Tajuk |
Sinopsis |
Bidang |
Klasifikasi |
ALVARADO, PEDRO DE | Alvarado (14851541), membantu Hernando Cortes mengalahkan orang Aztek di Mexico dan menawan Guatemala. Dia lahir di Badajoz. Alvarado pergi ke Hindia Barat pada tahun 1510. Pada tahun 1518, dia menyertai ekspedisi yang diketuai oleh Juan de Grijalva ke Mexico selatan. Alvarado bersama-sama Cortes pergi ke Mexico pada tahun 1519. Selepas menawan Mexico pada tahun 1521, Cortes menghantar Alvarado untuk menawan Guatemala. Alvarado berjaya menawan Guatemala pada tahun 1524 dengan bantuan perikatan Orang Asli Amerika. Pada tahun 1525, dia menawan El Salvador untuk Sepanyol dan mengasaskan pembinaan ibu negaranya, San Salvador. Dia menjadi Gabenor Guatemala dan kemudiaan Gabenor Honduras. | UMUM | |
STETSON, JOHN BATTERSON | Stetson, John Batterson (18301906) ialah pengilang topi dan dermawan Amerika. Dia pergi ke Barat pada awal tahun 1860-an untuk memulihkan kesihatannya dan menggunakan pengetahuannya mengikut cita rasa Barat dan mereka bentuk topi sepuluh-gelen yang terkenal. Dia mendirikan sebuah kilang di Philadelphia, Pennsylvania pada tahun 1865, dan menjadi pengilang topi yang terkemuka di Amerika. Walaupun dia tidak pernah mendapat pendidikan rasmi, Stetson telah membiayai untuk sebuah akademi kecil di De Land, Florida. Akademi ini kemudiannya menjadi Stetson University. Stetson lahir di Orange, New Jersey. | UMUM | |
SYEIKH MOHD. TAHIR JALALUDDIN | Syeikh Mohd. Tahir Jalaluddin (18691957), ulama dan pengarang. Ketika berusia 13 tahun, dia pergi ke Makkah bersama sepupunya, Syeikh Ahmad Khatib al-Minangkabau. Di Makkah mempelajari ilmu nahu, saraf, mantiq, fiqh, bayan, maani, handasah dan lain-lain lagi. Dia juga bertugas menguruskan jemaah haji yang datang ke Makkah. | UMUM | |
ARIADNE | Ariadne dalam mitologi Yunani ialah anak perempuan Minos, raja Crete. Dia jatuh cinta dengan wira Yunani Theseus ketika wira ini pergi ke Crete untuk membunuh raksasa yang dikenali sebagai Minotaur. Raksasa ini tinggal di rangkaian laluan yang mengelirukan yang dikenali sebagai Labyrinth. Ariadne memberikan sebuku benang kepada Theseus apabila Theseus memasuki Labyrinth supaya dia dapat meninggalkan kesan dan kemudian mencari jalan keluar. Theseus membunuh Minotaur dan melarikan diri dari Crete bersama-sama Ariadne tetapi meninggalkannya di Pulau Naxos. Dewa Dionysus menemui Ariadne di sana dan mengahwininya. | UMUM | |
OLAV V | Olav V (19031991) menjadi raja Norway pada tahun 1957 apabila ayahandanya, Raja Haakon VII, mangkat. Olav lahir di England, dan pergi ke Norway semasa berusia dua tahun. Baginda memasuki Norwegian War College dan Oxford University. Baginda sering berkhidmat sebagai pemangku raja semasa ayahanda baginda gering. Olav merupakan ketua tentera pertahanan Norway dalam Perang Dunia II (19391945). Permaisurinya, Puteri Martha dari Sweden, mangkat pada tahun 1954. | UMUM | |
MENTOR | Mentor ialah seorang sahabat yang lebih tua, dan penasihat kepada Odysseus, hero kepada epik Yunani purba, Odyssey. Sebelum Odysseus (Ulysses dalam bahasa Latin) pergi bertempur dalam Perang Trojan, dia melantik Mentor sebagai penjaga anak lelakinya, Telemachus. Dengan bimbingan Mentor, dewa Athena telah menolong Telemachus mencari Odysseus. Hari ini, perkataan mentor bererti seorang kaunselor yang baik dan boleh dipercayai. | UMUM | |
