Kata |
Takrif |
Sumber |
penindasan sifar(zero suppression) | Tindakan pencetak untuk tidak mencetak aksara sifar yang tidak penting dalam suatu nombor atau sifar lelebih di hujung perkataan terakhir di dalam penimbal cetakan. | Kamus Komputer |
tak kembali ke sifar(nonreturn-to-zero) | Kaedah mengekodkan isyarat perduaan untuk mendapatkan kadar penghantaran tertinggi. Dalam kaedah pengisyaratan ini aras isyarat tidak akan kembali ke sifar selepas isyarat tersebut beralih dari aras logik sifar ke aras logik satu. Dalam penggunaan pada rakaman pita magnet, arus yang melalui kepala penulis tidak akan kembali kepada sifar selepas denyut tulis selesai. Singkatan NRZ. | Kamus Komputer |
pengalamatan halaman sifar(zero-page addressing) | Pengalamatan ingatan beberapa jenis mikropemproses yang hanya memerlukan satu bait alamat. Ini disebabkan oleh bait alamat kedua dianggap sebagai sifar dan dengan itu merujuk bahagian halaman sifar peta ingatan. Pengalamatan cara ini membolehkan penggunaan kod suruhan yang lebih pendek dan masa pelaksanaan yang lebih pantas. | Kamus Komputer |
sifar | kosong; angka kosong; 0. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
sifar | (angka) kosong. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sifar capaian(access zero) | Capaian ingatan yang tidak berhasil kerana ketiadaan data yang dicari atau kerana ingatan tidak boleh dicapai. | Kamus Komputer |
sifar(zero) | 1. Kosong. 2. Angka kosong, 0. 3. Salah satu keadaan logik dalam logik perduaan. | Kamus Komputer |
sifar | kosong; angka kosong; 0. | Kamus Pelajar |
fungsi sifar(zero function) | Fungsi yang mempunyai nilai sifar untuk semua unsur di dalam domainnya. Fungsi ini ialah fungsi asas dalam teori pengulangan. | Kamus Komputer |
kata sifar(zero word) | Kata dalam teori pengekodan yang terdiri daripada digit sifar. | Kamus Komputer |
Kata |
Takrif |
Sumber |
absolute zero | n sifar mutlak. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
cipher | n 1. (liter.) zero, angka kosong, sifar; 2. nonentity, (orang yg) tdk penting: he is a mere ~ in the organization, dia orang yg tdk penting dlm pertubuhan itu; 3. system of secret writing, tulisan rahsia; 4. (rare) see MONOGRAM; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
Istilah Sumber |
Istilah Sasar |
Bidang |
Subbidang |
Huraian |
low dead-volume syringe | picagari sifar larutan | Perubatan | Tiada | Sejenis picagari sifar pembaziran apabila jarum suntikan yang mempunyai saiz hab (penghubung antara picagari dan jarum) minimum dapat mengeluarkan kesemua larutan vaksin daripada picagari dan masuk ke dalam badan manusia sepenuhnya. Picagari ini dapat memaksimumkan jumlah dos yang boleh dihasilkan daripada sebotol vial (bebuli) vaksin sekali gus dapat mengelakkan pembaziran vaksin berbanding picagari biasa berikutan tiada jumlah larutan yang akan tertinggal di dalam picagari dan jarum selepas suntikan. |
zero carbon net emission | pelepasan bersih sifar karbon | Alam Sekitar | Tiada | Lihat pelepasan karbon sifar bersih. |
zero carbon net emission | pelepasan bersih sifar karbon | Alam Sekitar | Tiada | Lihat pelepasan karbon sifar bersih. |
net-zero emission | pelepasan sifar bersih | Alam Sekitar | Tiada | Pelepasan gas rumah kaca buatan manusia yang mesti dikeluarkan dari atmosfera melalui langkah-langkah pengurangan sehingga menjadi sifar. |
