Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
Berdasarkan ayat yang diberikan di bawah,adakah ayat ini merangkumi beberapa kesalahan tatabahasa atau kesalahan kata? Sekiranya berjaya, masyarakat dapat memanfaatkan sepenuhnya sungai yang bersih dan bakal menarik kehadiran pelancong asing dalam menikmati keindahan sungai di samping melihat hidupan akuatik dengan kejernihan air sungai yang dimiliki. Intihannya, pengurusan secara langsung daripada pihak yang berkuasa dan mampu akan memastikan impian dalam memastikan setiap sungai di dalam negara mencapai tahap kebersihan yang diidamkan tercapai pada suatu masa kelak. | Ayat yang diberikan tidak begitu jelas maksudnya, mengelirukan, tidak difahami dan mempunyai banyak kesalahan. Antara kesalahan tersebut ialah: 1. Dari segi tatabahasa 2. Tanda baca 3. Wujudnya ketidaksinambungan antara ayat 4. Pemilihan perkataan yang tidak betul | Tatabahasa | 07.08.2021 |
|
Tesaurus |
---|
| jernih (adjektif) | 1. Bersinonim dengan hening: bening, terang, jelas, Berantonim dengan keruh
2. Dalam konteks hati bersinonim dengan bersih, suci, murni, kudus, putih, khalis, tulus, ikhlas, tulus ikhlas, jujur, safi, sadik, lurus, mustakim, mukhlis, zakiah, tahir, nirmala, mukaddas, Berantonim dengan bernoda
3. Dalam konteks air muka bersinonim dengan manis berseri, ceria, riang, Berantonim dengan muram
| Kata Terbitan : menjernihkan, kejernihan, |
|
|