Tajuk |
Sinopsis |
Bidang |
Klasifikasi |
PERANG CANDU | Perang Candu lihat China (Pertelingkahan dengan Kuasa-kuasa barat). | UMUM | |
PERANG DUNIA PERTAMA | Perang yang berpunca daripada kebangkitan Nasionalisme dan pertelingkahan di kalangan kuasa-kuasa besar Eropah untuk melindungi bangsa masing-masing. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Peristiwa |
TELEFON KUASA-BUNYI | Telefon kuasa-bunyi ialah peranti komunikasi yang beroperasi hanya dengan kuasa bunyi yang bergerak melaluinya. Telefon dan kebanyakan sistem telekomunikasi yang lain beroperasi dengan kuasa elektrik yang dibekalkan oleh bateri atau talian elektrik. Walau bagaimanapun, telefon kuasa-bunyi tidak mempunyai sumber kuasa luar selain yang dibekalkan oleh gelombang bunyi. Telefon kuasa-bunyi hanya dapat beroperasi pada jarak dekat, biasanya tidak melebihi 25 kilometer. Oleh sebab tiada penguat digunakan, penutur mesti bercakap dekat dengan telefon dan dengan suara yang kuat. Walau bagaimanapun, telefon kuasa-bunyi mempunyai kebaikan dari segi daya tahan, boleh diharap, dan menjimatkan. | UMUM | |
KUASA GEOTERMA | Kuasa geoterma. Lihat Bekalan tenaga (kuasa geoterma); Gunung berapi (faedah gunung berapi); Kuasa elektrik (sumber-sumber lain kuasa elektrik); New Zealand (Stim panas semula jadi; gambar). | UMUM | |
PUNCA KUASA DUA | Punca kuasa dua bagi sesuatu nombor ialah nombor kedua yang jika didarabkan dengan dirinya sendiri akan menghasilkan nombor yang asal. Misalnya, punca kuasa dua bagi 4 ialah 2, kerana 2 X 2 = 4. Simbol untuk punca kuasa dua, dikenali sebagai tanda radikal , √ . Misalnya √ 25 = 5 dan √ 4 = 2. Nombor negatif 2, juga merupakan punca kuasa dua bagi 4, kerana 2 X 2 = 4. Setiap nombor yang positif mempunyai punca kuasa dua positif dan negatif. Kedua-dua punca kuasa dua ini selalunya mempunyai nilai nombor yang sama. | UMUM | |
PUNCA KUASA TIGA | Punca kuasa tiga ialah salah satu daripada tiga faktor yang sama bagi sesuatu nombor (lihat Faktor ). Nombor yang sama (m) diambil sebagai faktor tiga kali akan menjadi punca kuasa tiga nombor yang lain (n). Oleh itu, m X m X m = n. Contohnya punca kuasa tiga bagi 2 ialah 8, kerana 2 X 2 X 2 = 8 dan punca kuasa tiga bagi 5 ialah 125, kerana 5 X 5 X 5 = 125. Nombor nyata hanya mempunyai satu punca kuasa tiga nyata, iaitu nombor positif atau nombor negatif, bergantung pada sama ada nombor yang diberikan itu positif atau negatif. Simbol lain diletakkan di depan sesuatu nombor untuk menandakan bahawa puncanya hendaklah dicari , atau ditentukan. Simbol ini dituliskan √, dan dikenali sebagai tanda punca atau tanda radikal . Jika punca yang hendak dicari itu ialah punca kuasa tiga, maka angka kecil 3 hendaklah diletakkan di atas tanda punca tadi. Jadi 3 √8 menandakan bahawa punca kuasa tiga bagi 8 hendaklah ditentukan. | UMUM | |
RESOLUSI KUASA PERANG | Resolusi Kuasa Perang ialah undang-undang Amerika Syarikat yang digubal untuk mengimbangi kuasa ketenteraan presiden dan Kongres. Undang- undang ini diluluskan pada tahun 1973, dan lebih dikenali sebagai Akta Kuasa Perang. Menurut Seksyen 4(a)(1) resolusi ini, presiden mesti memaklumkan kepada Kongres dalam tempoh 48 jam sekiranya tentera Amerika Syarikat hendak dihantar ke kawasan musuh tanpa pengisytiharan perang. Di samping itu, tentera tersebut tidak boleh berada di kawasan tersebut lebih daripada 90 hari melainkan Kongres meluluskan tindakan presiden itu atau mengisytiharkan perang. | UMUM | |
KUASA KUDA | Kuasa kuda ialah unit yang digunakan untuk menyatakan kuasa (kadar melakukan kerja) sesuatu enjin dalam sistem ukuran imperial. Istilah kuasa kuda mula digunakan oleh jurutera Scotland, James Watt. | UMUM | |
KUASA ELEKTRIK | Kuasa elektrik ialah penggunaan tenaga elektrik untuk melakukan kerja. Ia menerangi, memanaskan dan menyejukkan suhu rumah. Elektrik juga dapat membekalkan kuasa untuk set televisyen, peti sejuk, pembersih vakum dan banyak lagi alat rumah. Kuasa elektrik menggerakkan jentera di kilang. Eskalator, lif dan komputer, dan banyak lagi alat bagi kegunaan di kedai dan pejabat menggunakan kuasa elektrik. Elektrik memacu dan menggerakkan kereta api dan sistem pengangkutan bawah tanah. Di ladang, jentera elektrik melakukan kerja seperti mengepam air, memerah susu lembu dan mengeringkan rumput kering. | UMUM | |
KAPAL SELAM KUASA ATOM | Kapal selam kuasa atom, atau kapal selam nuklear . Lihat Kapal selam (Loji Kuasa; Kapal selam nuklear). | UMUM | |
|
Tesaurus |
---|
| kuasa | 1. Bersinonim dengan daya ( kemampuan, keupayaan, kesanggupan, kebolehan, kudrat, tenaga, ) (kata nama:)
2. Bersinonim dengan wibawa ( pengaruh, hak, mandat, daulat, ) (kata nama:)
3. Bersinonim dengan kekuatan ( ketahanan, keagungan, kawalan, cengkaman, pengaruh, ) (kata nama:)
4. Bersinonim dengan sanggup ( minat, rela, mahu, hendak, ) (kata kerja:)
| Kata Terbitan : sekuasa-kuasanya, berkuasa, menguasai, menguasakan, kekuasaan, penguasaan, penguasa, |
|
Puisi |
---|
|
Mastika di Tanjung Tuan, Pakai anak bidadari; Gunung tinggi kuasa Tuhan, Duri di hutan tajam sendiri.
Lihat selanjutnya... |
Peribahasa |
---|
| 194 To fish in troubled waters Cuba mengambil kesempatan daripada keadaan kekalutan atau kesusahan orang lain demi kepentingan diri. Menahan lukah di pergentingan The two nations were on the brink of war, and the big powers did nothing even though they could stop them. They hoped to fish in troubled waters by selling their weapons to the nation in conflict. Dua buah negara itu diambang peperangan, dan kuasa-kuasa besar pula hanya berpeluk tubuh meskipun mereka boleh menghalangnya. Mereka berharap untuk menahan lukah dipergentingan dengan menjual senjata kepada Negara terbabit. Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
Lihat selanjutnya... |
|