Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Artikel ; Ensiklopedia ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Peribahasa ; Pengesahan Bahasa ; Novel ; Dialek ; Pantun ; Kamus Istilah Sains Kewangan ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Pantun

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Hancur-hancur daun keladi, Buat makanan di waktu pagi; Hendak dikesal tak guna lagi, Carilah lain sebagai ganti.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Tak boleh kuda di ladang, Hancur belum dalam padi; Kalau tak boleh adinda kucadang, Habis fikir kubunuh diri.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Kalau tidak lembu Pak Jamal, Masakan badan hancur dan lumat; Kalaupun tidak ilmu dan amal, Bilakan badan boleh selamat?

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Anak ayam turunnya tujuh, Mati seekor tinggalnya enam; Hancur luluh seluruh tubuh, Dijilat oleh neraka jahanam.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Tinggi bukit gunung mahligai, Sayang ketupat berisi inti; Hancur daging tulang berkecai, Belum dapat jangan berhenti.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Nyiur gading tinggi mahligai, Ketupat jua berisi inti; Hancur daging tulang berkecai, Belum dapat belum berhenti.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Nyiur gading puncak mahligai, Sayang ketupat berisi inti; Hancur daging tulang berkecai, Kasih sayang sampai ke mati.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Nyiur gading puncak mahligai, Ketupat manis berisi inti; Hancur daging tulang berkecai, Sudah dapat baru berhenti.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Kain perai baju pun perai, Letak mari atas peti; Hancur badan tulang berkecai, Budi adik dibawa mati.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Tajam sungguh si buluh gadung, Hendaklah ikat bersama tali; Hancur luluh tulang dan daging, Namun kulupa tidak sekali.
Tesaurus
 
hancur (adjektif)
1. Bersinonim dengan pecah kecil-kecil: pecah halus-halus, lumat, pecah berderai, remuk, berkecai-kecai, berserpihan, relai,

2. Bersinonim dengan cair: larut, encer,

3. Bersinonim dengan rosak: musnah, binasa, roboh, runtuh, jahanam, lenyap,

4. Bersinonim dengan hancur hati: hancur luluh, remuk redam, putus asa, putus harap, kecewa,

Kata Terbitan : menghancurkan, hancuran, kehancuran, penghancuran, penghancur,

Puisi
 

Tak boleh kuda di ladang,
     Hancur belum dalam padi;
Kalau tak boleh adinda kucadang,
     Habis fikir kubunuh diri.



Lihat selanjutnya...