Tajuk |
Sinopsis |
Bidang |
Klasifikasi |
METER GAS | Meter gas ialah alat untuk mengukur isi padu gas yang digunakan. Biasanya meter gas adalah kotak logam yang ketat, yang dibahagikan di tengahnya kepada dua kebuk atau belos yang berasingan. Setiap kebuk mempunyai sekatan boleh bergerak, yang membahagikannya kepada dua bahagian, menjadikan kesemuanya empat kebuk yang berasingan. | UMUM | |
SEKOLAH PEMULIHAN AKHLAK | Sekolah pemulihan akhlak ialah institusi pemulihan untuk pelanggar undang-undang yang berumur lebih daripada 18 tahun, tetapi tidak memerlukan pengawasan ketat. Sekolah pemulihan akhlak sering digunakan untuk mengasingkan pesalah yang lebih muda daripada pesalah yang lebih tua. Sekolah ini menyediakan khidmat kaunseling, latihan vokasional dan program pembaikan yang lain. | UMUM | |
SONOMETER | Sonometer ialah alat yang digunakan untuk mengkaji perhubungan matematik nada dalam muzik. Sonometer yang juga dikenali sebagai monokod, mengandungi seutas tali yang diregang ketat dengan satu hujungnya dipasangkan pada roda kapi. Apabila dipetik, tali itu akan bergetar lalu mengeluarkan bunyi. Frekuensi (jumlah getaran setiap saat) nada itu bertambah jika tali dipendekkan atau diperketat. | UMUM | |
MERKANTILISME | Merkantilisme ialah sistem ekonomi yang diamalkan oleh England, Perancis dan negara perdagangan utama lain dari tahun 1500-an sehingga akhir tahun 1700-an. Di bawah sistem ini, kerajaan sesebuah negara itu mengawal ketat hal ehwal ekonomi untuk meningkatkan kekayaan perbendaharaan, terutama dengan melebihkan eksport daripada eksport. | UMUM | |
BIARA | Biara ialah sebuah komuniti keagamaan, yang lazimnya terdiri daripada wanita, yang telah mengangkat sumpah keagamaan dan hidup di bawah peraturan agama yang ketat. Istilah ini biasanya digunakan bagi merujuk sebuah mazhab atau persatuan rahib wanita Kristian, dan khusus merujuk bangunan yang menempatkan mereka. Ketua sesebuah biara lazimnya dikenali sebagai ketua biarawati, tetapi mungkin mempunyai gelaran yang berlainan seperti abbess atau prioress. | UMUM | |
LEMPUK | LEMPUK, sejenis makanan yang diperbuat daripada durian yang dimasak dengan gula sehingga hancur dan pekat. Lempuk dibungkus ketat dalam bekas upih dan boleh disimpan lama. Lempuk ini, jika disediakan dengan bersih dan duriannya yang tidak dicemari ulat atau cendawan, boleh disimpan berbulan-bulan. | BUDAYA | Makanan |
KRUSYE | Krusye ialah cara mengait renda melalui kaedah yang hampir serupa dengan mengait. Renda krusye lebih berat dan harganya tidak mahal. Hampir semua yan atau benang boleh dikrusye tetapi yang paling biasa dibuat krusye ialah benang kapas yang dipintal ketat. | UMUM | |
RAJA AISYAH RAJA SULAIMAN | RAJA AISYAH RAJA SULAIMAN (1889-1924), penulis. Dia lahir pada tahun 1889 di kompleks istana, tempat yang sekarang dikenal sebagai Kampung Baru, Pulau Penyengat. Dia ialah cucu Raja Ali Haji (1809-1870). Raja Aisyah mendapat pendidikan dan asuhan yang ketat dan sempurna daripada inang-inang yang terpilih. Selain mewarisi tabiat suka membaca buku sejak kecil, dia juga terdedah kepada suasana pembacaan hikayat dan pendendangan puisi di istana. Dari situlah juga Raja Aisyah mempelajari teknik bercerita. | SASTERA | Tokoh |
TASS | TASS ialah agensi berita yang penting di Kesatuan Soviet dari tahun 1925 hingga negara itu berpecah pada tahun 1991. TASS adalah salah satu daripada perkhidmatan berita yang terbesar di dunia. Agensi yang beribu pejabat di Moscow ini mengumpul dan menyebarkan berita di seluruh Rusia dan dunia. TASS ialah singkatan bahasa Rusia untuk Agensi Telegraf Kesatuan Soviet. Agensi ini mempunyai beribu-ribu orang wartawan, editor dan jurufoto di lebih daripada 100 buah negara. Ia menyediakan laporan dalam enam bahasa Arab, Inggeris, Perancis, Jerman, Rusia dan Sepanyol. Negara-negara lain bergantung kepada TASS untuk berita dari Kesatuan Soviet, walaupun kerajaan mengawal ketat liputannya. | UMUM | |
PICKERING, WILLIAM | Pickering , William (18401907) ialah kakitangan awam British yang menjadi pelindung pertama orang Cina di Singapura pada tahun 1877. Pada masa itu, ejen British melakukan pengambilan kuli (buruh kasar) di China dan menghantar mereka ke Singapura untuk bekerja. Ramai ejen melayan kuli- kuli tersebut dengan buruk sekali, membawa mereka ke Singapura dalam kapal-kapal yang sesak, malah memaksa mereka pergi ke negara lain yang di luar kemahuan mereka. Tugas Pickering sebagai pelindung adalah untuk menghentikan layanan buruk ini. Dia mempunyai personaliti yang tegas dan fasih membaca serta bertutur dalam bahasa Cina. Di bawah kepimpinannya, badan perlindungan ini menjadi sebuah institusi yang amat disanjung tinggi. Selain melindungi kuli dan pendatang wanita, Pickering juga bertindak terhadap persatuan kongsi gelap Cina dan menguatkuasakan peraturan ketat sebagai langkah mengawal perjudian. | UMUM | |
|
Tesaurus |
---|
| ketat (adjektif) | 1. Dalam konteks pakaian bersinonim dengan sendat, sempit, kecil, sepan, Berantonim dengan longgar
2. Dalam konteks ikatan bersinonim dengan kuat, kukuh, tegang, terik, tegap, kejap, Berantonim dengan longgar
3. Dalam konteks peraturan bersinonim dengan keras, tegas, Berantonim dengan longgar
4. Dalam konteks kawalan bersinonim dengan teliti, rapi, Berantonim dengan longgar
| Kata Terbitan : mengetatkan, memperketat, keketatan, pengetatan, pengetat, |
|
|