Tajuk |
Sinopsis |
Bidang |
Klasifikasi |
OLAV V | Olav V (19031991) menjadi raja Norway pada tahun 1957 apabila ayahandanya, Raja Haakon VII, mangkat. Olav lahir di England, dan pergi ke Norway semasa berusia dua tahun. Baginda memasuki Norwegian War College dan Oxford University. Baginda sering berkhidmat sebagai pemangku raja semasa ayahanda baginda gering. Olav merupakan ketua tentera pertahanan Norway dalam Perang Dunia II (19391945). Permaisurinya, Puteri Martha dari Sweden, mangkat pada tahun 1954. | UMUM | |
STANLEY DAN LIVINGSTONE | Stanley dan Livingstone ialah dua orang penjelajah British yang menjadi perintis kepada dunia Barat untuk meneroka perjalanan ke benua Afrika. Henry Morton Stanley (18411904) pergi ke Afrika untuk mencari David Livingstone (18131873) pada tahun 1869. Livingstone terkenal sebagai penjelajahan ke kawasan pedalaman benua itu. Namun tiada sesiapa yang mendengar cerita tentang dirinya dalam beberapa tahun, dan oleh itu, New York Herald menghantar Stanley untuk mencarinya. Pencarian Stanley berakhir pada 10 November 1871, apabila dia bertemu Livingstone di bandar Ujiji, di Tasik Tanganyika. Stanley menyambutnya dengan perkataan yang terkenal pada masa kini: Dr. Livingstone, I presume? (Dr. Livingstone saya agak?) | UMUM | |
AMIDI, ABU AL-HASAN AL- | Amidi, Abu al-Hassan al- (551631 H.), ahli ilmu usul. Nama penuhnya ialah Abu al-Hasan Sayd al- Din Ali ibn Abi Ali ibn Muhammad ibn Salim al- Thalabi. Dia bermazhab Hambali, kemudian berubah kepada mazhab Syafii. Dia pergi ke Baghdad untuk belajar ilmu al-Qiraat, mahir dalam perkara-perkara khilaf (berlainan pendapat) dan mendalami ilmu Usuluddin, Usul Fiqh dan Falsafah. Dia juga pergi ke Mesir dan terkenal dalam pengajian ilmu Fiqh Syafii. Ramai yang menjadi anak muridnya. Kemudian dia berpindah pula ke Syam dan meninggal dunia di sana. Antara karya al-Amidi ialah Al-Ihkam fi Usul al-Ahkam, Abkar al-Afkar berkaitan ilmu kalam dan Lubab al-Albab . | UMUM | |
ARIADNE | Ariadne dalam mitologi Yunani ialah anak perempuan Minos, raja Crete. Dia jatuh cinta dengan wira Yunani Theseus ketika wira ini pergi ke Crete untuk membunuh raksasa yang dikenali sebagai Minotaur. Raksasa ini tinggal di rangkaian laluan yang mengelirukan yang dikenali sebagai Labyrinth. Ariadne memberikan sebuku benang kepada Theseus apabila Theseus memasuki Labyrinth supaya dia dapat meninggalkan kesan dan kemudian mencari jalan keluar. Theseus membunuh Minotaur dan melarikan diri dari Crete bersama-sama Ariadne tetapi meninggalkannya di Pulau Naxos. Dewa Dionysus menemui Ariadne di sana dan mengahwininya. | UMUM | |
NIFLHEIM | Niflheim adalah dunia orang yang telah meninggal dunia dalam mitologi Norse. Niflheim merupakan sebuah kawasan ais, kabus, dan kegelapan yang abadi. Dunia ini terletak di seberang Sungai Gjol, jauh ke utara Midgard, di mana manusia tinggal. Ketua dewa Odin membuang negeri dewi Hel ke Niflheim. Di sini dewi itu menjadi pemerintah alam baka, yang menempatkan roh mereka yang meninggal dunia kerana penyakit atau kerana tua. Roh pahlawan yang terbunuh dalam pertempuran pergi ke tempat yang disebut Valhalla. | UMUM | |
PICKERING, WILLIAM | Pickering , William (18401907) ialah kakitangan awam British yang menjadi pelindung pertama orang Cina di Singapura pada tahun 1877. Pada masa itu, ejen British melakukan pengambilan kuli (buruh kasar) di China dan menghantar mereka ke Singapura untuk bekerja. Ramai ejen melayan kuli- kuli tersebut dengan buruk sekali, membawa mereka ke Singapura dalam kapal-kapal yang sesak, malah memaksa mereka pergi ke negara lain yang di luar kemahuan mereka. Tugas Pickering sebagai pelindung adalah untuk menghentikan layanan buruk ini. Dia mempunyai personaliti yang tegas dan fasih membaca serta bertutur dalam bahasa Cina. Di bawah kepimpinannya, badan perlindungan ini menjadi sebuah institusi yang amat disanjung tinggi. Selain melindungi kuli dan pendatang wanita, Pickering juga bertindak terhadap persatuan kongsi gelap Cina dan menguatkuasakan peraturan ketat sebagai langkah mengawal perjudian. | UMUM | |
