SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiAsam jawa terlalu masak, Masak tak boleh dijeruk lagi; Hati saya terlalu rosak, Rosak tak boleh dipujuk lagi. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiNasi masak sayur pun masak, Turun ke tanah memetik lada; Hati rosak jantungku rosak, Rasa bekah dalam dada. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiKain baldu dibuat tilam, Dara berdandan pengantin baru; Rosak madu kerana jadam, Rosak iman kerana nafsu. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiBunga terhambur di dalam perigi, Dari jauh nampak putih; Rosak nasi kerana api, Rosak hati kerana kasih. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiRosak lesung kerana antan, Sebab menumbuk padi puteri; Hilang buntat berganti intan, Baru jadi sinar negeri. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiRotan rosak di hujung tanjung, Hanyut terletak di tepi beting; Bukan salah pasak penyambung, Kain tak cukup digunting. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiDari hulu turun ke pekan, Sampannya rosak di tengah hari; Kalau selalu ingatkan Tuhan, Apa dipinta pasti diberi. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiMasak sudah asam paya, Tidak boleh dijolok lagi; Rosak sudah badan saya, Tidak boleh dipujuk lagi. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiBila maharaja diam di hutan, Tebu dan jagung rosak binasa; Lama ditinggal wajah tuan, Rindu ditanggung setiap masa. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiCincin perak cincin suasa, Mari dipakai sebelah kanan; Biar rosak sama binasa, Kasih tiada lepas di tangan. |
|
Tesaurus |
---|
| rosak (adjektif) | 1. Bersinonim dengan binasa: musnah, punah, ranap, jahanam, hancur, hancai, lingkup, hapus, tengkarap, terban,
2. Bersinonim dengan buruk: busuk, cacat, cedera, usang, lapuk, reput, lama, tua, Berantonim dengan elok
| Kata Terbitan : merosakkan, kerosakan, perosak, |
|
Puisi |
---|
|
Nasi masak sayur pun masak, Turun ke tanah memetik lada; Hati rosak jantungku rosak, Rasa bekah dalam dada.
Lihat selanjutnya... |
|