net-zero emission | pelepasan sifar bersih | Alam Sekitar | Tiada | Pelepasan gas rumah kaca buatan manusia yang mesti dikeluarkan dari atmosfera melalui langkah-langkah pengurangan sehingga menjadi sifar. |
net-zero carbon emission | pelepasan karbon sifar bersih | Alam Sekitar | Tiada | Pelepasan karbon dioksida yang mesti dikeluarkan dari atmosfera melalui langkah-langkah pengurangan sehingga menjadi sifar. |
net-zero carbon emission | pelepasan karbon sifar bersih | Alam Sekitar | Tiada | Pelepasan karbon dioksida yang mesti dikeluarkan dari atmosfera melalui langkah-langkah pengurangan sehingga menjadi sifar. |
zero hunger | kelaparan sifar | Sosiologi | Tiada | Keadaan apabila usaha atau program dijalankan untuk menghentikan kelaparan, menghilangkan semua bentuk kekurangan zat makanan, dan membina sistem pemakanan yang sihat. |
zero famine | kebuluran sifar | Sosiologi | Tiada | Keadaan apabila usaha atau program dijalankan untuk menghentikan kebuluran, menghilangkan semua bentuk kekurangan zat makanan, dan membina sistem pemakanan yang sihat. |
zero-sum | jumlah sifar | Perancangan dan Pembangunan Bandar | Tiada | Satu prinsip dalam pembahagian sumber (ekonomi) yang terhad iaitu apabila satu pihak mendapat bahagian yang lebih, pihak lain akan menerima bahagian yang kurang. |
Kata |
Takrif |
Bahasa |
Tema |
sifar | kusong [kuso] | Melanau Dalat | |
kusung (angka) | sifar | TETAW | |
puweang I | kosong; 1 tidak berisi apa-apa: jalok ~ pinggan kosong; tin ~ tin kosong; 2 tidak padat, berongga di dalamnya (bkn batu, kayu, dll): bulok ~ lubeangsiyen buluh kosong dalamnya; 3 sifar (bkn nombor): nubuor ~ nombor kosong; 4 ki tidak ada mendiaminya (men | Melanau Mukah | |
Kamus Parsi.indb 93 )ṣolḥ, amān ( ناما ،حلص )ṣefr( رفـ ِ ص )ṣamgh( غمـص )ṣandal( لدنص )ṣandalī( ىلدنص )ṣandūgh-e post( تسپ قودنص )ṣūrat, rūy( ىور ،تروص )ṣūratḥesāb( باسحتروص )ṣūratī( ىتروص aman kosong, sifar gam sandal, selipar kerusi peti surat muka bil merah jambu peace zero glue sandal chair letter box face bill pink ىتروص ناما ،حلص Kamus Parsi.indb 93 5/18/11
|
Kamus Sains.indb dalam unsur peralihan yang momen magnet atom- nya membentuk susun atur bertertib yang berselang-seli atau melingkar. Susun atur ini bertujuan untuk memberikan momen jumlah bersih apabila dikenakan medan magnet sifar. (FIZ) antifibrinolysin (antifibrinolisin) Agen yang dapat merencatkan fibrinolisin. (UBAT) antifoam (I) (antibuih) Sebatian berupa agen aktif permukaan yang dapat mengurangkan ketegangan permukaan buih. Bahan ini ditambah ke dalam medium fermentasi barotropik; isi padu spesifik dan ialah tekanan. (HID) barotropy (barotropi) Keadaan bendalir yang permukaan ketumpatan atau suhu tetapnya setara de- ngan permukaan tekanan malar. Keadaan ini merupakan keadaan kebaroklini - kan sifar. Secara matematik, persamaan barotropi menyatakan bahawa gra- dien ketumpatan dan medan tekanan adalah berkadaran: barognosis barotropy Kamus Sains.indb 134 7/8/08 11:47:26 AM 135 ρ dengan
|
