Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Perkhidmatan ; Artikel ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Pengesahan Bahasa ; Dialek ; Pantun ; Kamus Dewan Perdana ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Ensiklopedia
Tajuk Sinopsis Bidang Klasifikasi
MORES

Mores ialah adat resam yang menggambarkan

idea sesebuah masyarakat mengenai yang betul

dan yang salah. Contoh mores termasuk larangan

dalam kebanyakan masyarakat tentang

pembunuhan, kanibalisme, dan inses (perbuatan

sumbang muhrim). Orang yang mencabuli mores

masyarakatnya, akan menghadapi tentangan dan

hukuman yang keras. Istilah mores berasal

daripada perkataan Latin yang bermaksud adat.

UMUM
SWIFT, JONATHAN

Swift, Jonathan (16671745) ialah pengarang

Inggeris yang menulis Gullivers Travels (1726),

sebuah mahakarya kesusasteraan komedi.

Swift dikenal penulis satira yang agung disebabkan

oleh kebolehannya menyindir adat resam, idea

dan tindakan yang dianggapnya bodoh atau

membahayakan. Satiranya biasanya perit, tetapi amat

melucukan dan menyenangkan. Swift

memberi perhatian kepada kebajikan dan tingkah laku

rakyat pada zamannya, khususnya kebajikan orang

Ireland dan tindak tanduk orang Inggeris terhadap

Ireland. Swift ialah paderi gereja Protestan yang

menjadi wira di Ireland Roman Katolik.

UMUM
KAUM HIPI

Kaum hipi ialah anggota pergerakan remaja

pada tahun 1960-an dan 1970-an yang bermula di

Amerika Syarikat dan merebak ke Kanada, Great

Britain dan banyak negara lagi. Kaum hipi menolak

adat resam, tradisi dan gaya hidup masyarakat dan

cuba mengembangkan cara hidup mereka sendiri.

UMUM
KESUSASTERAAN JEPUN

Kesusasteraan Jepun tergolong sebagai

salah satu kesusasteraan agung dunia. Ia

menggambarkan pelbagai ciri masyarakat Jepun,

seperti kepatuhan mereka terhadap adat resam

dan juga kepekaan mereka terhadap alam sekitar.

Orang Jepun mungkin telah menghasilkan bahan

sastera bertulis yang pertama pada tahun 500-an M.

Tetapi Jepun telah begitu lama mengasingkan diri

daripada dunia luar. Tambahan pula, bahasa tulisan

mereka amat sukar untuk dikuasai. Oleh yang

demikian, sastera Jepun hampir tidak diketahui

oleh dunia luar sehingga tahun 1900-an.

UMUM
PATRIOTISME

Patriotisme ialah rasa cinta dan sokongan yang

setia kepada negara. Patriotisme meliputi rasa

kasih kepada tanah air dan penduduknya, rasa

kagum akan adat resam dan tradisinya, rasa

bangga akan sejarahnya dan penuh bakti kepada

kesejahteraannya. Istilah ini membayangkan

perasaan bersatu dengan negara.

UMUM
TUAI RUMAH

TUAI RUMAH, ketua rumah panjang di Sarawak. Tanggungjawab utama tuai rumah adalah mengawal kebajikan ahli-ahli rumah panjang yang juga merupakan anak-biak atau pengikutnya. Di samping itu, tuai rumah juga bertindak sebagai penjaga adat resam kelompoknya. Oleh itu, seseorang yang dilantik sebagai tuai rumah oleh ahli-ahli rumah panjang lazimnya seseorang yang memiliki pengetahuan luas tentang budaya atau adat resam sukunya. Pengetahuan ini penting kerana kehidupan suku kaum di Sarawak, terutamanya mereka yang tinggal di kawasan pedalaman, masih berlandaskan undang-undang peribumi yang diwarisi turun-temurun.

BUDAYAKonsep
ORANG TUA

ORANG TUA, gelaran kepada ketua kampung di Sabah dan Sarawak. Gelaran ini merujuk kepada orang yang telah dilantik sebagai pemimpin dan wakil kerajaan sesebuah kampung. Lazimnya orang yang dilantik oleh penduduk sesebuah kampung sebagai orang tua ialah orang lelaki yang sudah berkahwin, arif tentang adat resam tempatan dan berasal daripada keluarga pemimpin. Sebagai satu konsep orang tua membawa erti kebajiksanaan serta mempunyai pengetahuan yang luas dan mendalam tentang adat resam anak buah dan kampung lain.

BUDAYAJawatan/Gelaran
HUKUM KANUN BRUNEI

HUKUM KANUN BRUNEI, teks undang-undang tradisional Brunei. Undang-undang ini merupakan adunan antara hukum adat resam dengan hukum Islam yang bersumberkan al-Quran dan hadis. Teks Hukum Kanun Brunei disadur atau disusun berdasarkan teks Undang-undang Melaka yang dihasilkan pada zaman kegemilangan Melaka pada akhir abad ke-15.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIKarya
ARIZONA

Arizona ialah negeri di Barat Daya Amerika

Syarikat. Iklim gurun yang panas dan kering

menarik perhatian ramai orang. Lebih daripada

setengah penduduknya tinggal di Phoenix, ibu

negeri dan bandar terbesar di Arizona. Tanah

rizab Orang Asli Amerika meliputi kira-kira suku

daripada tanah Arizona. Sesetengah Orang Asli

Amerika tinggal dalam komuniti yang dibina

melebihi 800 tahun dahulu. Ramai orang Amerika

keturunan Mexico juga tinggal di Arizona.

Pengaruh mereka adalah ketara pada adat resam,

makanan, dan nama tempat.

UMUM
TIMBUNAN BUANGAN

Timbunan buangan ialah timbunan kerang-kerangan

dan sampah-sarap yang lain yang

ditinggalkan oleh penghuni awal sesebuah tapak

arkeologi. Timbunan ini merupakan longgokan

sampah daripada tapak khemah atau kampung

yang pada suatu masa dahulu menjadi tempat

tinggal manusia. Sesetengahnya berusia ribuan

tahun. Timbunan buangan ini mengandungi alat-alat

yang diperbuat daripada tulang dan batu, kulit

cangkerang yang isinya menjadi makanan, ada

kalanya serpihan tembikar, dan tulang haiwan dan

mungkin juga tulang manusia. Ahli arkeologi yang

mengkaji timbunan buangan ini akan membina

kembali kehidupan harian dan adat resam yang

berubah-ubah di kalangan manusia yang hidup

sebelum sejarah ditulis.

UMUM
Tesaurus
 
resam (kata nama)
1. Bersinonim dengan kebiasaan: kelaziman, adat, istiadat, amalan, adab, hukum, lembaga, peraturan, tradisi, upacara, prosedur, tatacara, tatasusila, tatatertib,

2. Bersinonim dengan resmi: pembawaan, sifat, tabiat, kebiasaan, perangai, kelakuan.,