Tajuk |
Sinopsis |
Bidang |
Klasifikasi |
RASA SAYANG | RASA SAYANG, sejenis lagu rakyat yang dinyanyikan secara beramai-ramai pada sesuatu majlis. Lagu yang berasal dari kepulauan Maluku, Indonesia ini juga dikenal dengan nama Rasa Sayang Eh tetapi nama asalnya ialah Rasa Sayang. Lagu ini terkenal di seluruh rantau Asia Tenggara dan pernah dinyanyikan dalam bahasa Tagalog, Thai, China dan Tamil. Lagu ini mengandungi unsur-unsur kasih sayang, keceriaan, kemesraan dan juga usik-mengusik di kalangan kumpulan yang sama-sama mendendangkan lagu tersebut. | BUDAYA | Karya |
DONDANG SAYANG | DONDANG SAYANG, sejenis nyanyian yang popular di kalangan masyarakat Melayu dan Cina Peranakan di Melaka. Dondang bermakna nyanyian, manakala dondang sayang bermaksud mengulit kasih. | BUDAYA | Drama/Filem/Teater/Persembahan |
KOMPLEKS OEDIPUS | Kompleks Oedipus, suatu konsep yang digunakan dalam psikoanalisis, merupakan keinginan bawah sedar kanak-kanak untuk mendapatkan kasih sayang yang sepenuhnya daripada ibu bapa yang bertentangan jantina. | UMUM | |
GHAZAL | GHAZAL, persembahan muzik dan nyanyian lagu-lagu Melayu yang bertemakan kasih sayang. Ghazal berasal daripada tradisi muzik Arab yang wujud sejak zaman jahiliah. Dalam bahasa Arab, ghazal bermaksud lagu dan puisi kasih. Dalam masyarakat Melayu, ghazal mempunyai pelbagai fungsi antaranya sebagai alat hiburan, meraikan upacara berkhatan dan perkahwinan. | BUDAYA | Drama/Filem/Teater/Persembahan |
PRIANGAN SI JELITA | PRIANGAN SI JELITA, kumpulan puisi karya Ramadhan K.H. Kumpulan puisi ini diterbitkan pada tahun 1958 oleh Penerbit Balai Pustaka, dan dicetak semula pada tahun 1965. kumpulan puisi ini mengandungi 21 buah puisi yang dibahagikan kepada tiga bahagian, iaituTanah Kelahiran, Dendang Sayang dan Pembakaran. | SASTERA | Karya |
AUSTEN, JANE | Austen, Jane (17751817), salah seorang penulis novel yang sangat digemari di England. Tulisannya mengandungi sindiran tentang institusi-institusi sosial pada zamannya. Dalam setiap satu daripada enam novelnya, mengisahkan seorang wanita bertemu dan mengahwini seorang lelaki selepas menempuh pelbagai kesukaran, yang sering kali melucukan. Halangan-halangan ini dapat membantu sebelah pihak atau kedua-dua belah pihak mengenal diri mereka sendiri, yang diperlukan untuk perkahwinan yang bahagia. Tidak ramai penulis yang dapat menandingi kelebihan Jane Austen dalam mengenal pasti kelemahan manusia, gambarannya tentang hidup seharian yang penuh kasih sayang ataupun prosa-prosanya yang licik dan indah. | UMUM | |
MAETERLINCK, MAURICE | Maeterlinck, Maurice (18621949) ialah dramatis, penyair (pemuisi), ahli alamiah, dan ahli falsafah Belgium. Dia dianugerahi Hadiah Nobel tahun 1911 bagi kesusasteraan. Karya sastera Maeterlinck ialah karya simbolik dan falsafah. Dalam cerita-ceritanya, Maeterlinck mencadangkan mencari roh untuk kesempurnaan dan pemahaman karyanya yang paling terkenal, The Blue Bird (1908) merupakan cerita dongeng yang mengisahkan seorang kanak-kanak mencari keseronokan di serata tempat, tetapi akhirnya menemui keseronokan itu di rumahnya sendiri. Drama-drama ringkasnya yang lebih realistik, seperti The Blind dan The Intruder (kedua-duanya pada tahun 1891), merupakan kisah sedih yang menekankan keperluan mencari kasih sayang dan kegembiraan dalam kehidupan sehari-hari. Pelléas dan Mélisande (1893) ialah drama simbolik tentang kekasih unggul yang musnah kerana mencari kesempurnaan. | UMUM | |
