Kata |
Takrif |
Sumber |
encer | (éncér) Jk 1. tidak keras dan tidak spt gas, cair; 2. bercampur air, tidak pekat atau kurang patinya (bkn cecair yg mengandungi sesuatu zat); 3. menjadi cair; 4. lekas menerima pelajaran, lekas faham; mengencerkan menjadikan encer (cair, larut), mencairkan, melarutkan; enceran cairan, larutan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
teh encer | air teh cair | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mengencerkan | menjadikan encer (cair, larut), mencairkan, melarutkan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
jelang II | Mn cair, encer.jelangak; menjelangak 1. mengangkat kepala ke atas, menengadah, mendongak: beberapa orang yg berada berhampiran dgn Jambatan Aioi ~ ke angkasa; 2. Kd tidak begitu cermat (memandang sewaktu berjalan, melakukan sesuatu). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
cair | 1. tidak keras dan tidak spt gas (boleh mengalir spt air), encer, tidak pekat: air raksa ialah benda yg ~; susu ~; logam kalau dipanaskan menjadi ~; 2. ki bocor (bkn rahsia, berita, dll); 3. menjadi lemah (kurang giat, kurang bersemangat, dsb): kekerasan hatinya ~ spt lilin terkena bahang api; 4. (Eko) mudah ditukarkan kpd wang tunai; ~ loler Kl terlalu cair; ~ otak pandai; mencair menjadi cair: lapisan air batu di kawasan kutub ~ lalu aras laut meningkat; mencairkan 1. menjadikan sesuatu cair, mengencerkan: pemanasan itu ~ minyak yg beku; 2. (Eko) menukarkan aset kpd wang tunai: para pemaju menjual rumah bernilai lebih AS$1 bilion (RM3.8 bilion), ~ pasaran yg terbeku selama setahun; 3. ki menjadikan perasaan (semangat dsb) berkurang atau lemah: suara manja kekasihnya itu tidak ~ kemarahan Wi; cairan sesuatu benda yg sudah dicairkan, enceran; kecairan 1. perihal cair; 2. (Eko) kebolehan utk menukarkan sesuatu aset kpd wang tunai dgn mudah dan cepat; 3. (Eko) adanya pembeli dan penjual yg mencukupi bagi sesuatu sekuriti (saham) pd harga yg berpatutan utk mengekalkan keadaan pasaran yg stabil; pencairan 1. proses mencair atau mencairkan; 2. (Eko) proses menukarkan (menjual) aset kpd tunai bagi tujuan menjelaskan hutang syarikat; pencair bahan (spt air dsb) utk mencairkan sesuatu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
teh I | (téh) 1. = pokok ~ sj tumbuhan (pokok renek yg daunnya dikeringkan dan dibuat minuman), Camelia sinensis; 2. = daun ~ daun drpd pokok teh yg telah dikeringkan (dibuat minuman dgn air); 3. = air ~ minuman yg dibuat drpd daun teh; ~ encer air teh cair; ~ hutan = ~ kampung sj tumbuhan (pokok renek), Acalypha siamensis, ~ kosong air teh yg tidak dicampur gula; ~ makau sj tumbuhan (herba), capadang, Scorpria dulcis; ~ O bp a) teh kosong; b) air teh yg tidak dibubuh susu (tetapi ada gulanya); ~ O beng C, bp air teh kosong yg dibubuh air batu; ~ susu air teh yg dibubuh susu dan gula; ~ tarik teh susu yg ditarik, biasanya ke atas ke bawah berulang kali dgn menggunakan dua kole supaya lebih enak rasanya | Kamus Dewan Edisi Keempat |
hancur | 1. pecah menjadi kecil-kecil (berserpihan, berkecai-kecai), remuk: rumahnya ~ kena bom sewaktu perang dahulu; tubuhnya ~ dan isi perutnya terburai akibat kemalangan itu; 2. pecah berderai-derai (bkn benda-benda rapuh spt biskut dll), relai: biskut di dlm tin itu ~ apabila tinnya jatuh terhempas ke lantai; 3. menjadi cair, melarut, encer: ketul ais mudah ~; istana itu terbakar dan timah atapnya ~ turun spt hujan; 4. pecah kecil-kecil atau halus-halus (kerana ditumbuk, dikisar, dikunyah, dsb): makanan yg ~ senang dihadam; 5. ki sedih sekali, putus asa: ~ rasa hatinya; ~ hati terlalu sedih; 6. ki rosak binasa, cerai-berai, tidak bersatu (kukuh dll): kerana dia, rumah tangga kita menjadi ~; negara akan ~ jika rakyatnya tidak bersatu padu; 7. hilang atau tidak ada sama sekali (kepercayaan, harapan, dsb), lenyap: kepercayaanku kepadanya sudah ~ dan tidak mungkin dapat dipulihkan kembali; menghancurkan 1. menjadikan hancur (pecah berserpihan, remuk), meremukkan: letupan bom itu telah ~ kubu pertahanan mereka; 2. menjadikan hancur (pecah berderai-derai, relai), merelaikan (biskut dsb); 3. menjadikan hancur (makanan): ~ makanan utk bayi; 4. menjadikan cair, melarutkan, mengencerkan: bijih yg digali itu dihancurkan supaya timahnya dapat dikumpulkan; gula itu dihancurkan di dlm air yg panas; 5. ki merosakkan, membinasakan: perang besar akan ~ dunia; ~ hati ki sangat menyedihkan hati, meremukkan hati; 6. menghilangkan sama sekali (kepercayaan, harapan, dsb), melenyapkan: perbuatannya menggelapkan wang itu telah ~ kepercayaan saya kepadanya; hancuran 1. pecahan kecil-kecil, remukan: sungai itu menghanyutkan ~ berbagai-bagai jenis batu-batan; 2. larutan, enceran; kehancuran perihal hancur (rosak binasa), kebinasaan, kemusnahan: ~ rumah tangga; ~ ekonomi negara; penghancuran perihal (perbuatan dsb) menghancurkan; penghancur 1. sesuatu yg digunakan utk menghancurkan sesuatu: gigi sbg alat ~ makanan; mesin ~ batu; 2. orang yg menghancurkan (merosakbinasakan, memusnahkan): dialah ~ kebahagiaan rumah tangga kami; merekalah petualang negara, ~ keamanan negara ini. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
Kata |
Takrif |
Bahasa |
Tema |
encer | caii. | kedayan | |
nyunyieh | cair, encer: nyaem rasak yenlah bareng wak ~ air raksa adalah benda yg cair. | Melanau Mukah | |
sawir | kurang pekat, encer; | Melanau Mukah | |
asuor | hancur; 1 berkecai-kecai menjadi kecil-kecil: leboksiyen ~ buyak bum rumahnya hancur kena bom; 2 relai, pecah berderai-derai: biskut lubeang tim yen ~ biskut dlm tin itu hancur; 3 encer, menjadi cair spt ketul ais: batou ais amun naduoh yenji un nda tayi | Melanau Mukah | |
Kata |
Sebutan |
Jawi |
encer | [én.cér] | اينچير |
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata encer |
|
|