Tepung jagung ialah tepung halus putih yang dibuat dengan mengisar dan menapis butir jagung. Ia dibuat daripada jagung yang telah dibuang bahagian yang mengeluarkan biji benih yang dinamakan germa . Jagung dikisar dalam proses yang dikenali sebagai kisaran basah. Selepas dibuang protein jagung, tepung jagung yang tertinggal dikeringkan dalam ketuhar. Oleh kerana hanya 10 peratus lembapan yang masih ada dalam tepung jagung selepas dikeringkan, tepung jagung biasanya dicampurkan dengan makanan lain untuk melindunginya daripada lembapan. Pembuat menggunakan tepung jagung dalam keluaran berbakar, serbuk penaik, gula-gula dan kuah salad. Tukang masak menggunakannya untuk memekatkan kuah dan puding. Pembuat juga menggunakan tepung jagung dalam bahan letupan, cat, dan tekstil. Lihat juga Jagung (Industri pengilangan basah). |