Kata |
Takrif |
Sumber |
umpat-mengumpat | saling mengumpat antara satu sama lain: takbir yg dilaungkan ketika mendengar ceramah pd malam itu mungkin tidak bermakna sekiranya ia diselit-kan dgn ~; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
ekuiti | (ékuiti) pemilikan saham biasa (dlm sesebuah syarikat): dlm projek usaha sama, jika ~ sesebuah syarikat dapat dikuasai oleh pengusaha tempatan, ini tidak bermakna bahawa pengawalan teknologi yg diimport juga dapat dikuasai sepenuhnya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sarap(junk) | 1. Data tidak bermakna yang diterima melalui talian penghantaran rangkaian komputer. 2. Fail atau data yang tidak berguna. | Kamus Komputer |
rayu II | = rayuan pujukan atau hiburan (janji yg muluk-muluk dll) utk menyenangkan hati: tertidurlah oleh ~ irama merdu; pujuk dan ~nya sudah tidak bermakna lagi; lagu Melayu ~ hati; 2. memikat hati, memujuk: ia menulis surat ~ gadis itu supaya menerimanya sbg suami; 3. memajukan permohonan, mengemukakan permintaan (pertimbangan): jika seseorang tidak puas hati dgn keputusan Mahkamah Tinggi, maka bolehlah ia ~ kpd Mahkamah Ulang Bicara; mereka ~ kpd kerajaan supaya bertindak segera membasmi nyamuk dan lalat; merayu-rayu merayu dgn sungguh-sungguh: dia ~ kpd perompak itu agar keluarganya tidak diapa-apakan; bunyi muzik yg beralun lembut bagaikan ~ memanggil mereka berdua masuk; merayukan memajukan permohonan (permintaan, pertimbangan) kpd: perkara yg dirayukan oleh keluarga itu ialah suatu perkara keluarga mereka sendiri; rayuan 1. rayu; 2. permohonan, permintaan (yg dimajukan): ~ kpd pemaju perumahan; 3. (Udg) permohonan kpd mahkamah atau pihak berkuasa yg lebih tinggi supaya mengkaji semula keputusan mahkamah atau p | Kamus Dewan Edisi Keempat |
berseni | mempunyai (memperlihatkan) seni, berasaskan seni: tidak pula bermakna ia menghargai tulisan yg tidak ~; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
dampak | kesan yg ketara sama ada positif atau negatif, impak: penonjolan bakat baru ini tidak akan bermakna sama sekali sekiranya kelahiran mereka tidak memberi ~ yg besar; mendampak melanggar, membentur. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bererti | 1. mempunyai (mengandungi) erti, ada ertinya, bermakna: sering kali apa yg diucapkannya tidak ~ sama sekali; 2. ertinya, bermakna, bermaksud: ini ~ bahawa Timur dan Barat sudah sama banyak dlm pertubuhan dunia itu; 3. berguna, berfaedah, mustahak, penting: bagi kita yg sudah lama menderita ini, bantuan yg sebanyak itu tidak ~ langsung; 4. sebenarnya, sama halnya dgn: membiarkan sahaja kampung yg dianggap berbahaya ini ~ mendedahkan negeri ini kpd anasir jahat; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sampah(garbage) | 1. Maklumat dalam simpanan ingatan yang tidak lagi bermakna atau dikehendaki. 2. Jawapan salah atau hasil yang tidak berguna daripada pengerjaan sesuatu atur cara. Sampah ini mungkin terhasil kerana kegagalan perkakasan atau kerana terdapat pepijat dalam atur cara. 3. Data yang tidak berguna, seperti nilai sementara yang tersimpan dalam ingatan utama, yang dihasilkan oleh atur cara ketika pemprosesan. | Kamus Komputer |
bererti | 1 mempunyai erti; ada ertinya; bermakna: Ayat-ayat itu tidak ~ sama sekali. 2 ertinya; maksudnya: Perbuatannya itu ~ menyindir kita. 3 berguna; berfaedah: Bantuan sebanyak itu tidak ~ sama sekali jika tidak ikhlas memberikannya. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