STANLEY DAN LIVINGSTONE | Stanley dan Livingstone ialah dua orang penjelajah British yang menjadi perintis kepada dunia Barat untuk meneroka perjalanan ke benua Afrika. Henry Morton Stanley (18411904) pergi ke Afrika untuk mencari David Livingstone (18131873) pada tahun 1869. Livingstone terkenal sebagai penjelajahan ke kawasan pedalaman benua itu. Namun tiada sesiapa yang mendengar cerita tentang dirinya dalam beberapa tahun, dan oleh itu, New York Herald menghantar Stanley untuk mencarinya. Pencarian Stanley berakhir pada 10 November 1871, apabila dia bertemu Livingstone di bandar Ujiji, di Tasik Tanganyika. Stanley menyambutnya dengan perkataan yang terkenal pada masa kini: Dr. Livingstone, I presume? (Dr. Livingstone saya agak?) | UMUM | |
AMIDI, ABU AL-HASAN AL- | Amidi, Abu al-Hassan al- (551631 H.), ahli ilmu usul. Nama penuhnya ialah Abu al-Hasan Sayd al- Din Ali ibn Abi Ali ibn Muhammad ibn Salim al- Thalabi. Dia bermazhab Hambali, kemudian berubah kepada mazhab Syafii. Dia pergi ke Baghdad untuk belajar ilmu al-Qiraat, mahir dalam perkara-perkara khilaf (berlainan pendapat) dan mendalami ilmu Usuluddin, Usul Fiqh dan Falsafah. Dia juga pergi ke Mesir dan terkenal dalam pengajian ilmu Fiqh Syafii. Ramai yang menjadi anak muridnya. Kemudian dia berpindah pula ke Syam dan meninggal dunia di sana. Antara karya al-Amidi ialah Al-Ihkam fi Usul al-Ahkam, Abkar al-Afkar berkaitan ilmu kalam dan Lubab al-Albab . | UMUM | |
RENJER ROGERS | Renjer Rogers ialah peninjau bagi Tentera British semasa Perang Tujuh Tahun (17561763). Robert Rogers (17311795) mengetuai pasukan renjer itu. Dia terkenal sebagai seorang komander yang berani dan pengikutnya sentiasa mengikut ke mana sahaja dia pergi. Para anggotanya terdiri daripada orang yang garang dan kasar serta tidak berdisiplin. Mereka selalu menghadapi masalah dengan pegawai atasan. | UMUM | |
SAINT BERNARD | Saint Bernard ialah anjing besar, bijak yang menjadi terkenal kerana menyelamatkan pengembara yang sesat. Anjing ini dilatih pada tahun 1600-an oleh sekumpulan rahib dari biara St. Bernard, di Pergunungan Alps Switzerland. Pada masa itu, ramai pengembara pergi ke Pergunungan Alps dengan berjalan kaki. Ada yang sesat semasa perjalanan atau tertimbus oleh salji hanyut atau ribut salji yang datang secara tiba-tiba. St. Bernard dilatih untuk menyelamatkan mereka yang menghadapi masalah begini. Dengan deria bau yang tajam, St. Bernard boleh menjumpai orang yang tertimbus di bawah timbunan salji. Setelah menemui mangsa, ia meminta pertolongan dengan menyalak kuat-kuat. Anjing ini juga dilatih untuk memandu pengembara melalui laluan yang berbahaya, dan memberi amaran tentang tempat berpijak yang berbahaya. Pelukis Inggeris, Sir Edwin Landseer, melukis gambar anjing ini pada sebuah tong kayu kecil yang tergantung di lehernya. Tetapi pihak berkuasa menyatakan St. Bernard tidak pernah membawa tong kecil ini semasa misi menyelamat. | UMUM | |
|
Tesaurus |
---|
| pergi (kata kerja) | 1. Bersinonim dengan menuju ke: menujui, menghala ke, mengarah ke, Berantonim dengan datang
2. Bersinonim dengan berhambus: cabut, lari, nyah, incit, keluar, hilang, turun, angkat kaki, kepol, calo, andun,
3. Bersinonim dengan bertolak: berlepas, berangkat, belayar, berjalan, bercemar duli, bertolak punggung, mengorak
langkah, mengorak sila, Berantonim dengan tiba
4. Dalam konteks kiasan bersinonim dengan meninggal dunia, mati, wafat, mangkat,
| Kata Terbitan : berpergian, kepergian, pemergian, |
|
Puisi |
---|
|
Cik Ali pergi berperang, Pergi berperang dengan senjata; Awan di langit kalau terang, Cahaya bintang baru nyata.
Lihat selanjutnya... |
|