Pantun |
Sumber |
Tema |
Nyiur tunggal kelapa tunggal, Tindan-menindan limau manis; Cium tinggal pangku tinggal, Tinggal adinda yang manis. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Nyiur tunggal kelapa tunggal, Tindan menindan kelapa manis; Berpeluk tinggal bercium tinggal, Tinggal abang jangan menangis. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Papariala papariaman, Papariala di dalam peti; Tinggal kampung tinggal halaman, Tinggal tuala pembalut hati. | Kurik Kundi Merah Saga | Perantauan |
Tetak apong tetak sedahan, Anak Cina menyemai padi; Tinggal kampung tinggal halaman, Tinggal jambatan bekas kumandi. | Kurik Kundi Merah Saga | Perantauan |
Serai serumpun tengah halaman, Tempatlah murai berulang mandi; Tinggal kampung tinggal laman, Tinggal laman tempatnya mandi. | Kurik Kundi Merah Saga | Perantauan |
Mana tiku mana piaman, Batu kecil kiliran padi; Tinggal kampung tinggal halaman, Tinggal tepian tempat mandi. | Kurik Kundi Merah Saga | Perantauan |
Bunga puan bunga selasih, Bunga keduduk berkait-kait; Tinggal tuan tinggal kekasih, Tinggal duduk baik-baik. | Kurik Kundi Merah Saga | Perantauan |
Serai serumpun di tengah laman, Tempat murai berjejak kaki; Tinggal kampung tinggal laman, Tinggal surau tempat mengaji. | Kurik Kundi Merah Saga | Perantauan |
Serai serumpun di tengah halaman, Tempat murai menjejak kaki; Tinggal kampung tinggal halaman, Tinggal pangkalan tempatku mandi. | Kurik Kundi Merah Saga | Perantauan |
Penggal betik penggal puan, Penggal mari di pokok manggis; Tinggal adik tinggal tuan, Tinggal sayang jangan menangis. | Kurik Kundi Merah Saga | Perantauan |
|
Tesaurus |
---|
| tinggal (kata kerja) | 1. Bersinonim dengan diam: duduk, bersemayam, bermastautin, menetap, menghuni, menginap, menumpang, bercokol, bersarang,
2. Bersinonim dengan berbaki: bersisa, berlebih, ada lagi, masih ada,
3. Bersinonim dengan tetap: kekal, sentiasa, selalu, masih,
| Kata Terbitan : meninggal, meninggalkan , tertinggal, tinggalan, ketinggalan, peninggalan, sepeninggalan, sepeninggal, |
|
Puisi |
---|
|
Nyiur tunggal kelapa tunggal, Tindan menindan kelapa manis; Berpeluk tinggal bercium tinggal, Tinggal abang jangan menangis.
Lihat selanjutnya... |
|