pengisbatan | penetapan, penentuan, pengesahan: ~ yg jelas oleh Aquinas ini bukanlah bermakna manusia itu tidak ada kuasa. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
Istilah Sumber |
Istilah Sasar |
Bidang |
Subbidang |
Huraian |
theatre of the absurd | teater absurd | Kesusasteraan | Tiada | Teater yang mengungkapkan pemikiran absurdisme. Pemikiran ini menegaskan bahawa manusia tidak bermakna, tidak rasional, tidak berguna, dan tidak logik. Istilah ini dipopularkan oleh Martin Esslin dalam bukunya yang berjudul Theatre of the Absurd. Pada asalnya, istilah ini terkandung dalam karya Albert Camus berjudul the Myth of Sisyphus (1943). Drama yang terkenal dengan gaya absurd ialah Waiting of Godot oleh Samuel Beckett, drama Henry IV dan Six Characters in Search of an Author oleh Luigi Pirandello, drama Invitation to the Chateau, Waltz of the Toreadours dan the Lark, semuanya oleh Jean Anouilh. Jean Paul Sartre pula menyumbangkan karya absurd yang berjudul The Flies, No Exit dan The Condemned of Altona, sementara Albert Camus menulis karya berjudul Caligula dan State of Seige. Antara drama Malaysia yang cenderung kepada bentuk absurd ialah drama Dinsman Jangan Bunuh Diri dan Anna, serta drama Patung-patung oleh Hatta Azad Khan. Dalam sastera Arab, teater absurd terdapat dalam Masrahiyat al-Farafir oleh Yusuf Idris. Lihat juga absurd. |
verbigeration | verbigerasi | Perubatan | Psikiatri | Pengulangan perkataan atau frasa yang tidak bermakna. |
absurd | absurd | Kesusasteraan | Tiada | Aliran pemikiran yang menegaskan bahawa kehidupan manusia tidak bermakna, tidak rasional, tidak berguna dan tidak logik. Pemikiran ini terserlah dalam karya sastera, teater, dan seni tampak yang diekspresikan dalam bentuk ekspresionisme, surealisme, dan absurdisme. Konsep absurd boleh disusurgalurkan dengan falsafah eksistensialisme yang dipelopori pemikir seperti Soren Kierkegaard dari Jerman, serta albert Camus dan Jean-Paul Sartre dari Perancis yang memberikan penekanan kepada kewujudan hidup. Contohnya, drama absurd memaparkan watak yang bergelut untuk mencari tatanan (aturan) dan tujuan hidup dalam situasi yang tidak rasional dan tidak dapat difahami. Ceritanya tidak ada kesinambungan, watak-wataknya bergerak tanpa motivasi, dan bahasanya tidak tersusun. Contoh karya absurd dalam kesusasteraan Barat ialah Ulysses oleh James Joyce, Metamorphosis dan The Castle oleh Franz Kafka. Drama absurd yang terkenal ialah Waiting for Godot oleh Samuel Beckett. Contoh dalam kesusasteraan Mel ayu ialah novel Sampah oleh Shahnon Ahmad, novel Kering oleh Iwan Simatupang, dan drama Bukan Bunuh Diri oleh Disman. Absurd berasal daripada perkataan Latin absurdum yang bermaksud sesuatu yang bertentangan atau tidak harmoni. |
de facto | de facto | Sains Politik | Politik Perbandingan | Situasi yang menggambarkan individu atau pihak yang sebenarnya berkuasa dalam sesebuah organisasi, walaupun tidak memegang jawatan berkenaan secara rasmi. Individu yang bersifat de facto ini tidak bermakna mereka tidak mempunyai keabsahan, tetapi lebih merujuk kepada autoriti dalam memberi arahan, perintah dan penentu keputusan kesatuan atau pemerintahan. Segala tindakan dan arahan de facto biasanya bersifat di belakang tabir. Contohnya, negara Rhodesia sebelum pembentukan Zimbabwe berada di bawah pemerintahan de facto Britain. Sinonim pada hakikatnya. |
