Tajuk |
Sinopsis |
Bidang |
Klasifikasi |
GETAH (RISDA) | Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Getah (RISDA) ialah agensi berkanun yang bertanggungjawab terhadap rancangan penanaman semula getah. RISDA adalah singkatan Rubber Industry Smallholders Development Authority atau Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Getah. RISDA ditubuhkan pada 1 Januari 1973 di bawah Undang-undang Malaysia (85) 1972, Akta Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah. Sebelum itu, ia dikenali dengan nama Lembaga Perusahaan Tanam Semula Getah (LPTSG) yang terletak di bawah bidang kuasa Kementerian Perusahaan Utama. Pada tahun 1978, RISDA diletakkan di bawah Kementerian Kemajuan Tanah dan Wilayah. Manakala pada tahun 1992, pentadbirannya diletakkan di bawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar. | UMUM | |
RDX | RDX ialah sejenis bahan letupan yang amat berkuasa yang juga dikenali sebagai siklonit dan heksogen. | UMUM | |
MAJLIS | Majlis, dalam kerajaan tempatan, ialah pihak berkuasa tempatan yang dilantik di sesebuah kawasan pentadbiran. Ia terdapat di banyak negara, termasuk Australia, New Zealand, Afrika Selatan, United Kingdom, dan Amerika Syarikat. | UMUM | |
ASHANTI | Ashanti ialah kumpulan etnik yang terbesar dan paling berkuasa di Ghana, Afrika Barat. Nama kumpulan ini juga dieja Asante . Kebanyakan orang Ashanti yang berjumlah kira-kira 1 ½ juta orang tinggal di selatan-tengah Ghana di kawasan Ashanti. Ibu negeri kawasan ini, Kumasi, ialah bandar kedua terbesar di Ghana. | UMUM | |
EMPAYAR CHOLA | Empayar Chola ialah empayar yang paling berkuasa di selatan India selama lebih daripada 200 tahun. | UMUM | |
AGUNG, SULTAN | Agung, Sultan ( ? 1646) ialah pemerintah paling berkuasa di Mataram, sebuah kerajaan di Jawa Tengah yang kini ialah Indonesia. Baginda bertakhta dari tahun 1613 hingga tahun 1646. | UMUM | |
NORIEGA, MANUEL ANTONIO | Noriega, Manuel Antonio (1934 ) ialah ketua tentera yang berkuasa di Panama dari tahun 1983 hingga tahun 1989. Pada bulan Disember 1989, Presiden Amerika Syarikat, George Bush telah mengarahkan tenteranya ke Panama. Menurut Bush, tenteranya dihantar atas tindak balas pembunuhan leftenan tentera marin Amerika Syarikat oleh tentera Panama , dan hukuman atas perdagangan dadah oleh Noriega. Pada Januari 1990, Noriega menyerah diri kepada pegawai Amerika Syarikat dan dibawa ke Amerika Syarikat untuk perbicaraan. | UMUM | |
PRESIDEN AMERIKA SYARIKAT | Presiden Amerika Syarikat sering dianggap pegawai dilantik yang paling berkuasa di dunia. Presiden negara ini memimpin sebuah negara yang kaya dan sangat kuat angkatan tenteranya. | UMUM | |
SYARIKAT HINDIA TIMUR BELANDA | Syarikat Hindia Timur Belanda merupakan syarikat perniagaan yang berkuasa yang membantu menubuhkan pemerintahan Belanda di Indonesia. Pada tahun 1602, kerajaan Belanda memberikan syarikat ini taraf monopoli dalam perdagangan antara Asia dengan Belanda. Syarikat ini juga memperoleh kuasa yang luas dalam aspek pemerintahan dan ketenteraan, termasuklah hak untuk memerintah dan melakukan peperangan di Asia. | UMUM | |
PERAKUAN KESIHATAN | Perakuan kesihatan ialah sijil yang dikeluarkan dan ditandatangani oleh pihak berkuasa pelabuhan tertentu. Ia memperakukan keadaan kesihatan anak kapal dan penumpang, dan keadaan kebersihan kapal semasa ia hendak belayar. Kapal dikuarantin apabila ada wabak penyakit di atas kapal atau apabila pengasapan diperlukan (lihat Kuarantin). Apabila sesebuah kapal itu tiba di pelabuhan, ia akan dikuarantin sehingga praktik (izin untuk berkomunikasi) telah dibenarkan. Permit praktik percuma mengizinkan kapal untuk masuk tanpa sekatan kuarantin selanjutnya. Praktik sementara menunjukkan syarat yang membolehkan praktik percuma dikeluarkan. | UMUM | |
|
Tesaurus |
---|
| kuasa | 1. Bersinonim dengan daya ( kemampuan, keupayaan, kesanggupan, kebolehan, kudrat, tenaga, ) (kata nama:)
2. Bersinonim dengan wibawa ( pengaruh, hak, mandat, daulat, ) (kata nama:)
3. Bersinonim dengan kekuatan ( ketahanan, keagungan, kawalan, cengkaman, pengaruh, ) (kata nama:)
4. Bersinonim dengan sanggup ( minat, rela, mahu, hendak, ) (kata kerja:)
| Kata Terbitan : sekuasa-kuasanya, berkuasa, menguasai, menguasakan, kekuasaan, penguasaan, penguasa, |
|
|