Tajuk |
Sinopsis |
Bidang |
Klasifikasi |
TEMPUA | Tempua ialah sejenis burung yang pandai menyanyi yang terdapat di kawasan tropika di China, India, Malaysia, dan Filipina. Ia mendapat namanya tailorbird dalam bahasa Inggeris daripada cara ia membina sarang dalam daun besar yang berlipat. Ia menjahit tepi daun dengan beberapa utas bebenang sutera atau bulu atau serat sayur dengan menggunakan paruhnya sebagai jarum. Sarang di dalam daun ini dibuat daripada bulu gebu tumbuhan dan rumput halus dan bulu. Tempua betina bertelur tiga atau empat biji pada satu masa. Tempua berbeza-beza warnanya daripada putih kemerahan atau hijau kebiruan dan ditandai merah keperangan. Tempua panjangnya 10 hingga 15 sentimeter panjang. Terdapat sembilan spesies. Pengelasan saintifik . Tempua tergolong dalam subfamili Sylviinae dari famili Muscicapidae. Ia adalah genus Orthotomus . Lihat juga Burung (gambar: Jenis sarang burung). | UMUM | |
PERANTIS | Perantis ialah seseorang yang mempelajari sesuatu kemahiran dengan bekerja di bawah bimbingan seorang yang pandai dan mahir. Perantis bekerja dalam sektor pembinaan, kerja logam, percetakan, dan kemahiran-kemahiran lain. Ramai majikan dan kesatuan secara bersama menyediakan program perantisan. Kebanyakan perantis menerima gaji dan bekerja mengikut waktu tetap. Mereka yang telah tamat perantisan menjadi pekerja terlatih (pekerja mahir). | UMUM | |
SOLON | Solon (639?˙559? S.M.) ialah penggubal undangundang yang masyhur. Dia terkenal sebagai salah seorang daripada tujuh orang bijak pandai Yunani. | UMUM | |
SAFFAH, ABU AL-ABBAS' AL | Saffah, Abu al-Abbas al (104136 H./ 722754 M.), khalifah pertama Kerajaan Abbasiyyah dan salah seorang cerdik pandai Arab. Nama penuhnya ialah Abdullah ibn Muhammad ibn Ali ibn Abdullah ibn al- Abbas ibn Abdul Muttalib. Dia juga dikenali sebagai al-Murtadha (orang yang diredai) dan al-Qaim (Penegak keadilan). Al-Saffah lahir dan dibesarkan di al-Syirah (di antara Sham dengan Madinah). Ketika Ibrahim al-Imam dibunuh, dia dan keluarganya berpindah ke Kufah pada bulan Safar 132 H./750 M. Mereka telah bersembunyi selama beberapa minggu kemudian muncul dengan pengikutnya. Mereka melantik al-Saffah sebagai khalifah pada 3 Rabiulawal 132 H./750 M., sebagai permulaan Kerajaan Abbasiyyah. Antara pendukung Kerajaan Abbasiyyah yang paling menonjol ialah Abu Muslim al-Khurasani. Walau bagaimanapun, selepas pembunuhan Marwan ibn Muhammad (khalifah Bani Umaiyyah di Syam), Abu Muslim dilantik sebagai pemimpin Khurasan sebagai mengenangkan jasanya. | UMUM | |
PERTUKANGAN | PERTUKANGAN, perihal bertukang atau pekerjaan bertukang. Tukang ialah orang yang mahir dalam sesuatu pekerjaan tangan. Dalam konteks budaya Melayu, kepandaian atau kemahiran dalam apa bidang sekalipun melayakkan seseorang itu dipanggil tukang, misalnya tukang besi, orang yang pandai membuat peralatan daripada besi, dan tukang andam, orang yang pandai menyolek dan menghias pengantin. | BUDAYA | Kraf Tangan |
BURUNG BAYAN | Burung bayan ialah anggota kecil dalam famili burung nuri. Burung bayan berwarna terang dengan bulunya berwarna hijau, merah, biru, jingga, kuning atau ungu. Ekornya sama ada pendek dan bersegi empat, atau panjang dan meruncing. Burung bayan biasanya merupakan haiwan kesayangan yang manja dan pandai. Burung ini ialah akrobat semula jadi dan dapat melakukan berbagai-bagai kepandaian di tangga dan jungkang-jungkit mainan. | UMUM | |
PERTUKANGAN TEMBAGA | PERTUKANGAN TEMBAGA, kemahiran menghasilkan barangan yang dibuat daripada tembaga dan tukang barangan tersebut dipanggil pandai tembaga. Hampir semua barangan yang dihasilkan daripada tembaga digunakan untuk keperluan harian ataupun untuk upacara adat istiadat. Biasanya harga barangan tembaga lebih murah daripada barangan yang diperbuat daripada emas dan perak. | BUDAYA | Kraf Tangan |
PERTUKANGAN PERAK | PERTUKANGAN PERAK, kemahiran menghasilkan barangan yang diperbuat daripada perak dan tukang barangan tersebut dipanggil pandai perak. Pertukangan perak banyak dihasilkan di Kelantan, Terengganu dan Perak. | BUDAYA | Kraf Tangan |
AIREDALE TERRIER | Airedale Terrier ialah baka anjing terrier yang besar. Beratnya 23 kilogram hingga 27 kilogram apabila dewasa. Badannya berbulu keras berwarna hitam atau putih di belakangnya dan warna perang di bahagian badannya yang lain. Anjing ini dinamakan sempena nama Lembah Aire di utara England. Baka ini telah dibiakkan di England kira-kira pada tahun 1880-an. Satu daripada leluhurnya ialah anjing perburuan memerang. Airedale ialah anjing yang berani, yang terkenal sebagai anjing pengawal, dan penyayang terhadap pemiliknya. Ia juga pandai berenang. | UMUM | |
ZAINUDDIN LABAI EL-YUNUSI | ZAINUDDIN LABAI EL-YUNUSI (1890-1924), ulama Indonesia. Dia lahir di Padang Panjang, Indonesia. Nama sebenarnya ialah Zainuddin Labai bin Syekh Muhammad Yunus Pandai Sikat. Ayahnya juga seorang ulama. Zainuddin mendapat pendidikan awal di Sekolah Gubernement, hingga Darjah Empat. Di samping itu dia mendapat pendidikan agama daripada ayahnya. Setelah kematian ayahnya pada tahun 1904, dia tidak meneruskan pelajarannya. Selepas itu dia pernah belajar dengan Haji Abdullah Ahmad di Padang,dan Syekh Abbas di Padang Japang, di samping menjadi guru bantu. Pada tahun 1913, dia pulang ke Padang Panjang dan mengajar di surau Jambatan Besi. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
|
Tesaurus |
---|
| pandai | 1. Bersinonim dengan cerdik ( pintar, bijak, cerdas, bijaksana, bestari, bergeliga, cair otak, besar akal,
banyak akal, tajam akal, tajam fikiran, terang akal, terang hati, otak minyak, fatan, punsu,
tahu-tahu, piawai, ) (adjektif:) Berantonim dengan bodoh
2. Bersinonim dengan cekap ( mahir, handal, pantas, cekat, tangkas, biasa, terlatih, lancar, akas, prigel, campin, ) (adjektif:)
3. Bersinonim dengan ahli ( jauhari, tukang, pakar, juru, utas, empu, kipu, ) (kata nama:)
| Kata Terbitan : memandai-mandai, kepandaian, |
|
Puisi |
---|
|
Memasang jerat sudah lama, Dapat seekor burung nuri; Saya pergi tiada lama, Pandai-pandai menjaga diri.
Lihat selanjutnya... |
|