counter revolution | revolusi balas | Sains Politik | Politik Perbandingan | Revolusi yang digerakkan sebagai tindak balas terhadap revolusi yang merombak sistem, aturan sosial dan pemikiran sesebuah masyarakat. Revolusi balas ini muncul disebabkan wujudnya pemikiran yang tidak bersetuju dengan gerakan revolusi yang telah tercetus sebelum ini. Revolusi balas tidak bermakna satu gerakan yang ingin mengembalikan sistem sosial sebagaimana yang wujud sebelum itu tetapi kebiasaannya merujuk kepada keinginan untuk memperbaiki beberapa aspek dalam revolusi yang dilihat tidak sesuai dengan kehidupan masyarakat. Misalnya kemunculan pemikiran Positivisme yang dipelopori oleh Henry St. Simon dan Auguste Comte pada abad ke-18 merupakan satu bentuk revolusi balas dari sudut pemikiran yang menentang aspek kebebasan mutlak yang dianjurkan oleh Revolusi Perancis ketika itu. Namun idea ini tidak bermakna mahu mengembalikan pemikiran masyarakat Perancis seperti zaman feudal sebelum revolusi tercetus. |
minority rule | pemerintahan minoriti | Sains Politik | Politik Perbandingan | Kerajaan yang diperintah oleh golongan minoriti. Pemerintahan ini membawa maksud satu kaum atau kelompok yang menguasai sesuatu kawasan atau kerajaan yang terbentuk hasil daripada keputusan pilihan raya yang gagal melahirkan satu parti yang dominan. Kerajaan minoriti yang dikuasai oleh satu kaum seperti pemerintahan Aparteid di Afrika Selatan pada dekad 1980-an manakala kerajaan minoriti pula seperti yang pernah wujud di India pada dekad 1990-an. Hal ini tidak bermakna kerajaan ini dikuasai oleh satu kaum sahaja sebaliknya dikuasai oleh satu parti yang mendapat mandat daripada anggota parlimen yang lain. |
dadaism | dadaisme | Kesusasteraan | Tiada | Gerakan medenisme yang bermula di Zurich dan menjadi popular di New York pada tahun 1916 1922. Gerakan dadaisme bertujuan untuk memprotes atau memberontak penerimaan idea kelas menengah mengenai logik, makna, bentuk dan peraturan. Istilah dadaisme melambangkan kebebasan tanpa batasan, bersifat antiperaturan dan antibudaya dan dimanifestasikan dalam sastera melalui collage, iaitu susunan objek dan perkataan secara rawak supaya tercipta satu pola yang tidak logik atau tidak bermakna. Dadaisme digantikan dengan surealisme selepas tahun 1921 apabila diserapkan dalam gerakan baharu ini. Lihat juga surealisme. |
persistency | ketegaran | insurans | Tiada | Pengekalan polisi sepenuhnya sehingga tamat tempoh polisi tersebut. Ketegaran tinggi bermakna peratusan polisi yang tinggi berkuat kuasa hingga ke akhir jangka masa perlindungan, manakala ketegaran rendah bermakna terdapat peratusan polisi yang tinggi menjadi lupus kerana premium tidak dijelaskan. |
homograph | homograf | Kesusasteraan | Puisi | Penerapan dan penyebutan kata dalam sesuatu rangkap. Lazimnya sesuatu kata mempunyai sesuatu ejaan yang sama namun berbeza erti. Contohnya, dalam ayat 'dia tidak tahu menangkap tahu'. Dalam konteks tahu yang pertama bermakna faham dan yang kedua bermakna sejenis burung. |
