Tajuk |
Sinopsis |
Bidang |
Klasifikasi |
KEMATIAN BAYI | Kematian bayi ialah ukuran bagi menunjukkan bilangan bayi yang meninggal dunia sebelum mencapai setahun usia kelahiran mereka. Kadar kematian bayi ini menunjukkan jumlah bayi yang meninggal dunia setiap tahun bagi setiap seribu bayi yang lahir. Oleh sebab kadar ini mencerminkan keadaan kesejahteraan anggota masyarakat yang paling bergantung kepada orang lain, maka, kadar ini sering ditafsirkan sebagai ukuran sejauh mana satu-satu masyarakat itu menjaga anggota mereka. Atas alasan itu, maka, membandingan kadar kematian bayi antara negara atau komuniti yang berlainan ialah satu cara untuk menilai taraf hidup masyarakat itu. | UMUM | |
NIFLHEIM | Niflheim adalah dunia orang yang telah meninggal dunia dalam mitologi Norse. Niflheim merupakan sebuah kawasan ais, kabus, dan kegelapan yang abadi. Dunia ini terletak di seberang Sungai Gjol, jauh ke utara Midgard, di mana manusia tinggal. Ketua dewa Odin membuang negeri dewi Hel ke Niflheim. Di sini dewi itu menjadi pemerintah alam baka, yang menempatkan roh mereka yang meninggal dunia kerana penyakit atau kerana tua. Roh pahlawan yang terbunuh dalam pertempuran pergi ke tempat yang disebut Valhalla. | UMUM | |
NASAFIY, ABU AL-BARAKAT AL | Nasafiy, Abu al-Barakat -al (meninggal dunia pada 710 H/1310 M), ahli fiqh Mazhab Hanafi, dan ahli tafsir. Nama sebenarnya ialah Abdullah ibn Ahmad ibn Mahmud Hafiz al-Din Abu al-Barakat. Namanya dinisbahkan kepada nama tempat asalnya iaitu daerah Nasaf di Sind. Buku-buku bibliografi tokoh tidak menyebut tarikh kelahirannya. Al- Nasafiy belajar dari beberapa orang ulama pada zamannya, antaranya ialah Shams al-Din al-Kurdy dan Ahmad al-Itabiy. Al-Nasafiy ialah salah seorang ulama mutakhir yang zuhud dan beramal dengan ilmunya. Dia mempunyai banyak karya dalam bidang ilmu Fiqh, Usuluddin dan juga Tafsir. Antara karyanya yang terkenal ialah kitab tafsirnya Madarik al-Tanzil wa Haqaiq al-Tawil iaitu sebuah kitab tafsir yang sederhana bentuknya yang diringkaskan daripada kitab tafsir al-Kashaf dan tafsir al-Baydawiy. Al-Nasafiy meninggal dunia di negeri Izaj berdekatan Asbahan. | UMUM | |
PROBET | Probet. Apabila seseorang meninggal dunia, wasiatnya perlu diterima sebagai probet (untuk membuktikan wasiat itu tulen). Wasi si mati akan mengemukakan wasiatnya kepada mahkamah dan mahkamahlah yang akan mengendalikan wasiat dan harta pusakanya. Mahkamah ini dikenali sebagai mahkamah probet. Pihak wasi perlu mengemukakan wasiat dan bukti-bukti yang menunjukkan bahawa wasiat si mati benar. Wasiat hendaklah mendapat probet secepat mungkin selepas kematian orang yang membuat wasiat yang dikenali sebagai pewasiat. Selepas surat wasiat dikemukakan, mahkamah biasanya akan mengeluarkan pemberitahuan kepada waris-waris pewasiat yang sepatutnya mempunyai hak ke atas harta tersebut jika wasiat itu tidak dibuat. | UMUM | |
DIOCLETIAN | Diocletian, Maharaja Rom, lahir pada tahun 245 M dan meninggal dunia pada tahun 313 M. Baginda membahagikan Empayar Rom kepada empat bahagian yang dikenali sebagai prefecture. | UMUM | |
PEMUJAAN NENEK MOYANG | Suatu kepercayan yang melibatkan amalan-amalan tertentu yang dilakukan terhadap roh orang yang telah meninggal dunia dari kalangan saudara terdekat atau mereka yang rapat dengan si mati itu. | AGAMA | Kepercayaan |
DUVALIER, FRANCOIS | Duvalier, Francois (19071971) ialah Presiden Haiti dari tahun 1957 hingga dia meninggal dunia pada tahun 1971. Duvalier memerintah sebagai diktator dan tidak membenarkan sesiapa menentangnya. | UMUM | |
NERO | Nero (37 M.68 M.) ialah maharaja Rom yang memerintah dari tahun 54 M. hingga dia meninggal dunia 14 tahun kemudian. Pemerintahannya lebih dikenal dengan kebakaran yang memusnahkan sebahagian besar Rom pada tahun 64 M. Nero membina Golden House, istana yang sangat besar, di tengah-tengah kawasan yang telah terbakar itu. Khabar angin ada menyatakan bahawa Nero memulakan kebakaran supaya dia boleh membina istana tersebut. Tetapi dia menyalahkan orang Kristian, yang ketika itu ialah kumpulan yang tidak popular di Rom, dan membunuh mereka. | UMUM | |
TAYLOR, ZACHARY | Taylor, Zachary (17841850) ialah Presiden Amerika Syarikat dari tahun 1849 hingga tahun 1850. Dia meninggal dunia pada 9 Julai 1850 setelah hanya 16 bulan memegang jawatan. Taylor ialah pemilik hamba abdi di Selatan tetapi dia tidak menentang kemasukan California dan New Mexico ke dalam kesatuan sebagai negeri bebas (bukan hamba abdi). | UMUM | |
ASHA'IRAH, AL- | Ashairah, al- ialah pengikut aliran Abu al- Hassan al-Asháriy Ali ibn Ismail ibn Ishaq (meninggal dunia pada 324 H./935 M.). Dia mempunyai darah keturunan Abu Musa al- Ashariy r.a. Lihat Abu al-Hasan al-Ashariy. Pada mulanya, dia menganut mazhab Muktazilah. Lihat Muktazilah. | UMUM | |
|
Tesaurus |
---|
| tinggal (kata kerja) | 1. Bersinonim dengan diam: duduk, bersemayam, bermastautin, menetap, menghuni, menginap, menumpang, bercokol, bersarang,
2. Bersinonim dengan berbaki: bersisa, berlebih, ada lagi, masih ada,
3. Bersinonim dengan tetap: kekal, sentiasa, selalu, masih,
| Kata Terbitan : meninggal, meninggalkan , tertinggal, tinggalan, ketinggalan, peninggalan, sepeninggalan, sepeninggal, |
|
Puisi |
---|
|
Bunga melati di tengah padang, Mari dikutip anak Cina; Harimau mati meninggal belang, Manusia mati meninggalkan nama.
Lihat selanjutnya... |
|