Tajuk |
Sinopsis |
Bidang |
Klasifikasi |
PANGLIMA BESAR | Panglima Besar mempunyai kuasa tertinggi dalam perkhidmatan ketenteraan sesebuah negara. | UMUM | |
AUTOKRASI | Autokrasi ialah bentuk kerajaan yang hanya seorang memegang kuasa tertinggi. Pemegang kuasa ini tidak boleh disekat, menurut undang- undang, oleh mana-mana institusi atau kumpulan rakyat daripada melakukan apa yang dikehendakinya. Walau bagaimanapun, beberapa pemimpin telah menggunakan pertanggungjawaban umum dan pilihan raya untuk menyembunyikan sikap autokrasi mereka. | UMUM | |
MAHKOTA | Mahkota ialah perhiasan bulat yang dipakai di atas kepala atau di sekeliling kepala sebagai simbol kuasa, merit, dan kehormatan. Mahkota diraja ialah simbol kuasa tertinggi raja atau permaisuri, tetapi biasanya dipakai pada upacara negara sahaja. Mahkota seperti itu diperbuat daripada emas, diukir dan dihiasi batu permata yang mahal. | UMUM | |
BANGGAI | BANGGAI, sekumpulan pulau kecil yang terletak di antara Sulawesi Timur dengan Pulau Sula. Banggai juga disebut Semenanjung Banggai. Sejarah awal Banggai berhubung rapat dengan negeri-negeri jirannya. Banggai dianggap sebagai negeri yang wujud di bawah ketuanan Ternate serta kawasan lain seperti Sulawesi, Gorontalo, Buton, Solor, Seram dan Ambon pada zaman kegemilangan Ternate sekitar tahun 1620-an. Banggai perlu taat setia kepada Ambon apabila Ambon menggantikan Ternate sebagai kuasa tertinggi di seluruh Laut Timur pada pertengahan abad ke-17. Menurut rekod sejarah, Ternate dapat mencapai matlamat untuk memperluaskan kuasanya melalui pertolongan secara tidak langsung dari Banggai. Keadaan ini timbul kerana pedagang tempatan di Banggai bertanggungjawab menjual senjata api, kapak dan pisau kepada Ternate dalam kempen untuk menggulingkan musuhnya, Ambon. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Bandar/Negeri/Negara/Tempat |
AEROPAGUS | Areopagus ialah majlis tertua dan paling dihormati pada zaman Athens purba. Warganegara ternama yang memegang jawatan sebagai archon, salah satu jawatan tertinggi di negara kota Athens, ialah anggota Aeropagus seumur hidup. Pada sejarah awal Athens, Areopagus mempunyai kuasa pentadbiran dan kuasa perlembagaan. Kira-kira pada tahun 600 S.M., sebuah kumpulan baru, Majlis Empat Ratus mengambil alih banyak tugas Areopagus. Kira-kira tahun 450 S.M., kebanyakan tugas dan keistimewaan Areopagus dipindahkan ke mahkamah awam. Tetapi Areopagus masih mengadili kes bunuh dan masih berkuasa untuk mendenda rakyat yang didapati bersalah kerana boros, biadab atau melampau. Majlis archon dinamai sempena nama Aeropagus atau Hill of Ares, iaitu tempat majlis itu bermesyuarat. Lihat juga Solon . | UMUM | |
PUTERA | Putera ialah gelaran yang tertinggi golongan bangsawan. Perkataan ini berasal dari perkataan Latin , princeps , bermakna pertama . Perkataan princeps digunakan sebagai gelaran kepada pegawai awam dan tentera Rom purba. Puak Visigoth dan Lombard Jerman yang tinggal dalam Empayar Rom menggunakan perkataan putera bagi maksud kuasa kebebasan. | UMUM | |
RICKOVER, HYMAN GEORGE | Rickover, Hyman George (19001986) ialah pegawai angkatan tentera laut Amerika, perintis pembinaan Nautilus, kapal selam pertama yang menggunakan kuasa nuklear. Pada tahun 1965, dia dianugerahkan Pingat Enrico Fermi, anugerah sains atom Amerika Syarikat yang tertinggi. Rickover telah menghasilkan Education and Freedom (1959), yang mengandungi pendapatnya tentang pendidikan. | UMUM | |
UNDANG-UNDANG TUBUH KERAJAAN JOHOR | UNDANG-UNDANG TUBUH KERAJAAN JOHOR, undang-undang tertinggi yang dibuat dan diluluskan oleh badan berkuasa tertinggi bagi menguruskan hal ehwal negeri Johor dan perkara-perkara yang berkaitan dengannya. Ia diakui sebagai undang-undang tertinggi negeri Johor. Bahagian mukadimah Undang-undang Tubuh Kerajaan Johor ini memperuntukkan bahawa dengan kuasa yang ada, maka diperturunkan undang-undang dan peraturan bagi tujuan pentadbiran dan pengurusan negeri dan ia hendaklah dipakai berterusan, diwarisi dan tidak boleh dipinda dengan sewenang-wenangnya. Undang-undang ini hendaklah diterima pakai oleh semua anak negeri dan keengganan seseorang untuk mengakuinya atau mematuhinya boleh dianggap sebagai telah melakukan sesuatu yang bertentangan dengan undang-undang. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Konsep |
MORE, SAINT THOMAS | More, Saint Thomas (1477?1535) ialah penulis, negarawan dan ilmuan England yang agung. Dia berkhidmat sebagai lord chancellor, jawatan kehakiman tertinggi di England dari tahun 1529 hingga tahun 1532. Tetapi More meletakkan jawatan kerana menentang rancangan Raja Henry VIII untuk menceraikan permaisurinya. More dihukum pancung pada tahun 1535 kerana enggan menerima raja sebagai ketua gereja Inggeris. Sejak kematiannya, More menjadi teladan kepada individu yang meletakkan hati nurani mengatasi kuasa tuntutan duniawi (yang bukan keagamaan). Gereja Roman Katolik mengisytiharkan More sebagai Santo pada tahun 1935. | UMUM | |
REVOLUSI PERANCIS | Revolusi Perancis membawa perubahan besar dalam masyarakat dan kerajaan Perancis. Revolusi ini yang berlanjutan dari tahun 1789 hingga tahun 1799, juga membawa kesan yang menjangkau jauh ke negara Eropah yang lain. Revolusi ini memperkenalkan prinsip demokrasi kepada Perancis tetapi tidak mengubah negara itu menjadi negara demokrasi. Walau bagaimanapun, revolusi ini menamatkan sistem pemerintahan tertinggi oleh raja Perancis dan memperteguhkan golongan kelas pertengahan. Selepas revolusi ini bermula, raja, golongan bangsawan atau golongan yang mempunyai keistimewaan yang lain tidak lagi boleh menganggap kuasa mereka tidak akan tergugat ataupun tidak mengendahkan prinsip kebebasan dan kesamaan. | UMUM | |
|
Tesaurus |
---|
| kuasa | 1. Bersinonim dengan daya ( kemampuan, keupayaan, kesanggupan, kebolehan, kudrat, tenaga, ) (kata nama:)
2. Bersinonim dengan wibawa ( pengaruh, hak, mandat, daulat, ) (kata nama:)
3. Bersinonim dengan kekuatan ( ketahanan, keagungan, kawalan, cengkaman, pengaruh, ) (kata nama:)
4. Bersinonim dengan sanggup ( minat, rela, mahu, hendak, ) (kata kerja:)
| Kata Terbitan : sekuasa-kuasanya, berkuasa, menguasai, menguasakan, kekuasaan, penguasaan, penguasa, |
|
|