lame duck | kedudukan lemah | Sains Politik | Politik Perbandingan | Kedudukan seseorang atau organisasi yang tidak berupaya melakukan sesuatu keputusan yang penting dan bermakna. Kedudukan ini boleh terjadi kerana pencapaian selama ini lemah dan tidak berupaya seperti kedudukan kerajaan sementara selepas pilihan raya sebelum melantik kerajaan yang baru menang dalam pilihan raya tersebut atau mungkin kerana statusnya yang akan tamat tempoh dalam waktu terdekat. Faktor-faktor ini melahirkan satu kedudukan yang lemah dan tidak signifikan untuk melaksanakan sesuatu langkah yang berani, bersifat jangka panjang atau penting. |
Bahasa Suku Kaum |
Takrif |
Contoh Ayat |
Rujukan |
Sumber |
longgar mata udang, *gerah mata udang* Ib | peribahasa Iban yang bermakna sesuatu yang dilihat pada luarannya mudah, tetapi pada hakikatnya susah. | Itu rupanya jawapan Bunga Eni. Kenyataan begitulah yang boleh disebut longgar mata udang. Mata udang kelihatan tidak begitu tegap. Jika dipegang ia bergoyang-goyang tetapi jika hendak dicabut, tidak juga mudah, kata Keling menuding ke arah Laja. | Novel Satangkai | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
Kamus Sains.indb ending atau abnormal end, iaitu pengakhiran tak normal. (KOM, MAT) aberration of light (aberasi cahaya) Aberasi imej yang terbentuk oleh kanta atau cermin lengkung. Contohnya, pinggir berwarna muncul kerana imej tidak difokus dengan sempurna dan ben- tuknya memperlihatkan herotan. (FIZ) abfarad (abfarad) Unit ukuran keamatan elektrik yang bersamaan dengan 1 × 10 –9 farad. (KEJ) abhenry (abhenry) Unit ukuran kearuhan elektrik yang mengandungi sel yang merembeskan asid hidroklorik dan enzim pencernaan seperti selulase, pepsin dan renin. Bahagian ini juga dikenali sebagai perut sebenar. (BIO) aboospore (aboospora) Oospora yang berkembang secara partenogenesis, iaitu tidak melalui perse- abiogenesis aboospore Kamus Sains.indb 2 7/8/08 11:44:02 AM 3 nyawaan atau pembiakan seks. (BIO) abortifacient (abortifasien/agen penggugur) Agen, ubat atau lain-lain
|
Kamus Teknologi Maklumat ct.indd Lumpur 2011 SIRI KAMUS ISTILAH MABBIM Kamus Teknologi Maklumat ct.indd 3 6/6/11 4:01:21 PM Cetakan Pertama 2011 © Dewan Bahasa dan Pustaka 2011 Hak Cipta Terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi, dan isi kandungan buku ini dalam apa juga bentuk dan dengan cara apa jua sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman, atau indd 9 6/6/11 4:01:22 PM xx Lope Zainal Abidin selaku penyelenggara projek. Kepada semua pihak yang turut menjayakan penerbitan kamus ini, saya ucapkan terima kasih yang tidak terhingga. Mudah-mudahan kamus ini bermanfaat dalam usaha pembakuan bahasa dalam konteks pembinaan dan pengembangan bahasa kebangsaan kita. Dato’ Haji Termuzi Haji Abdul Aziz Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka
|
Kamus Thai 2.indb 58:32 AM Cetakan Pertama 2008 © Dewan Bahasa dan Pustaka 2008 พิมพ ์ ครั ้ งท ี ่ 1 พ.ศ. 2551 © สภาภาษาและหน ั งสือ (DBP) 2551 Hak Cipta Terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi, dan isi kandungan buku ini dalam apa juga bentuk dan dengan cara apa jua sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman, atau ini untuk mengorak langkah bagi menyatukan dua buah negara yang berjiran melalui sesi bengkel perkamusan yang bersifat akademik, dan sekali gus melalui penerbitan kamus ini. Sesungguhnya kelahiran kamus ini sangat bermakna bagi negara Malaysia dan Thailand, khususnya apabila melibatkan hubungan dua hala antara kedua- dua buah negara dalam bidang pendidikan. Saya percaya penerbitan kamus ini akan memberikan manfaat yang besar bagi
|
|
|