SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiEncik Akop menggali kolam, Delima batu dipenggal-penggal; Kalau dah sanggup jadi Islam, Lima waktu jangan ditinggal. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiPucuk kangkung batang jerami, Bunga padi di Tanah Daik; Sudah tak sanggup dengan kami, Cari ganti tempat yang baik. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiPucuk kaduk di tepi perigi, Diambil orang anak beranak; Biar buruk asalkan besi, Sanggup rebah kayu yang banyak. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiPohon betik si pohon sena, Buah lebat batangnya tinggi; Bawalah adik pergi bersama, Sanggup berenang di lautan api. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiBunga lada tangkainya sama, Petik setangkai kembang melati; Adinda berjanji terlalu lama, Tidak sanggup kanda menanti. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiBuih putih di air terjun, Dara jelita menangguk ikan; Biar pun kuih bercampur racun, Kerana cinta sanggup dimakan. |
|
Tesaurus |
---|
| sanggup (kata kerja) | 1. Bersinonim dengan bersedia: rela, sudi, mahu, ingin, suka, setuju, berkenan, tidak keberatan, Berantonim dengan enggan
2. Bersinonim dengan boleh: mampu, berupaya, pandai, dapat, terdaya, terlarat, berkebolehan, cekap, terbuat, lalu,
| Kata Terbitan : menyanggupi, kesanggupan, berkesanggupan, |
|
Puisi |
---|
|
Pucuk kangkung batang jerami, Bunga padi di Tanah Daik; Sudah tak sanggup dengan kami, Cari ganti tempat yang baik.
Lihat selanjutnya... |
|