Sabda S - Dewan Bahasa dan Pustaka
bidang penulisan rencana, puisi, cerpen dan novel. Karya-karya beliau banyak disiarkan dalam majalah dan akhbar seperti Utusan Zaman, Berita Minggu, Mastika, Bintang Timur, URTV, Wanita, Dian, Islah, Warta Jabatan Agama Johor, Kiblat, Al-Islam, Dewan Masyarakat dan Dewan Sastera. Tahun-tahun 1970-an merupakan dekad pembinaan karya-karya Sabda S., baik puisi mahupun cerpen. Banyak karya yang berunsur Islam dihasilkan penyair ASEAN di Jakarta. Semasa memimpin majalah Utusan Kiblat, Sabda pernah mencetuskan kontroversi apabila beliau mengemukakan isu “free mason”. Bagi menghentikan kontroversi ini, beliau dihantar mengikuti kursus kewartawanan dalam bidang agama di Jawa Tengah anjuran PWI dan Departmen Agama Indonesia. Sekembalinya dari Indonesia, beliau ditugaskan sebagai penyunting harian dengan mengendalikan berbagai-bagai ruangan termasuk, sukan, hiburan, ruangan perajurit dan pertanian. Pada
|
|
Tesaurus |
---|
| pandai | 1. Bersinonim dengan cerdik ( pintar, bijak, cerdas, bijaksana, bestari, bergeliga, cair otak, besar akal,
banyak akal, tajam akal, tajam fikiran, terang akal, terang hati, otak minyak, fatan, punsu,
tahu-tahu, piawai, ) (adjektif:) Berantonim dengan bodoh
2. Bersinonim dengan cekap ( mahir, handal, pantas, cekat, tangkas, biasa, terlatih, lancar, akas, prigel, campin, ) (adjektif:)
3. Bersinonim dengan ahli ( jauhari, tukang, pakar, juru, utas, empu, kipu, ) (kata nama:)
| Kata Terbitan : memandai-mandai, kepandaian, |
|
|