SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiSatu dua tiga empat, Lima enam tujuh setengah; Pandai-pandai tupai melompat, Lama-lama jatuh ke tanah. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiMemasang jerat sudah lama, Dapat seekor burung nuri; Saya pergi tiada lama, Pandai-pandai menjaga diri. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiAwang Dollah pandai meniti, Pandai meniti pandan mengkuang; Kerana tebu semut tak mati, Kerana semut gula terbuang. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiApa guna pandai menali, Kalau tidak pandai melampun; Apa guna jadi penari, Kalau tidak pandai berpantun. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiPukul lapan pukul sembilan, Pukul sepuluh jam mati; Pandai makan pandai menyimpan, Jikalau gopoh main tak jadi. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiAnak ikan dimakan ikan, Tanam serai Padang Semu; Pandai makan pandai simpan, Jarang-jarang boleh bertemu. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiPukul lapan pukul sembilan, Pukul sepuluh jam pun mati; Pandai makan pandai menyimpan, Jika gopoh merosak diri. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiRumah cengal bertiang berancak, Kayu jelutung si kayu nangka; Orang Jengal sungguhlah bijak, Pandai berpantun pandai berseloka. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiAnak Batak pandai menari, Anak Rama pandai melata; Kalau masak angkat ke mari, Sama-sama kita merasa. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiMengail Kuala Tanjung, Ketam tidak berjari; Kalau kucing pandai berdayung, Tikus juga pandai kemudi. |
|
Tesaurus |
---|
| pandai | 1. Bersinonim dengan cerdik ( pintar, bijak, cerdas, bijaksana, bestari, bergeliga, cair otak, besar akal,
banyak akal, tajam akal, tajam fikiran, terang akal, terang hati, otak minyak, fatan, punsu,
tahu-tahu, piawai, ) (adjektif:) Berantonim dengan bodoh
2. Bersinonim dengan cekap ( mahir, handal, pantas, cekat, tangkas, biasa, terlatih, lancar, akas, prigel, campin, ) (adjektif:)
3. Bersinonim dengan ahli ( jauhari, tukang, pakar, juru, utas, empu, kipu, ) (kata nama:)
| Kata Terbitan : memandai-mandai, kepandaian, |
|
Puisi |
---|
|
Memasang jerat sudah lama, Dapat seekor burung nuri; Saya pergi tiada lama, Pandai-pandai menjaga diri.
Lihat selanjutnya... |
Peribahasa |
---|
| 9 A bad workman always blames his tools Orang yang tidak pandai melakukan sesuatu pekerjaan biasanya enggan mengakui kelemahan diri tetapi sebaliknya menyalahkan alat yang digunakan pula. Menari yang tak pandai, dikatakan lantai nan terjungkit. She apologized for the burnt cookies, saying that her oven was an old model. Incompetent people always blame other things for their failures. As the saying goes, a bad workman always blames his tools. Dia meminta maaf kerana biskut tersebut hangus. Alasannya ialah ketuharnya model lama. Orang yang tidak mahir sering menyalahkan benda lain atas kegagalan mereka, bak kata pepatah menari yang tak pandai, dikatakan lantai nan terjungkit. Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
Lihat selanjutnya... |
|