SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiHancur-hancur daun keladi, Buat makanan di waktu pagi; Hendak dikesal tak guna lagi, Carilah lain sebagai ganti. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiTak boleh kuda di ladang, Hancur belum dalam padi; Kalau tak boleh adinda kucadang, Habis fikir kubunuh diri. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiKalau tidak lembu Pak Jamal, Masakan badan hancur dan lumat; Kalaupun tidak ilmu dan amal, Bilakan badan boleh selamat? |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiAnak ayam turunnya tujuh, Mati seekor tinggalnya enam; Hancur luluh seluruh tubuh, Dijilat oleh neraka jahanam. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiTinggi bukit gunung mahligai, Sayang ketupat berisi inti; Hancur daging tulang berkecai, Belum dapat jangan berhenti. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiNyiur gading tinggi mahligai, Ketupat jua berisi inti; Hancur daging tulang berkecai, Belum dapat belum berhenti. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiNyiur gading puncak mahligai, Sayang ketupat berisi inti; Hancur daging tulang berkecai, Kasih sayang sampai ke mati. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiNyiur gading puncak mahligai, Ketupat manis berisi inti; Hancur daging tulang berkecai, Sudah dapat baru berhenti. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiKain perai baju pun perai, Letak mari atas peti; Hancur badan tulang berkecai, Budi adik dibawa mati. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiTajam sungguh si buluh gadung, Hendaklah ikat bersama tali; Hancur luluh tulang dan daging, Namun kulupa tidak sekali. |
|
Tesaurus |
---|
| hancur (adjektif) | 1. Bersinonim dengan pecah kecil-kecil: pecah halus-halus, lumat, pecah berderai, remuk, berkecai-kecai, berserpihan, relai,
2. Bersinonim dengan cair: larut, encer,
3. Bersinonim dengan rosak: musnah, binasa, roboh, runtuh, jahanam, lenyap,
4. Bersinonim dengan hancur hati: hancur luluh, remuk redam, putus asa, putus harap, kecewa,
| Kata Terbitan : menghancurkan, hancuran, kehancuran, penghancuran, penghancur, |
|
Puisi |
---|
|
Tak boleh kuda di ladang, Hancur belum dalam padi; Kalau tak boleh adinda kucadang, Habis fikir kubunuh diri.
Lihat selanjutnya... |
|