Tajuk |
Sinopsis |
Bidang |
Klasifikasi |
VAKUM | Suatu ruang kosong yang tidak mengandungi apa-apa di dalamnya. | FIZIK | Konsep |
SIFAR | Sifar, dalam matematik ialah nama bagi digit 0, kadangkala dikenali sebagai kosong. Ia digunakan untuk menyatakan ketiadaan sebarang kuantiti. Sifar diperlukan dalam sistem angka bertempat, iaitu sistem yang kita dan kebanyakan orang gunakan pada hari ini. Dalam sistem bertempat, kedudukan, atau tempat sesuatu angka menentukan nilai angka itu. Bagi angka 246, digit 2 bernilai dua ratus (ratus), digit 4 bernilai empat puluh (puluh), dan 6 pula bernilai enam unit (sa). Angka itu melambangkan nombor 246. Untuk menulis nombor 206, kita perlukan suatu simbol untuk menyatakan ketiadaan puluh. Angka 0 di sini memenuhi fungsi itu. Sifar apabila ditambah kepada atau ditolak daripada sesuatu nombor memberi nombor itu semula. Suatu nombor didarab dengan sifar menghasilkan nilai sifar. Pembahagian dengan sifar tidak dapat ditakrifkan. Sifar ialah nombor genap.
| UMUM | Konsep |
KALIKO | Kaliko atau belacu ialah kain kapas yang ditenun kosong atau tidak bercorak. | UMUM | |
KAMBRIK | Kambrik ialah kain kapas putih, halus yang ditenun kosong atau tidak bercorak. Ia kelihatan berkilau sedikit. | UMUM | |
TANGLUNG LABU | Tanglung labu ialah nama yang biasa diberikan kepada labu kosong yang mata, hidung, dan mulutnya diukir di satu sisi sahaja. Tanglung labu biasanya dibuat pada 31 Oktober iaitu hari Halloween. Lilin atau lampu diletakkan di dalam labu ini, dan cahaya yang bersinar membentuk objek yang seram melalui bentuk yang telah diukir. Istilah ini juga merujuk kepada cahaya seram yang kerap bersinar dari tunggul atau balak yang reput di tanah berpaya. Api St. Elmo kadang-kadang dikenal sebagai tanglung labu. Lihat juga Api Saint Elmo; Hallowen. | UMUM | |
DUK | Duk ialah kanvas ringan yang biasanya dibuat daripada linen, kapas atau serat sintetik yang ditenun kosong atau tidak bercorak. | UMUM | |
SWISS | Swiss ialah kain kapas halus, jarang yang pertama kali dibuat di Switzerland. Fabrik ini juga boleh jadi campuran serat kapas dengan serat sintetik. Swiss boleh jadi kosong atau bercorak atau mungkin mempunyai titik-titik yang ditenun atau ditampal. Ia boleh diproses supaya tetap keras selepas dibasuh. Swiss digunakan untuk membuat pakaian, apron dan langsir. | UMUM | |
DEMOCRITUS | Democritus (460? S.M.370? SM), ahli falsafah Yunani yang mendakwa bahawa bumi ini terdiri daripada atom yang tidak terhingga bilangannya yang bergerak dalam ruang kosong yang infiniti. | UMUM | |
SWAN, SIR JOSEPH WILSON | Swan, Sir Joseph Wilson (18281914) ialah ahli kimia, jurutera elektrik dan pereka Inggeris yang terkemuka. Pada tahun 1860, dia mencipta lampu elektrik yang menggunakan filamen karbon dalam mentol kaca kosong. Pada tahun 1883, dia mempatenkan lampu yang menggunakan filamen yang bertambah baik yang dibuat daripada selulosa. | UMUM | |
KREWEL | Krewel, juga dikenali sebagai sulam krewel, ialah sejenis sulaman yang dibuat dengan yan bulu bebiri. Kebanyakan krewel mempunyai corak yang dijahit pada kain kosong yang teguh. | UMUM | |
|
Tesaurus |
---|
| kosong (adjektif) | 1. Dalam konteks bekas bersinonim dengan tidak berisi Berantonim dengan penuh
2. Dalam konteks angka bersinonim dengan sifar, nol, nihil,
3. Dalam konteks ruang bersinonim dengan tidak didiami, tidak dihuni, sunyi, sepi, lengang, hana,
4. Bersinonim dengan sambang: hampa, keropok, keropong, geroheng, Berantonim dengan bernas
5. Bersinonim dengan hampagas: vakum
6. Bersinonim dengan berongga: lompang Berantonim dengan padat
7. Dalam konteks kiasan bersinonim dengan hampa, kecewa, sia-sia, tidak bermakna,
| Kata Terbitan : mengosongkan, kekosongan, pengosongan, |
|
Puisi |
---|
|
Kalau ada kereta api, Pergi ke Panggor membeli benang; Sudah suka hati, Perut kosong menjadi kenyang.
Lihat selanjutnya... |
|