MUKHTAR AL-THAQAFIY AL- | Mukhtar al-Thaqafiy al- (1 H.67 H/622 M.687 M.), salah seorang daripada ketua revolusi menentang kerajaan Bani Umayyah. Nama penuhnya ialah Abu Ishaq al Mukhtar ibn Abi ibn Masud al- Thaqafi. Dia berasal daripada Taif dan berpindah ke Madinah mengikut bapanya semasa pemerintahan Khalifah Umar r.a. Bapanya pergi ke Iraq dan syahid dalam Perang al-Jisri, meninggalkan al-Mukhtar al- Taqafiy di Madinah dan hidup di kalangan Bani Hasyim. Abdullah ibn Umar mengahwini kakaknya yang bernama Safiyyah. Kemudian al-Mukhtar al- Taqafiy hidup bersama Ali r.a. di Iraq dan tinggal di Basrah selepas kematian Ali. | UMUM | |
ABU ABDULLAH | Abu Abdullah ( ? 1533?), dalam bahasa Inggeris dikenali sebagai Boabdil ialah Raja Moor yang terakhir di Granada yang kini sebuah wilayah di selatan Sepanyol. Nama Arabnya ialah Abu Abdullah. Abu Abdullah juga digelar sebagai si kerdil dan memerintah dengan gelaran Muhammad XI. Pada tahun 1482, baginda merampas takhta daripada ayahnya. Baginda seorang raja yang zalim dan tidak adil. Pada tahun 1492, tentera Ferdinand dan Isabella, pemerintah Castile dan Aragon, menyerang Granada dan mengalahkan Abu Abdullah. Semasa Abu Abdullah meninggalkan kerajaannya yang telah hilang itu, baginda menoleh untuk melihat kerajaannya kali yang terakhir. Tempat baginda berhenti untuk menoleh itu masih ditunjukkan kepada pelancong sebagai keluhan terakhir Raja Moor. Abu Abdullah pergi ke Afrika dan di sana baginda dikatakan mangkat dalam pertempuran. | UMUM | |
SEVEN SLEEPERS OF EPHESUS | Seven Sleepers of Ephesus , menurut legenda purba, ialah tujuh remaja beragama Kristian yang telah melarikan diri ke kawasan pergunungan berhampiran Ephesus di Asia Kecil, untuk menyelamatkan diri daripada penganiayaan oleh Maharaja Decius pada tahun 251 M. Orang yang mengejar mereka telah menemui tempat persembunyian mereka dan menyekat jalan masuk ke situ. Dua ratus tahun kemudian, seorang penggembala terserempak dengan gua tersebut dan menemui ketujuh-tujuh remaja tersebut sedang nyenyak tidur. Apabila dia mengejutkannya, mereka mengatakan bahawa mereka baru tidur satu malam sahaja. Salah seorang daripada mereka pergi ke Ephesus untuk mencari makanan dan membayar dengan menggunakan duit syiling yang berusia 200 tahun. Remaja itu telah ditangkap kerana disyaki sebagai pencuri harta karun. Walau bagaimanapun, Maharaja Theodosius II percaya bahawa satu keajaiban telah berlaku dan membawa remaja itu dalam satu perarakan besar-besaran ke gua tersebut. Kemudian, dia membina sebuah gereja dan kawasan perkuburan yang besar di situ sebagai memperingati peristiwa itu. Ketujuh-tujuh lelaki itu hidup tidak lama. Kesemuanya meninggal dunia pada masa yang sama dan dikebumikan di tempat mereka pernah tidur. | UMUM | |
TUN JANA KHATIB | TUN JANA KHATIB ( ? - ? ), tokoh dalam Sejarah Melayu. Peninggalan asalnya ialah Tun Jana Khatib. Dia adalah seorang ulama yang berasal dari tanah Arab dan telah datang ke Pasai bersama-sama tiga orang sahabatnya untuk berdagang dan menjalankan dakwah Islamiah. Dia kemudiannya pergi ke Singapura yang pada ketika itu diperintah oleh Raja Paduka Seri Maharaja. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
|
Tesaurus |
---|
| pergi (kata kerja) | 1. Bersinonim dengan menuju ke: menujui, menghala ke, mengarah ke, Berantonim dengan datang
2. Bersinonim dengan berhambus: cabut, lari, nyah, incit, keluar, hilang, turun, angkat kaki, kepol, calo, andun,
3. Bersinonim dengan bertolak: berlepas, berangkat, belayar, berjalan, bercemar duli, bertolak punggung, mengorak
langkah, mengorak sila, Berantonim dengan tiba
4. Dalam konteks kiasan bersinonim dengan meninggal dunia, mati, wafat, mangkat,
| Kata Terbitan : berpergian, kepergian, pemergian, |
|
Puisi |
---|
|
Anak Cina pergi ke hutan, Pergi ke hutan memburu rusa; Teras gaharu sangka bukan, Salah pandang rosak binasa.
Lihat selanjutnya... |
|