan bestari: Banyak usaha yg dijalankan utk ~ sistem pengurusan syarikat itu. kebestarian keadaan atau sifat bestari (spt berpendidikan tinggi, baik budi pekerti, dan luas pengetahuan): ~ seseorang dpt menaikkan imejnya di mata masyarakat. pembestarian perihal atau perbuatan membestarikan: Mereka menitikberatkan ~ sistem pengurusan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
bestari | 1. cerdas, pandai, berpendidikan, berpengetahuan, berbudi pekerti yg baik; muda ~ muda dan baik budi pekertinya (berpengetahuan dll); 2. beroperasi dgn berbantukan komputer, teknologi maklumat dsb (bkn sistem, sekolah dsb): sekolah ~; membestarikan menyebabkan atau menjadikan bestari: pelbagai langkah sudah diambil utk mencapai sasaran itu termasuk ~ sistem yg berkaitan dgn pengurusan; kebestarian perihal memiliki ciri-ciri bestari (spt berpendidikan tinggi, baik budi pekerti, dan luas pengetahuan): ~ sesuatu bangsa yg tidak pernah dikalahkan oleh bangsa lain; pembestarian perihal (proses, perbuatan dsb) membestarikan: ~ konsep persekolahan itu amat penting kerana perkembangan pesat dlm sains dan teknologi. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sekolah bestari | sekolah yg berasaskan komputer dan multimedia sbg bahan bantuan dlm proses pembelajaran. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
muda bestari | muda lagi luas pengetahuannya | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
sekolah bestari | sekolah yg berasaskan komputer dan multimedia sbg bahan bantuan pembelajaran; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bijak bestari | benar-benar bijak; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
muda bestari | muda dan baik budi pekertinya (berpengetahuan dll); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
edisi bestari(wizard edition) | Output atau versi perisian yang mempunyai lebih banyak ciri dan kuasa besar yang ditujukan kepada pengatur cara ikhtisas atau pengatur cara berpengalaman. | Kamus Komputer |