Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Artikel ; Ensiklopedia ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Peribahasa ; Universiti Awam ; Pengesahan Bahasa ; Kerajaan Malaysia ; Novel ; Dialek ; Pantun ; Kamus Istilah Sains Kewangan ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Pantun

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Puas sudah menanam ubi, Nanas datang dari seberang; Puas sudah menanam budi, Emas juga dipandang orang.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Hendak memakan buah cermai, Makan bersama jambu susu; Puas ombak melanda pantai, Mengapa pantai tak ambil tahu?

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Ambil kain cuba dilipat, Kain batik bunganya rapat; Puas dipancing ikan tak dapat, Cabut joran alih tempat.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Pucuk manis dalam padi, Buah papaya dalam perahu; Puas menangis dalam hati, Seorang manusia tidak tahu.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Intan terpilih tercabut sarung, Disambarlah oleh dewa alperi; Puas kupilih di dalam kampung, Baru mendapat si jantung hati.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Beras basah mari taburkan, Pengantin diarak gelak ketawa; Puas sudah hamba hiburkan, Hati rindu terkenang jua.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Pergi ke pekan membeli terung, Hendak dimasak kuahnya lemak; Puas sudah menggila burung, Bila masa nak jadi jinak.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Kapal Beruas ke Singapura, Singgah berlabuh di Kuala Rejang; Tidaklah puas kita berdua, Janganlah abang kembali pulang.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Buah delima masak merekah, Sudah tika berbunga lagi; Bermohon kasih puas sudah, Ibarat embun dibakar matahari.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Ambil karung mengisi ruas, Pengikatnya pula tali guni; Adik turut hamba tak puas, Cuma abang tak insafkan diri.
Tesaurus
 
puas (adjektif)
1. Bersinonim dengan senang hati: lega, selesa, bahagia, sejahtera, seronok, tenang, tenteram, kenyang, cukup, pada, jelira, marem,

2. Bersinonim dengan jemu: bosan, jelak, jenuh, cemus, muak, lugu, majal, pasai,

Kata Terbitan : berpuas hati, memuaskan, kepuasan,

Puisi
 

Hendak memakan buah cermai,
     Makan bersama jambu susu;
Puas ombak melanda pantai,
     Mengapa pantai tak ambil tahu?



Lihat selanjutnya...