Tajuk |
Sinopsis |
Bidang |
Klasifikasi |
SISYPHUS | Sisyphus ialah pengasas kota Corinth dalam mitologi Yunani. Dia adalah penipu yang terkenal yang sanggup memperdayakan dewa-dewa sekalipun. | UMUM | |
ADAMS, SAMUEL | Adams, Samuel (17221803) ialah patriot dan ahli politik Amerika yang mencetuskan tentangan terhadap pemerintahan British di tanah jajahan Amerika Utara. Walau bagaimanapun, Adams mencuba menjadikan rakyat berusaha menuntut hak mereka secara aman melalui jawatankuasa dan mesyuarat lain. Dia sanggup menjustifikasi tentangan secara keganasan terhadap Great Britain hanya jika segala usaha lain gagal. Adams ialah penandatangan Perisytiharan Kemerdekaan. | UMUM | |
SOUTH SEA BUBBLE | South Sea Bubble ialah bencana kewangan yang menggegar kerajaan Britain pada awal tahun 1700-an. South Sea Company yang ditubuhkan pada tahun 1711 untuk mempertingkatkan dagangan antara Britain dengan Amerika Selatan memonopoli dagangan pada tahun 1718 dengan memberi rasuah kepada beberapa orang ahli parlimen. Sebagai balasan, syarikat ini sanggup mengambil alih beban hutang negara. Spekulasi menyebabkan harga saham melambung naik dari 100 paun ke-1000 paun. | UMUM | |
OATES, LAWRENCE EDWARD GRACE | Oates, Lawrence Edward Grace (18801912) ialah pegawai tentera British dan ahli ekspedisi British ke Antartika yang diketuai oleh Kapten Robert Falcon Scott. Dia menyertai ekspedisi itu pada tahun 1910 dan pada tahun 1912 menganggotai kumpulan kereta luncur salji yang sampai di Kutub Selatan. Dalam perjalanan pulang, dia diserang reput fros dan mengalami kesukaran untuk meneruskan perjalanan bersama-sama ahli lain. Dengan semangat kepahlawanan yang sanggup berkorban, dia terus berjalan sehingga menemui maut dalam ribut salji. Semasa meninggalkan khemahnya, dia berkata, Saya mahu keluar; mungkin agak lama. Oates lahir di London. Dia menyertai pasukan tentera dan berkhidmat di Afrika Selatan, Mesir, dan India. | UMUM | |
JABATAN PENGAJIAN MELAYU UNIVERSITI MALAYA | JABATAN PENGAJIAN MELAYU UNIVERSITI MALAYA, pusat pengajian dan pengajaran bahasa, sastera dan kebudayaan Melayu yang tertua di negara ini. Ditubuhkan pada 5 Oktober 1953 di Universiti Malaya Singapura atas kesedaran, desakan dan pengorbanan guru guru sekolah Melayu. Mereka yang mengusahakan penubuhan jabatan ini telah sanggup menghulurkan sumbangan demi kepentingan kesarjanaan Melayu, walaupun pihak pemerintah Kolonial pada masa itu memandang sepi terhadap penubuhan jabatan ini. Jabatan Pengajian Melayu Universiti Malaya (JPMUM) berpindah ke Kuala Lumpur berikutan dengan penubuhan Universiti Malaya Kuala Lumpur pada Januari 1959. | BAHASA | Institusi/Organisasi |
|
Tesaurus |
---|
| sanggup (kata kerja) | 1. Bersinonim dengan bersedia: rela, sudi, mahu, ingin, suka, setuju, berkenan, tidak keberatan, Berantonim dengan enggan
2. Bersinonim dengan boleh: mampu, berupaya, pandai, dapat, terdaya, terlarat, berkebolehan, cekap, terbuat, lalu,
| Kata Terbitan : menyanggupi, kesanggupan, berkesanggupan, |
|
Puisi |
---|
|
Pucuk kangkung batang jerami, Bunga padi di Tanah Daik; Sudah tak sanggup dengan kami, Cari ganti tempat yang baik.
Lihat selanjutnya... |
Peribahasa |
---|
| 556 There's no accounting for tastes Dalam kehidupan ini, setiap insan berbeza cara, kesukaan, perangai, tabiat dan sebagainya. Inilah hakikat yang harus kita terima dan fahami meskipun aneh. Kepala sama hitam hati lain-lain. I don’’t understand why he would rather spend so much money on expensive furniture for his broken-down house. Well I guess, there’’s no accounting for tastes. Saya tidak faham kenapa dia sanggup berbelanja besar dengan membeli perabut yang mahal-mahal untuk rumahnya yang retak seribu itu. Gamaknya inilah yang dikatakan epala sama hitam hati lain-lain. Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
Lihat selanjutnya... |
|