Tajuk |
Sinopsis |
Bidang |
Klasifikasi |
MUHAMMAD BIN TUGHLUQ | Muhammad bin Tughluq (12901351) merupakan sultan kedua Dinasti Tughluq. Dinasti itu memerintah hampir keseluruhan subbenua India tetapi pemerintahannya tidak lama. Baginda diputerakan di Delhi. Baginda menunjukkan kepandaian semasa masih kecil, dan menunjukkan dirinya bakal menjadi pahlawan. Baginda membesar menjadi orang yang beradab, toleran dan berwawasan, namun boleh bertindak kejam. | UMUM | |
BURUNG BAYAN | Burung bayan ialah anggota kecil dalam famili burung nuri. Burung bayan berwarna terang dengan bulunya berwarna hijau, merah, biru, jingga, kuning atau ungu. Ekornya sama ada pendek dan bersegi empat, atau panjang dan meruncing. Burung bayan biasanya merupakan haiwan kesayangan yang manja dan pandai. Burung ini ialah akrobat semula jadi dan dapat melakukan berbagai-bagai kepandaian di tangga dan jungkang-jungkit mainan. | UMUM | |
PERTUKANGAN | PERTUKANGAN, perihal bertukang atau pekerjaan bertukang. Tukang ialah orang yang mahir dalam sesuatu pekerjaan tangan. Dalam konteks budaya Melayu, kepandaian atau kemahiran dalam apa bidang sekalipun melayakkan seseorang itu dipanggil tukang, misalnya tukang besi, orang yang pandai membuat peralatan daripada besi, dan tukang andam, orang yang pandai menyolek dan menghias pengantin. | BUDAYA | Kraf Tangan |
|
Tesaurus |
---|
| pandai | 1. Bersinonim dengan cerdik ( pintar, bijak, cerdas, bijaksana, bestari, bergeliga, cair otak, besar akal,
banyak akal, tajam akal, tajam fikiran, terang akal, terang hati, otak minyak, fatan, punsu,
tahu-tahu, piawai, ) (adjektif:) Berantonim dengan bodoh
2. Bersinonim dengan cekap ( mahir, handal, pantas, cekat, tangkas, biasa, terlatih, lancar, akas, prigel, campin, ) (adjektif:)
3. Bersinonim dengan ahli ( jauhari, tukang, pakar, juru, utas, empu, kipu, ) (kata nama:)
| Kata Terbitan : memandai-mandai, kepandaian, |
|
|