Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Perkhidmatan ; Artikel ; Puisi ; Ensiklopedia ; Peribahasa ; Multimedia ; Jurnal ; Kerajaan Malaysia ; Novel ; Hasil Penyelidikan ; Dialek ; Pantun ; Kamus Dewan Perdana ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Khidmat Nasihat
Soalan Jawapan Jenis Soalan Tarikh Soalan
Adakah penggunaan `baru-baru` dalam ayat berikut betul? ~Pengawas yang segak itu baru -baru sahaja dilantik sebagai ketua pelajar sekolah tersebut. penggunaan kata`haluan` ~haluan ke rumahnya sangat sempit ~pakar bahasa diminta untuk menyemak haluan kata buku karangan penulis itu ~para peserta yang bertanding dalam kira cepat itu dikehendaki menjumlahkan angka-angka dalam masa yang ditetapkan ~jarang sekali dia balik ke kampung selepas pindah ke K.L ~penduduk taman itu menceritakan tentang masalah serangan anjing liar ~cikgu memaklumkan bahawa peperiksaan akan dijalan dalam masa 2 mingguPengawas yang segak itu baru sahaja dilantik sebagai ketua pelajar sekolah tersebut. Laluan ke rumahnya sangat sempit. Manakala soalan-soalan  yg lain,  sila diolah semula agar pihak kami dapat bertindak selanjutnya. T.kasih.Lain-lain11.09.2008
Padanan yang sesuai bagi istilah 'server'? Konteks ayat: "Saya baru sahaja menyertai 'server' Discord yang dibuat oleh kawan saya"Padanan yang sesuai dalam bahasa Melayu untuk perkataan 'server' ialah pelayan. 
Ayat yang betul:  Saya baru sahaja menyertai pelayan diskord yang dibuat oleh kawan saya.
Istilah26.01.2021
Saya baru sahaja temukan perkataan alusmitai dalam pangkalan PRPM sebagai padanan kepada cotton candy. Bunyinya agak aneh bagi telinga Melayu saya, boleh saya tahu asal - usul perkataan tersebut?Perkataan “alusmitai” terakam dalam Kamus Dewan Edisi Keempat dan istilah bidang pentadbiran perniagaan, namun tidak dinyatakan asal-usulnya.  Istilah19.06.2018
mohon semak ayat di bawah. tq 1. ketika ditemui, kucing itu baru sahaja kehilangan ibu akibat dilanggar kereta.kucing itu terpinga-pinga di laluan pejalan kaki yang sibuk di pekan. 2.hana yang sedang berjalan dengan ibunya ternampak seekor anak kucibng yang ketakutan di tengah-tengah kesibukan orang berlalu-lalang.Salam sejahtera,
 Ayat yang betul:


1. Ketika ditemui, kucing itu baru sahaja kehilangan ibunya akibat dilanggar kereta. Kucing itu terpinga-pinga di laluan pejalan kaki yang sibuk di pekan.

2. Hana yang sedang berjalan dengan ibunya ternampak seekor anak kucing yang ketakutan di tengah-tengah kesibukan orang yang lalu-lalang.