NABI YUSUF A.S. | Nabi Yusuf a.s. Nama penuh baginda ialah Yusuf ibn Yakub ibn Ishaq ibn Ibrahim a.s. Baginda merupakan salah seorang daripada nabi-nabi Allah SWT. Nabi Yakub a.s. mempunyai 12 orang anak lelaki. Nabi Yusuf a.s. merupakan seorang anak yang kacak rupa parasnya, dan menyebabkan baginda lebih disayangi oleh Nabi Yakub. Ini telah menyebabkan saudara-saudara baginda yang lain berasa cemburu dan memberi kesusahan kepada baginda. Namun begitu, kesusahan itu telah menjadi satu kebaikan dan keberkatan kepada baginda, negeri Mesir dan umat manusia di persekitarannya. Pada suatu hari, ketika Nabi Yusuf masih kecil, sebagaimana yang diceritakan dalam al-Qur'an al-Karim, Nabi Yusuf a.s. bermimpi melihat 11 bintang, matahari dan bulan sujud kepada baginda. Lalu, baginda pergi menemui bapanya Nabi Yakub a.s. untuk menceritakan mimpinya itu. Nabi Yakub a.s. meminta anaknya supaya tidak menceritakan mimpi tersebut kepada saudara-saudaranya yang lain kerana bimbang mereka akan memperdayakannya. Saudara-saudara baginda yang lain sememangnya amat cemburu dengan kasih sayang yang berlebihan yang diberikan oleh bapa mereka kepada Nabi Yusuf. Oleh itu, mereka merancang untuk melakukan kejahatan terhadap baginda. Mereka sentiasa menunggu peluang untuk melakukan sesuatu yang akan menghilangkan kasih sayang bapa mereka kepada Nabi Yusuf a.s. | UMUM | |
GILA | GILA, suatu keadaan mental yang tidak sihat atau tidak waras. Gila melambangkan tiga suasana atau keadaan. Suasana pertama, menggambarkan keadaan kesihatan iaitu seseorang itu dikatakan tidak sihat atau tidak waras fikirannya ekoran kerosakan yang berlaku pada otaknya, misalnya otak miring atau tiga suku dan gila isim. Suasana kedua, menggambarkan suatu keadaan yang lain daripada biasa ataupun yang tidak mengikuti kelaziman, misalnya seperti anyam gila iaitu suatu bentuk anyaman yang tidak menentu coraknya. Suasana ketiga, menggambarkan suatu keadaan yang asyik, sayang atau cinta yang amat sangat, misalnya gila bayang, gila talak, gila judi, gila pangkat dan gila perempuan. | BUDAYA | Penyakit |
RSPCA | RSPCA ialah persatuan perlindungan haiwan yang tertua di dunia. Ia menjalankan usaha menggalakkan perasaan kasih sayang dan menghalang kekejaman terhadap haiwan. | UMUM | Umum |
|
Tesaurus |
---|
| sayang | 1. Bersinonim dengan kasih ( cinta, rindu, asyik, mahsyuk, berahi, ) (adjektif:) Berantonim dengan berahi
2. Bersinonim dengan suka ( gemar, minat, ghalit, ) (adjektif:) Berantonim dengan benci
3. Bersinonim dengan kasihan ( simpati, belas, timbang rasa, ) (kata nama:)
4. Bersinonim dengan kekasih ( jantung hati, buah hati, ) (kata nama:)
5. Dalam konteks rugi bersinonim dengan kesal, hampa, kecewa, terkilan, (adjektif:)
| Kata Terbitan : bersayangan, bersayang-sayangan, menyayangi, kesayangan, penyayang, |
|
Puisi |
---|
|
Sayang-sayang buah kepayang, Dimakan mabuk dibuang sayang; Tuan laksana kayu gerenang, Di sini tempat bergurau sayang.
Lihat selanjutnya... |
|