SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiPetang-petang pergi ke rimba, Pergi ke rimba menarah papan; Petang-petang hatiku hiba, Nasi sesenduk tidak termakan. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiAnak Cina pergi ke hutan, Pergi ke hutan memburu rusa; Teras gaharu sangka bukan, Salah pandang rosak binasa. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiHendak berembun pergi ke pulau, Datang ke pulau pergi ke tanjung; Lagilah hidup kita bergurau, Sudahlah mati bergolek seorang. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiKalaulah sudah pergi ke paya, Marilah kita pergi ke hulu; Kalau sudah seia sekata, Marilah kita berjumpa ibu. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiPergi ke mana tidak kuikat, Pandan bersangkut dengan durinya; Pergi ke mana tidak kuingat, Tuan yang baik samalah budinya. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiPergi ke Jeddah pergi haji, Barulah balik berseri-seri; Kalau sudah abang pergi, Adik di sini apa nak jadi? |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiJikalau abang pergi ke seberang, Pergi seberang membeli jambu; Jikalau abang selamat pulang, Jangan adinda ditinggal lalu. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiAnak Cina pergi ke Melaka, Pergi dengan sebuah bas; Kalau tuan cintakan saya, Surat saya mengapa tak balas? |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiKalau tuan pergi ke Jeddah, Pergi dengan anak permaisuri; Kalau teringin hendak makan buah, Buah masak di ranting tinggi. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiRamai orang pergi mengaji, Pergi ke surau datuk penghulu; Andainya saya memungkiri janji, Tanda ajal menjemput dulu. |
|
Tesaurus |
---|
| pergi (kata kerja) | 1. Bersinonim dengan menuju ke: menujui, menghala ke, mengarah ke, Berantonim dengan datang
2. Bersinonim dengan berhambus: cabut, lari, nyah, incit, keluar, hilang, turun, angkat kaki, kepol, calo, andun,
3. Bersinonim dengan bertolak: berlepas, berangkat, belayar, berjalan, bercemar duli, bertolak punggung, mengorak
langkah, mengorak sila, Berantonim dengan tiba
4. Dalam konteks kiasan bersinonim dengan meninggal dunia, mati, wafat, mangkat,
| Kata Terbitan : berpergian, kepergian, pemergian, |
|
Puisi |
---|
|
Anak Cina pergi ke hutan, Pergi ke hutan memburu rusa; Teras gaharu sangka bukan, Salah pandang rosak binasa.
Lihat selanjutnya... |
|