SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiIkan kukus tulangnya lembut, Tulang lembut jarang-jarang; Kami belayar jangan disebut, Takut dilanggar batu karang. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiLembut lemak sisi bemban, Terendak ikan letak di paya; Lemak lemah sirih digenggam, Hendak diunjuk emaknya ada. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiLembut ikan jemaralidin, Jikalau mandi disesah jangan; Adiklah kaya abang miskin, Jikalau jadi menyesal jangan. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiLemah lembut pandan berduri, Putuslah tali tali tiada; Lemah lembut membawa diri, Putuslah hati adik penanda. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiLemah lembut pandan berduri, Putus tali kain cadar; Lemah lembut membawa diri, Pandai hati siapa menanggar. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiLemah lembut pandan berduri, Putus tali di tepi pagar; Lemah lembut membawa diri, Putus hati siapa menanggar. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiNyiur manis pelepahnya lembut, Pohon celagi berbatang-batang; Hitam manis keningnya lembut, Bertatah gigi dua tiga batang. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiPadiku lembut padiku ini, Air gunung menjadi padang; Demi kuturut hatiku ini, Bungalah tanjung kubawa pulang. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiAngin barat bertiup lembut, Bertiup pagi sampai petang; Di mulut naga lagi kurebut, Inikan pula di tangan orang. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiAnak dara pandai bergaya, Kain sempit berbelah dada; Jalannya lembut berlenggang sahaja, Rajin bersolek malas bekerja. |
|
Tesaurus |
---|
| lembut (adjektif) | 1. Bersinonim dengan tidak keras: lunak, lembik, empuk, Berantonim dengan keras
2. Dalam konteks perangai bersinonim dengan bersopan, bersantun, beradab, berbahasa, beradat, baik, elok, Berantonim dengan kasar
3. Dalam konteks suara bersinonim dengan lunak, perlahan, rendah, merdu, enak, Berantonim dengan keras
| Kata Terbitan : berlembut, melembutkan, kelembutan, |
|
Puisi |
---|
|
Lembut lemak sisi bemban, Terendak ikan letak di paya; Lemak lemah sirih digenggam, Hendak diunjuk emaknya ada.
Lihat selanjutnya... |
|