SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiPuas sudah menanam ubi, Nanas datang dari seberang; Puas sudah menanam budi, Emas juga dipandang orang. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiHendak memakan buah cermai, Makan bersama jambu susu; Puas ombak melanda pantai, Mengapa pantai tak ambil tahu? |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiAmbil kain cuba dilipat, Kain batik bunganya rapat; Puas dipancing ikan tak dapat, Cabut joran alih tempat. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiPucuk manis dalam padi, Buah papaya dalam perahu; Puas menangis dalam hati, Seorang manusia tidak tahu. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiIntan terpilih tercabut sarung, Disambarlah oleh dewa alperi; Puas kupilih di dalam kampung, Baru mendapat si jantung hati. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiBeras basah mari taburkan, Pengantin diarak gelak ketawa; Puas sudah hamba hiburkan, Hati rindu terkenang jua. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiPergi ke pekan membeli terung, Hendak dimasak kuahnya lemak; Puas sudah menggila burung, Bila masa nak jadi jinak. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiKapal Beruas ke Singapura, Singgah berlabuh di Kuala Rejang; Tidaklah puas kita berdua, Janganlah abang kembali pulang. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiBuah delima masak merekah, Sudah tika berbunga lagi; Bermohon kasih puas sudah, Ibarat embun dibakar matahari. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiAmbil karung mengisi ruas, Pengikatnya pula tali guni; Adik turut hamba tak puas, Cuma abang tak insafkan diri. |
|
Tesaurus |
---|
| puas (adjektif) | 1. Bersinonim dengan senang hati: lega, selesa, bahagia, sejahtera, seronok, tenang, tenteram, kenyang, cukup, pada, jelira,
marem,
2. Bersinonim dengan jemu: bosan, jelak, jenuh, cemus, muak, lugu, majal, pasai,
| Kata Terbitan : berpuas hati, memuaskan, kepuasan, |
|
Puisi |
---|
|
Hendak memakan buah cermai, Makan bersama jambu susu; Puas ombak melanda pantai, Mengapa pantai tak ambil tahu?
Lihat selanjutnya... |
Peribahasa |
---|
| 411 The more you have, the more you want Manusia tidak pernah puas dengan apa yang dimiliki: sudah dapat, mahu lagi. Nafsu tidak bertepi I told myself that once my savings reached RM1million, I would retire for good. But the more you have, the more you want. Now, I think that amount is not enough. Aku berkata kepada diriku yang aku akan bersara sebaik sahaja simpananku mencecah RM1 juta. Tetapi nafsu tidak bertepi. Kini, aku merasakan bahawa jumlah itu tidak mencukupi. Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
Lihat selanjutnya... |
|