Kamus Teknologi Maklumat ct.indd input yang disimulasikan oleh modul pemacu dan stub. Sekiranya tidak dikawal dengan teliti, prototaip tersebut boleh digunakan oleh pengguna hasad untuk mencari kelemahan perisian atau membina pintu rahsia. bukti pengetahuan sifar (Ig. zero knowledge proof; Br. bukti pengetahuan sifar; Id. bukti pengetahuan nol) Kaedah pembuktian interaktif yang digunakan oleh suatu pihak untuk membuktikan kepada pihak lain bahawa suatu pernyataan matematik atau kriptografi adalah benar. Pembuktian ini dilakukan berdasarkan pengetahuan
|
Kata |
Sebutan |
Jawi |
sifar | [si.far] | صفر |
B.Melayu |
B.Inggeris |
B.Parsi |
Sebutan |
kosong , sifar | zero | صِفر | ṣefr |
Istilah Bahasa Melayu |
Istilah Bahasa Inggeris |
Huraian |
Peringkat |
ralat sifar | zero error | Ralat yang tidak mempamerkan bacaan sifar sebelum pengukuran dibuat. | Menengah Atas |
sifar mutlak | absolute zero | Suhu yang terendah pada semua bahan. Nilai sifar mutlak ialah -273.15°C atau 0 Kelvin. Pada suhu ini molekul sesuatu bahan tidak mempunyai tenaga kinetik. | Menengah Atas |
nod | node | Titik sesaran sifar gelombang pegun yang terbentuk oleh pertindihan dua gelombang koheren. | Menengah Atas |
aloi superkonduktor | superconductor alloy | Kumpulan aloi yang mempunyai rintangan elektrik yang sifar pada suhu tertentu dan boleh mengalirkan elektrik. | Menengah Atas |
daya seimbang | balanced force | Daya-daya yang bertindak ke atas objek atau sistem yang menghasilkan daya paduan sifar. | Menengah Atas |
interferens memusnah | destructive interference | Fenomena yang berlaku apabila dua gelombang koheren bertindih dengan satu lembangan gelombang, lalu menghasilkan amplitud sifar. | Menengah Atas |
ralat bersistem | systematic error | Ralat yang mengalihkan semua pengukuran ke arah yang tertentu disebabkan oleh alat pengukur tidak ditentukur dengan betul, alat pengukur tidak digunakan dengan betul atau tidak mengambil kira ralat sifar alat pengukur. | Menengah Atas |
Istilah Bahasa Melayu |
Istilah Bahasa Inggeris |
Huraian |
Peringkat |
petua indeks sifar | zero index rule | Pernyataan bahawa sebarang nombor yang bukan sifar, yang mempunyai kuasa sifar adalah bersamaan dengan 1. Contohnya, 50 = 1. | Menengah Atas |
vektor sifar | zero vector | Vektor yang mempunyai nilai magnitud sifar dan tiada arah. Hasil tambah sesuatu vektor dengan vektor sifar ialah juga. | Menengah Atas |
sifar | zero | Nombor yang menunjukkan tiada sebarang kuantiti. Simbol sifar ialah 0. | Sekolah Rendah |
nombor bukan sifar | non-zero number | Nombor yang selain sifar. | Menengah Rendah |
sifar | zero | 1. Nombor yang digunakan untuk menunjukkan keadaan tiada kuantiti. 2. Titik pada sebarang skala yang menjadi pemisah bagi unit positif dan unit negatif pada arah yang bertentangan. Simbol 0. | Menengah Rendah |
nombor bulat | whole number | Sifar dan nombor asli. Contohnya, 0, 1, 2, 3, ... | Menengah Atas |
vektor nol | null vector | Lihat vektor sifar. | Menengah Atas |
nombor bulat | whole number | Nombor yang bermula dari sifar dan seterusnya, dan tidak mengandungi pecahan atau perpuluhan. Contoh, 0, 1, 2, 3, 4, 5, 6 | Sekolah Rendah |
nombor negatif | negative number | Nombor yang nilainya kurang daripada sifar. | Menengah Atas |
integer negatif | negative integer | Nombor bulat yang kurang daripada sifar. Contohnya, ... −3, −2, −1. | Menengah Rendah |
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata sifar |
|
|