Saffah, Abu al-Abbas al (104136 H./ 722754 M.), khalifah pertama Kerajaan Abbasiyyah dan salah seorang cerdik pandai Arab. Nama penuhnya ialah Abdullah ibn Muhammad ibn Ali ibn Abdullah ibn al- Abbas ibn Abdul Muttalib. Dia juga dikenali sebagai al-Murtadha (orang yang diredai) dan al-Qaim (Penegak keadilan). Al-Saffah lahir dan dibesarkan di al-Syirah (di antara Sham dengan Madinah). Ketika Ibrahim al-Imam dibunuh, dia dan keluarganya berpindah ke Kufah pada bulan Safar 132 H./750 M. Mereka telah bersembunyi selama beberapa minggu kemudian muncul dengan pengikutnya. Mereka melantik al-Saffah sebagai khalifah pada 3 Rabiulawal 132 H./750 M., sebagai permulaan Kerajaan Abbasiyyah. Antara pendukung Kerajaan Abbasiyyah yang paling menonjol ialah Abu Muslim al-Khurasani. Walau bagaimanapun, selepas pembunuhan Marwan ibn Muhammad (khalifah Bani Umaiyyah di Syam), Abu Muslim dilantik sebagai pemimpin Khurasan sebagai mengenangkan jasanya. |