Tajuk |
Sinopsis |
Bidang |
Klasifikasi |
RESAM | RESAM (Dicranopteris linearis daripada famili Gleicheniaceae), sejenis tumbuhan kecil yang berbatang keras dan tumbuh secara memanjat atau merayap sehingga menutup permukaan tanah dan menjadi belukar. Nama lain bagi tumbuhan ini ialah pakis andam. | BUDAYA | Sumber/Bahan Alam |
MORES | Mores ialah adat resam yang menggambarkan idea sesebuah masyarakat mengenai yang betul dan yang salah. Contoh mores termasuk larangan dalam kebanyakan masyarakat tentang pembunuhan, kanibalisme, dan inses (perbuatan sumbang muhrim). Orang yang mencabuli mores masyarakatnya, akan menghadapi tentangan dan hukuman yang keras. Istilah mores berasal daripada perkataan Latin yang bermaksud adat. | UMUM | |
MISHIMA, YUKIO | Mishima, Yukio (19251970) ialah nama pena novelis Jepun yang banyak menulis tentang adat resam pahlawan samurai zaman purba. Apabila dikritik oleh masyarakat moden yang demokrasi, dia dan rakannya membunuh diri mengikut adat Samurai, seppuku. Lihat Samurai. | UMUM | |
SWIFT, JONATHAN | Swift, Jonathan (16671745) ialah pengarang Inggeris yang menulis Gullivers Travels (1726), sebuah mahakarya kesusasteraan komedi. Swift dikenal penulis satira yang agung disebabkan oleh kebolehannya menyindir adat resam, idea dan tindakan yang dianggapnya bodoh atau membahayakan. Satiranya biasanya perit, tetapi amat melucukan dan menyenangkan. Swift memberi perhatian kepada kebajikan dan tingkah laku rakyat pada zamannya, khususnya kebajikan orang Ireland dan tindak tanduk orang Inggeris terhadap Ireland. Swift ialah paderi gereja Protestan yang menjadi wira di Ireland Roman Katolik. | UMUM | |
KAUM HIPI | Kaum hipi ialah anggota pergerakan remaja pada tahun 1960-an dan 1970-an yang bermula di Amerika Syarikat dan merebak ke Kanada, Great Britain dan banyak negara lagi. Kaum hipi menolak adat resam, tradisi dan gaya hidup masyarakat dan cuba mengembangkan cara hidup mereka sendiri. | UMUM | |
KESUSASTERAAN JEPUN | Kesusasteraan Jepun tergolong sebagai salah satu kesusasteraan agung dunia. Ia menggambarkan pelbagai ciri masyarakat Jepun, seperti kepatuhan mereka terhadap adat resam dan juga kepekaan mereka terhadap alam sekitar. Orang Jepun mungkin telah menghasilkan bahan sastera bertulis yang pertama pada tahun 500-an M. Tetapi Jepun telah begitu lama mengasingkan diri daripada dunia luar. Tambahan pula, bahasa tulisan mereka amat sukar untuk dikuasai. Oleh yang demikian, sastera Jepun hampir tidak diketahui oleh dunia luar sehingga tahun 1900-an. | UMUM | |
PATRIOTISME | Patriotisme ialah rasa cinta dan sokongan yang setia kepada negara. Patriotisme meliputi rasa kasih kepada tanah air dan penduduknya, rasa kagum akan adat resam dan tradisinya, rasa bangga akan sejarahnya dan penuh bakti kepada kesejahteraannya. Istilah ini membayangkan perasaan bersatu dengan negara. | UMUM | |
TUAI RUMAH | TUAI RUMAH, ketua rumah panjang di Sarawak. Tanggungjawab utama tuai rumah adalah mengawal kebajikan ahli-ahli rumah panjang yang juga merupakan anak-biak atau pengikutnya. Di samping itu, tuai rumah juga bertindak sebagai penjaga adat resam kelompoknya. Oleh itu, seseorang yang dilantik sebagai tuai rumah oleh ahli-ahli rumah panjang lazimnya seseorang yang memiliki pengetahuan luas tentang budaya atau adat resam sukunya. Pengetahuan ini penting kerana kehidupan suku kaum di Sarawak, terutamanya mereka yang tinggal di kawasan pedalaman, masih berlandaskan undang-undang peribumi yang diwarisi turun-temurun. | BUDAYA | Konsep |
ORANG TUA | ORANG TUA, gelaran kepada ketua kampung di Sabah dan Sarawak. Gelaran ini merujuk kepada orang yang telah dilantik sebagai pemimpin dan wakil kerajaan sesebuah kampung. Lazimnya orang yang dilantik oleh penduduk sesebuah kampung sebagai orang tua ialah orang lelaki yang sudah berkahwin, arif tentang adat resam tempatan dan berasal daripada keluarga pemimpin. Sebagai satu konsep orang tua membawa erti kebajiksanaan serta mempunyai pengetahuan yang luas dan mendalam tentang adat resam anak buah dan kampung lain. | BUDAYA | Jawatan/Gelaran |
HUKUM KANUN BRUNEI | HUKUM KANUN BRUNEI, teks undang-undang tradisional Brunei. Undang-undang ini merupakan adunan antara hukum adat resam dengan hukum Islam yang bersumberkan al-Quran dan hadis. Teks Hukum Kanun Brunei disadur atau disusun berdasarkan teks Undang-undang Melaka yang dihasilkan pada zaman kegemilangan Melaka pada akhir abad ke-15. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Karya |
|
Tesaurus |
---|
| resam (kata nama) | 1. Bersinonim dengan kebiasaan: kelaziman, adat, istiadat, amalan, adab, hukum, lembaga, peraturan, tradisi,
upacara, prosedur, tatacara, tatasusila, tatatertib,
2. Bersinonim dengan resmi: pembawaan, sifat, tabiat, kebiasaan, perangai, kelakuan.,
|
|
Puisi |
---|
|
Sepuluh hari di Teluk Ramunia, Orang bertandak di atas tanah; Sudah menjadi resam dunia, Di mana bengkak di situ menanah.
Lihat selanjutnya... |
|