SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiSakit saya kena cepu, Tidak sakit kumbang menyengat; Sakit saya kerana tipu, Dalam tipu tidak ingat. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiSakit barah sakitnya bisul, Sakit mari menghujung jari; Kami bertanya kepada usul, Untuk siapa cincin di jari? |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiAmbil badan kerat-kerat, Mari letak haluan perahu; Sakit badan haluan diubat, Sakit hati siapa tahu. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiBasuh periuk jemur ditungging, Nampak hitam seperti arang; Ikut hakim memiat daging, Sakit di awak sakit di orang. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiSakit kaki diajuk duri, Duri mengajuk di tengah padang; Baiklah hati mengenang diri, Dirilah sudah dibuang orang. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiSakit gigi dimakan ulat, Tinggal sebatang dua batang; Tuan benci aku meluat, Tuan kasih aku sayang. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiSakit menebang kayu gerumang, Kayu hidup dimakan api; Sakit menumpang kekasih orang, Badan hidup terasa mati. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiSakit kaki menendang tunggul, Tunggul besar tanah huma; Sakit hati memandang sanggul, Sanggul besar penuh bunga. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiSakit kaki ditikam tunggul, Tunggul kecil tengah huma; Sakit hati memandang sanggul, Duk gemar pada sekuntum bunga. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiSakit kaki ditikam siput, Siput ada dari seberang; Sakit hati rasa nak ikut, Dengar-dengar tunang orang. |
|
Tesaurus |
---|
| sakit (adjektif) | 1. Bersinonim dengan uzur: gering, lesu, lemah, Berantonim dengan sihat
2. Bersinonim dengan pedih: sengal, ngilu, sebal, sebak, bengkak, kebas, nyeri, remai, bisa, Berantonim dengan selesa
3. Bersinonim dengan seksa: sengsara, azab, derita, merana, kecewa duka, lara, susah, payah, sukar, sulit, Berantonim dengan bahagia
| Kata Terbitan : bersakit, bersakit-sakit, menyakiti, menyakitkan, kesakitan, penyakit, berpenyakit, pesakit, |
|
Puisi |
---|
|
Sakit barah sakitnya bisul, Sakit mari menghujung jari; Kami bertanya kepada usul, Untuk siapa cincin di jari?
Lihat selanjutnya... |
Peribahasa |
---|
| 123 It's no use crying over spilt milk Tidak ada gunanya bersedih atas kesilapan atau perkara buruk yang sudah berlaku kerana ia tidak dapat diubah lagi. Apa boleh buat, sakit menimpa sesal terlambat Looking back, I should have listened to my mother's advice. I should not have associated myself with bad guys and get involved in drug abuse. Now, I am facing the consequences, but it's no use crying over split milk. Mengenang kembali, saya seharusnya mendengar nasihat ibu. Saya tidak sepatutnya bercampur dengan budak jahat dan terjebat dalam penyalahgunaan dadah. Kini, saya menerima padahnya, tetapi apa boleh buat, sakit menimpa sesal terlambat . Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
Lihat selanjutnya... |
|