Sekian, terima kasih.
Tatabahasa05.12.2018
Hi DBP, Di Zurich, kami baru sahaja memperkenalkan terma baharu untuk ejen dan konsultan kami iaitu 'Wealth Planner'. Terdapat beberapa pilihan dalam BM yang kami kini sedang pertimbangkan: 1) Perancang Kekayaan 2) Perancang Harta 3) Perancang Harta Kekayaan Bolehkah DBP nasihati kami berkenaan ini. Terima kasih.Dalam data rujukan kami, padanan bahasa Melayu bagi wealth ialah kekayaan seperti yang digunakan dalam istilah cukai kekayaan, komposisi kekayaan dan pengagihan kekayaan. Oleh yang demikian, perancang kekayaan boleh digunakan.Penyemakan dan penterjemahan07.11.2018
Salam sejahtera, pihak DBP. Saya baru sahaja mempelajari tentang Sintaksis dan masih keliru untuk memisahkan subjek dan predikat dalam satu ayat panjang atau ayat majmuk. Diharapkan pihak DBP boleh memberi tunjuk ajar memisahkan subjek dan predikat dalam 4 ayat berikut: 1. Kajian perbualan (conversational analysis) menumpukan perhatian kepada faktor-faktor perhubungan di antara manusia dalam masyarakat. 2. Kajian yang seperti ini juga dikenali sebagai ethnografi percakapan (ethnografi of speaking), yang pertama kali diutarakan sebagai cabang linguistik yang tersendiri oleh Dell Hymes. 3. Kajian ini berpokok pangkal pada pendapat bahawa penwujudan sesuatu percakapan itu ditentukan oleh siapa yang bercakap dengan siapa dan apa yang dipercakapkan. 4. Jika kajian yang seperti ini dilakukan dalam masyarakat, maka bolehlah diwujudkan peraturan percakapan (rules of speaking) dalam masyarakat berkenaan.1. Kajian perbualan (subjek) menumpukan perhatian kepada faktor-faktor perhubungan antara manusia dalam kalangan masyarakat (predikat) 2. Kajian yang seperti ini juga (subjek) dikenali sebagai etnografi percakapan yang pertama kali diutarakan sebagai cabang linguistik yang tersendiri oleh Dell Hymes (predikat) 3. Kajian ini (subjek) berpokok pangkal pada pendapat bahawa pewujudan sesuatu percakapan itu ditentukan oleh siapa yang bercakap dengan siapa dan apa yang dipercakapkan (predikat). 4. Jika kajian yang seperti ini dilakukan dalam masyarakat (subjek) maka bolehlah diwujudkan peraturan percakapan dalam masyarakat berkenaan (predikat)Tatabahasa06.10.2017
assalamualaikum tuan/puan dari DBP, saya baru sahaja mengisi borang pengesahan iklan perniagaan untuk mendapat kelulusan dari pihak tuan/puan.saya nak tanya bagaimana saya nak tahu jawapan samada iklan tersebut sudah lulus atau tidak. sekian terima kasih. mieNotifikasi permohonan tuan akan dihantar melalui e-mel. Setelah itu, kembali semula ke domain "Khidmat Pengesahan Bahasa DBP" untuk melihat status permohonan tuan.Lain-lain25.08.2015
Adakah perkataan "temui" itu wujud? Sekilas aku melihat, gadis yang baru sahaja aku temui itu telah pun jauh berjalan ke dalam hutan meninggalkanku sendirian. Adakah perkataan lain yang dapat digunakan untuk menggantikan perkataan "temui" itu? Sebabnya saya tidak mahu terlalu menampakkan kekerapan penggunaan perkataan "temui" itu dalam penulisan. Sekian

       Kata dasar "temui" ialah "temu" yang bermaksud berjumpa; ber­sua. Oleh itu, kata yang sinonim dengan temu ialah jumpa dan sua. 
  

Tatabahasa11.10.2021
An Nas Nazir As Salam admin. sy An Nas dari UNIMAS. baru sahaja menamatkan latihan industri di Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur pada bulan September yang lepas. saya ingin bertanya bagaimana jika saya ingin membuat permohonan sebagai pereka grafik luar di DBP? kerana saya berminat untuk berkhidmat di DBP sebagai pereka grafik dalam masa sama sy juga masih membantu staf yang memerlukan khidmat sy walaupun sy telah tamat latihan bagaimana cara untuk memohon jawatan tersebut? maklum balas admin sangat saya harapkan terima kasihWa alaikumussalam. Tuan/Puan boleh menghantar surat permohonan bersama-sama maklumat diri kepada Ketua Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Dewan Bahasa dan Pustaka, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur.Lain-lain13.10.2016
"Kakak" dalam dialog di bawah perlu dimulakan dengan huruf besar atau kecil?: Baru sahaja sampai. Hei, mahu tengok gambar-gambar Kakak di Korea? Kak Edora menunjukkan riak wajah berlagak.Ditulis dengan huruf kecil.Sastera29.03.2017
Tesaurus
 
sahaja (kata tugas)
1. Bersinonim dengan satu-satunya: cuma, hanya, melainkan, semata-mata, belaka,

2. Bersinonim dengan selalu: sering, terus, berlarut-larut, berlanjutan, berpanjangan, tidak putus-putusnya, sentiasa, selamanya, sepanjang masa,
Berantonim dengan jarang-jarang

3. Bersinonim dengan juga: jua

4. Bersinonim dengan sebarang: pun, juga, jua,

5. Bersinonim dengan dengan niat: sengaja, dibuat-buat, sengeleng,

Kata Terbitan : bersahaja, bersahaja-sahaja, menyahajakan,

Peribahasa
516

It's no use to shut the stable door after the horse has bolted

Setelah ditimpa musibah, baru hendak bertindak.

Terperlus maka hendak menutup lubang

The gallery has just installed a fire alarm system after its rare collections was destroyed in a past few week. It's no use to lock the barn door after the horse has escaped

Galeri tersebut baru sahaja dipasang sistem penggera kebakaran setelah koleksi nadirnya musnah dalam kebakaran pada minggu lepas. Terperlus maka hendak menutup lubang.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu



Lihat selanjutnya...