Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Artikel ; Puisi ; Ensiklopedia ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Pengesahan Bahasa ; Dialek ; Pantun ; Kamus Istilah Sains Kewangan ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Peribahasa Melayu

Peribahasa

Hancur badan dikandung tanah, budi baik terkenang juga.

Takrif

Budi bahasa yang baik tidak akan dilupakan orang walaupun sudah mati.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Garam dikulum tak hancur.

Takrif

Orang yang pandai menyimpan rahsia.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Seperti kaca terhempas ke batu.

Takrif

Hati yang hancur kerana dukacita.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Mati badan dikandung tanah, nama beredar ke mana-mana.

Takrif

Walaupun badan sudah hancur di dalam tanah, tetapi nama yang baik dikenang juga.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
1
Tesaurus
 
hancur (adjektif)
1. Bersinonim dengan pecah kecil-kecil: pecah halus-halus, lumat, pecah berderai, remuk, berkecai-kecai, berserpihan, relai,

2. Bersinonim dengan cair: larut, encer,

3. Bersinonim dengan rosak: musnah, binasa, roboh, runtuh, jahanam, lenyap,

4. Bersinonim dengan hancur hati: hancur luluh, remuk redam, putus asa, putus harap, kecewa,

Kata Terbitan : menghancurkan, hancuran, kehancuran, penghancuran, penghancur,

Puisi
 

Tak boleh kuda di ladang,
     Hancur belum dalam padi;
Kalau tak boleh adinda kucadang,
     Habis fikir kubunuh diri.



Lihat selanjutnya...