Tajuk |
Sinopsis |
Bidang |
Klasifikasi |
POMPEII | Pompeii ialah kota purba di Itali yang telah lenyap selepas letusan Gunung Vesuvius pada tahun 79 M. Beratus-ratus tahun lamanya, kota ini tertanam di bawah lapisan abu dan batu. | UMUM | |
MANIK BAILY | Manik Baily ialah titik cahaya yang sangat terang yang dilihat sejurus selepas matahari lenyap di belakang bulan atau muncul semula dari sebalik bulan semasa gerhana matahari penuh (lihat Gerhana). | UMUM | |
SUPERNOVA | Supernova ialah sebuah bintang yang meletup dan menjadi berbilion kali ganda lebih terang daripada matahari sebelum beransur-ansur lenyap. Pada tahap yang paling terang, supernova mungkin bersinar lebih terang daripada terangnya sesuatu galaksi. Letupan itu mengeluarkan kepulan debu dan gas ke angkasa lepas. Jisim bahan yang terbuang itu mungkin melebihi 10 kali ganda jisim matahari. | UMUM | |
DATARAN NULLARBOR | Dataran Nullarbor ialah penara batu kapur kering yang terletak di Australia Barat dan barat daya Australia Selatan. Ia merupakan kawasan yang tidak mempunyai sungai di permukaannya. Ia mendapat hujan purata kurang daripada 254 milimeter setahun. Hujan yang turun di atas dataran ini lenyap dengan cepat melalui batu kapur. | UMUM | |
NOTORNIS | Notornis ialah nama saintifik bagi burung nadir yang tidak boleh terbang di New Zealand. Burung ini juga dikenali sebagai takahe. Ia kini pupus di Pulau Utara. Burung ini bertebaran luas di Pulau Selatan pada zaman dahulu. Hanya beberapa spesies notornis didapati dari tahun 1849 hingga tahun 1898. Ia kemudiannya lenyap, dan ahli sains menyangka ia telah pupus. Ia ditemui semula pada tahun 1948. | UMUM | |
SURAH AL-TAKWIR | Surah al-Takwir ialah salah satu daripada surah Makkiyyah, surah yang ke-81 mengikut susunan surah-surah al-Quran dan mengandungi 29 ayat. Ia dinamakan al-Takwir (digulung) kerana firman Allah S.W.T. bermaksud: Apabila matahari dilingkari cahayanya (dan hilang lenyap). (Surah al-Takwir 81:1) | UMUM | |
TASIK LADAM | Tasik ladam ialah tasik berbentuk anak bulan yang terbentuk apabila aliran sungai terputus dari sungai utama. Tasik yang sedemikian terbentuk apabila sungai mengubah haluannya ke arah yang lebih terus menuju ke laut. Sungai itu meninggalkan longgokan tanah di kedua-dua bahagian hujung lingkungan laluannya, dan longgokan tanah ini akhirnya memisahkannya daripada sungai utama. Tasik ladam biasanya agak cetek. Ia mungkin dipenuhi mendapan akibat banjir sungai dan tumbuhan yang mati, dan akhirnya lenyap. | UMUM | |
ATOMISME | Atomisme ialah pandangan falsafah yang berkembang di Greece pada tahun 400-an S.M. Atomis percaya bahawa unsur asas realiti ialah atom zarah jirim yang tidak boleh dibahagikan, tidak boleh dimusnahkan, yang bergerak dalam ruang. Mereka menyangka bahawa atom mempunyai pergerakan asal, tetapi juga berlanggar dan melantun. Akibat pergerakan ini, dunia terbentuk, wujud untuk beberapa lama, dan kemudiannya lenyap. Dunia ini dan objek fizikal yang wujud di atasnya berbeza hanya dari segi saiz, bentuk, dan kedudukan atomnya. | UMUM | |
ARETHUSA | Arethusa ialah dewi cantik dalam mitologi Yunani. Bapanya ialah tuhan laut, Nereus, dan Arethusa menjadi pengapit kepada dewi Artemis. Tuhan sungai, Alpheus jatuh cinta dengan Arethusa ketika dia mandi di laut. Alpheus mengejarnya dalam bentuk arus deras dalam perjalanan ke sebuah pulau di pantai Sicily. Kerana kasihankan perempuan itu, Artemis menukarkannya menjadi mata air. Namun demikian, Alpheus berjaya menawannya dan kedua-dua air itu bercampur. Orang Yunani menggunakan mitos ini untuk menerangkan mengapa Sungai Alpheus lenyap semasa mengalir ke Laut Ionian. Cerita ini diceritakan semula dalam Metamorphoses oleh pengarang Rom, Ovid dan dalam Arethusa oleh penyair Inggeris, Percy Bysshe Shelley. | UMUM | |
BOROBUDUR | BOROBUDUR, candi terbesar di Indonesia, dibina di kaki Gunung Menoreh yang terletak di wilayah Desa Bumisegoro, dekat Kota Magelang, Jawa Timur. Borobudur yang bererti Himpunan Kuil-kuil di atas Bukit atau Himpunan Kebajikan dalam 10 Tingkatan Bodhisatwa mula dibina sekitar tahun 800 M. oleh kerajaan Sailendra, yang memerintah Jawa Tengah dari pertengahan abad ke-8 M hingga tahun 830 M. Kekuasaan wangsa itu lenyap pada pertengahan abad ke-9 M. Seabad kemudian kegiatan politik dan budaya berpindah dari Jawa Tengah ke Jawa Timur. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Bangunan/Kota |
|
Tesaurus |
---|
| lenyap | 1. Bersinonim dengan hilang ( lesap, lelap, lipur, tenggelam, hapus, luput, lupus, terkikis, melayang,
gelibat, sirna, ) (kata kerja:) Berantonim dengan wujud
2. Bersinonim dengan lena: tidur, nyenyak, lelap, nyedar,
3. Bersinonim dengan jatuh hati ( kasih, cinta, sayang, ) (kata kerja,) Berantonim dengan benci
| Kata Terbitan : melenyapkan, kelenyapan, pelenyapan, |
|
|