Tajuk |
Sinopsis |
Bidang |
Klasifikasi |
EPICTETUS | Epictetus (50?138? M) ialah ahli falsafah Stoik Yunani. Dia mengajar bahawa kita tidak sepatutnya meminta supaya peristiwa berlaku mengikut kehendak kita. Kita sepatutnya menerima peristiwa yang berlaku. | UMUM | |
DASAR PEMENCILAN | Dasar pemencilan ialah satu doktrin yang diamalkan oleh orang yang berpendirian bahawa sesebuah negara sepatutnya mengambil pendirian bebas daripada negara lain. | UMUM | |
MIRA BAI | Mira Bai ialah penyair yang tinggal di Rajasthan, utara India pada tahun 1500-an. Dia lahir dalam keluarga diraja dan sepatutnya hidup seperti puteri. Namun dia meninggalkan segala kemewahan hidupnya semata-mata mahu mengabdikan dirinya pada Krishna, iaitu tuhan Hindu yang dianggapnya sebagai suaminya. Dia menghabiskan kebanyakan masanya tinggal bersama-sama dengan sami, sesuatu yang luar biasa bagi wanita sepertinya. Caranya yang membelakangkan dunia, dan menari dan menyanyi memuji Krishna menyebabkan keluarganya memulaukannya. Mengikut legenda, mereka cuba meracuninya. Namun kerana keabdiannya itu, dia telah terselamat. | UMUM | |
SCHREINER, OLIVE | Schreiner, Olive (18551920) ialah salah seorang penulis Afrika Selatan yang terkenal. Dia terkenal sebagai perintis yang mengakui dan melayani watak wanita yang sepatutnya ada dalam memanfaatkan landskap Afrika dalam fiksyennya. Oliver Schreiner ialah penulis pertama zaman penjajah yang diterima memasuki dunia kesusasteraan London. | UMUM | |
SOSIALISME | Sosialisme ialah satu sistem ekonomi, gerakan politik dan teori sosial. Kebanyakan sosialis percaya bahawa kerajaan, sama ada di peringkat kebangsaan mahupun di peringkat tempatan, dan bukannya individu, yang sepatutnya memiliki sumber negara dan mengawal kegunaannya. Sosialisme juga menuntut pemilikan umum terhadap tanah, kilang dan sumber asas pengeluaran yang lain. | UMUM | |
SIEYÈS, EMMANUEL JOSEPH | Sieyès, Emmanuel Joseph (17481836), yang terkenal dengan nama Abbé Sieyès, membantu mencetuskan Revolusi Perancis dengan buku kecilnya, What is the Third Estate? Dalam buku kecil yang diterbitkan pada tahun 1789 ini, Sieyès menegaskan bahawa rakyat sepatutnya mempunyai hak untuk bersuara dalam kerajaan.
| UMUM | Konsep |
DIET KANAK-KANAK | Diet kanak-kanak, makanan dan minuman yang sepatutnya diambil oleh kanak-kanak. Diet kanak-kanak penting kerana peringkat kanak-kanak merupakan peringkat pertumbuhan dan pembesaran. | PEMAKANAN | Kaedah |
SANGER, MARGARET | Sanger, Margaret (18831966) ialah pemimpin wanita gerakan kawalan kelahiran di Amerika Syarikat dalam awal tahun 1900-an. Pada waktu itu penyebaran maklumat atau alat kawalan kelahiran di Amerika Syarikat adalah menyalahi undang-undang. Sanger percaya bahawa orang perempuan sepatutnya mempunyai persamaan ekonomi dan sosial dengan orang lelaki. Untuk mencapai persamaan tersebut, dia berpendapat bahawa orang perempuan perlu mengelakkan kehamilan yang tidak dikehendaki. Sanger menubuhkan pertubuhan yang kemudiannya menjadi Persekutuan Keibubapaan Terancang Amerika (Planned Parenthood Federation of America), iaitu organisasi kawalan kelahiran yang utama di Amerika. Sanger mencipta istilah kawalan kelahiran yang dahulunya diken ali sebagai keibuan sukarela . | UMUM | |
TANDA SERU | Tanda seru ialah tanda baca yang ditunjukkan sebagai ! di hujung ayat. Tanda seru menunjukkan perasaan berhubung dengan apa yang ditulis. Ia menjadi tanda isyarat kepada pembaca bahawa sesuatu ayat mengungkapkan perasaan yang mendalam. Tetapi biasanya ia adalah pengganti yang lemah bagi teknik penulisan yang sepatutnya digunakan oleh penulis yang baik untuk menyatakan emosi yang kuat. | UMUM | |
PERANG MEXICO | Perang Mexico (18461848) ialah pertempuran antara Amerika Syarikat dengan Mexico kerana perselisihan yang berterusan selama dua dekad. Selama perang tersebut, pasukan tentera Amerika Syarikat telah menyerang Mexico dan menduduki ibu kotanya, Mexico City. Mengikut Perjanjian Guadalupe Hidalgo, Amerika Syarikat memperoleh wilayah California, Nevada dan Utah, hampir seluruh Arizona dan New Mexico, serta bahagian Colorado dan Wyoming daripada Mexico . Namun, kebanyakan ahli sejarah berpendapat bahawa perang itu merupakan serangan yang tidak sepatutnya dibuat terhadap sebuah negara yang lemah. | UMUM | |
|
Tesaurus |
---|
| patut (kata tugas) | 1. Bersinonim dengan layak: sesuai, padan, wajar, cocok, laik, labut, gegadan,
2. Bersinonim dengan mesti: wajib, tidak boleh tidak, memang, tentu, harus, wajar, hendaklah, pasti, nescaya,
perlu, fardu, cengki, cengli, sembada,
3. Bersinonim dengan mustahak: penting, perlu, pantas,
| Kata Terbitan : sepatutnya, berpatutan, |
|
|