ISTILAH SUMBER |
ISTILAH SASAR |
BIDANG |
HURAIAN |
expropriation | pengambilalihan | ESG | Tindakan kerajaan atau pihak berkuasa yang mengambil harta milik persendirian untuk kegunaan atau faedah awam. |
Network for Greening the Financial System (NGFS) | Rangkaian Penghijauan Sistem Kewangan (NGFS) | ESG | Kumpulan Bank Pusat dan pengawal selia yang berkuasa untuk membantu memperkukuh tindak balas global yang diperlukan agar mencapai matlamat Persetujuan Paris. Rangkaian ini dapat meningkatkan peranan sistem kewangan dan memacu modal pelaburan hijau dan karbon rendah dalam konteks pembangunan kemampanan alam sekitar yang meluas. |
Feed-in Approval Holders (FIAH) | Pemegang Kelulusan Galakan (FIAH) | ESG | Individu atau syarikat yang memiliki sijil kelulusan galakan yang dikeluarkan oleh Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari (SEDA) Malaysia. Pemegang layak untuk menjual tenaga boleh diperbaharui pada kadar tarif galakan. |
next-generation vehicle | kenderaan generasi hadapan | ESG | Kenderaan yang menggunakan teknologi maju untuk meningkatkan prestasi, kecekapan dan kesan alam sekitar termasuklah teknologi kenderaan berkuasa elektrik dan hibrid, sel bahan api dan bahan termaju. |
|
Tesaurus |
---|
| kuasa | 1. Bersinonim dengan daya ( kemampuan, keupayaan, kesanggupan, kebolehan, kudrat, tenaga, ) (kata nama:)
2. Bersinonim dengan wibawa ( pengaruh, hak, mandat, daulat, ) (kata nama:)
3. Bersinonim dengan kekuatan ( ketahanan, keagungan, kawalan, cengkaman, pengaruh, ) (kata nama:)
4. Bersinonim dengan sanggup ( minat, rela, mahu, hendak, ) (kata kerja:)
| Kata Terbitan : sekuasa-kuasanya, berkuasa, menguasai, menguasakan, kekuasaan, penguasaan, penguasa, |
|
Peribahasa |
---|
| 423 News lords, new laws Apabila perintah baharu atau orang lain berkuasa, maka peraturan baharu pula diperkenalkan. Sekali air besar (gedang), sekali tepian beranjak (beralih) ''Last year, we didn't even have to pay a single cent for our quit rent. But now, wea are told to pay up,'' I said ''Well, that was last year. Now we have a new government. News lords, new laws,'' replied my boss. ''Tahun lepas kita tak perlu bayar satu sen pun cukai tanah. Tapi sekarang kita kena bayar pula,'' kataku. ''Itu tahun lalu, sekarang kerajaan baharu. Sekali air besar (gedang), sekali tepian beranjak (beralih),'' jawab ketuaku. Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
Lihat selanjutnya... |
|