Tajuk |
Sinopsis |
Bidang |
Klasifikasi |
LALU LINTAS | | UMUM | |
HAK LALU-LALANG | | UMUM | |
SUNGKUP | Sungkup adalah mana-mana bahan yang ditabur di atas tanah supaya udara boleh lalu, tetapi air dalam tanah tidak boleh menyejat. Sungkup boleh terdiri daripada baja asli, jerami, rumput kering, clover, sekam, alfalfa, tongkol jagung, daun, habuk gergaji, serpai kayu dan banyak lagi bahan lain. Ia biasanya ditabur kira-kira lima sentimeter hingga lapan sentimeter tebalnya. Ia membantu menyimpan air dalam tanah dengan mengurangkan penyejatan, dan ia juga mereput dan memperkaya tanah. Ia juga mengurangkan rumpai yang hidup bersaing dengan tanaman. Sungkup berharga kepada pekebun di rumah, tetapi ia biasanya lebih mahal daripada baja komersial. | UMUM | |
YUNANI PURBA | Yunani Purba ialah tempat lahir tamadun Barat kira-kira 2500 tahun lalu. Kegemilangan kerajaan orang Yunani purba dalam bidang sains, falsafah, dan kesenian terus mempengaruhi kehidupan kita kini. | UMUM | |
ORANG SAXON | Orang Saxon ialah orang Jerman yang menyerang Kepulauan Britain kira-kira 1500 tahun yang lalu. Orang Angle dan Jute, yang juga orang Jerman, menyerang Britain pada masa yang sama. Kumpulan ini kemudiannya bersatu dan menubuhkan kerajaan AngloSaxon yang berakhir sehingga penaklukan Norman pada tahun 1066 (lihat Penaklukan Norman). | UMUM | |
AFRIKA SELATAN, SENI | Afrika Selatan, Seni. Seni di Afrika Selatan telah bermula sejak beribu-ribu tahun yang lalu dengan karya seni orang San. Mereka mengukir batu-batu tongkol dan melukis dinding-dinding gua serta tempat perlindungn mereka yang diperbuat daripada batu (lihat Khoisan ). Seni suku kaum primitif Afrika Selatan menerima pengaruh yang kuat daripada suku kaum kulit hitam Afrika yang berhijrah masuk dari utara. Suku kaum tersebut meneruskan tradisi kuno dalam seni pahat/ukir, seni anyaman bakul, seni tembikar, dan membuat manik. | UMUM | |
MONUMEN KEBANGSAAN WHITE SANDS | Monumen Kebangsaan White Sands terletak di selatan New Mexico, Amerika Syarikat. Ia terdiri daripada timbunan besar pasir gipsum yang diterbangkan angin lalu membentuk bukit pasir (gumuk). Ketika cahaya terang, bukit pasir ini kelihatan seperti padang salji yang luas. Monumen ini diwartakan pada tahun 1933. | UMUM | Umum |
SIREN | Siren ialah alat yang digunakan untuk membunyikan isyarat amaran. Ambulans, kereta bomba, dan kereta polis menggunakan siren untuk memberitahu lalu lintas supaya memberi jalan. Siren yang dikenali sebagai hon kabut digunakan pada rumah api dan kapal untuk memberi amaran kepada kapal-kapal lain semasa cuaca berkabut dan cuaca buruk. Siren juga digunakan sebagai amaran serangan udara. | UMUM | |
SUNGAI ARNO | Sungai Arno berpunca di bahagian Etruscan di Pergunungan Appenine di barat laut Itali. Sungai ini mengalir ke barat kira-kira 240 kilometer lalu masuk ke Laut Liguarian (lihat Itali [peta fizikal]). Hanya kira-kira 32 kilometer dari Sungai Arno adalah sesuai untuk pelayaran. Bandar Florence dan Pisa terletak di sepanjang tebingnya. Lembah Arno yang subur mempunyai ladang anggur dan ladang pokok zaitun dan juga terkenal kerana keindahan pemandangannya. Lihat juga Florence; Pisa. | UMUM | |
PSYCHE | Psyche ialah seorang puteri dalam mitos purba. Dia begitu cantik sehingga orang berpaling memujanya, dan bukannya Venus, dewi cinta. Venus menjadi marah, lalu menghantar anak lelakinya, Cupid (Cinta) untuk menghukumnya. Walau bagaimanapun, Cupid jatuh cinta kepada Psyche dan melarikannya ke istana dunia pari- parinya yang diperbuat daripada emas dan batu permata. Cupid mengunjungi Psyche hanya pada malam hari sahaja dan memberitahunya bahawa sekiranya dia melihat Cupid dalam cahaya, dia terpaksa meninggalkan Psyche untuk selama- lamanya. Tetapi Psyche, selalu digesa oleh saudara- saudara perempuannya yang zalim, pada suatu malam menyalakan lampu untuk melihat Cupid semasa dia sedang tidur. Cupid terjaga dan meninggalkan Psyche. | UMUM | |
|
Tesaurus |
---|
| lalu | 1. Bersinonim dengan berjalan ( melintas, melewati, ) (kata kerja:)
2. Bersinonim dengan berdaya ( larat, bertenaga, bermaya, ) (kata kerja:)
3. Bersinonim dengan kemudian ( sesudah itu, selepas itu, setelah, justeru itu, maka, ) (kata tugas:)
4. Bersinonim dengan lewat ( menjangkaui, melampaui, ) (kata tugas:)
| Kata Terbitan : berlalu, melalui, melalukan, terlalu, keterlaluan, laluan, |
|
Puisi |
---|
|
Pisang rendah masak hijau, Nanti layu tidak layu; Tinggi rendah mata meninjau, Nanti lalu tidak lalu.
Lihat selanjutnya... |
|