Pantun |
Sumber |
Tema |
Bukan rakit sebarang rakit, Rakit kayu berlantai buluh; Bukan sakit sebarang sakit, Sakit merindu adik yang jauh. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Bukan rakit sebarang rakit, Rakit dibuat orang peladang; Bukan sakit sebarang sakit, Sakit mengingat abang di seberang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Bukan rakit sebarang rakit, Rakit tempat datuk penghulu; Bukan sakit sebarang sakit, Sakit kami menahan rindu. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Bukan rakit sebarang rakit, Rakit berisi tampuk pinang; Bukan sakit sebarang sakit, Sakit kami mabuk kepayang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Bukan rakit sebarang rakit, Rakit terapung di tengah sungai; Bukan sakit sebarang sakit, Sakit menanggung kasih tak sampai. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Banyak bukit perkara bukit, Bukit di mana kan dipanjat; Banyak sakit perkara sakit, Sakit bercinta payah dibuat. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Sabit bukan sebarang sabit, Sabit berhulu kepala gagak; Sakit bukan sebarang sakit, Sakit merayu gilakan talak. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Sabit bukan sebarang sabit, Sabit berhulu kepala gajah; Sakit bukan sebarang sakit, Sakit merayu jandanya nikah. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Sabit bukan sebarang sabit, Sabit tahan mematah parang; Sakit bukan sebarang sakit, Sakit makan buah terlarang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Sabit bukan sebarang sabit, Sabit dapat pengganti pisau; Sakit bukan sebarang sakit, Sakit melihat laki merayau. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
|
Tesaurus |
---|
| sakit (adjektif) | 1. Bersinonim dengan uzur: gering, lesu, lemah, Berantonim dengan sihat
2. Bersinonim dengan pedih: sengal, ngilu, sebal, sebak, bengkak, kebas, nyeri, remai, bisa, Berantonim dengan selesa
3. Bersinonim dengan seksa: sengsara, azab, derita, merana, kecewa duka, lara, susah, payah, sukar, sulit, Berantonim dengan bahagia
| Kata Terbitan : bersakit, bersakit-sakit, menyakiti, menyakitkan, kesakitan, penyakit, berpenyakit, pesakit, |
|
Puisi |
---|
|
Sakit barah sakitnya bisul, Sakit mari menghujung jari; Kami bertanya kepada usul, Untuk siapa cincin di jari?
Lihat selanjutnya... |
Peribahasa |
---|
| 123 It's no use crying over spilt milk Tidak ada gunanya bersedih atas kesilapan atau perkara buruk yang sudah berlaku kerana ia tidak dapat diubah lagi. Apa boleh buat, sakit menimpa sesal terlambat Looking back, I should have listened to my mother's advice. I should not have associated myself with bad guys and get involved in drug abuse. Now, I am facing the consequences, but it's no use crying over split milk. Mengenang kembali, saya seharusnya mendengar nasihat ibu. Saya tidak sepatutnya bercampur dengan budak jahat dan terjebat dalam penyalahgunaan dadah. Kini, saya menerima padahnya, tetapi apa boleh buat, sakit menimpa sesal terlambat . Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
Lihat selanjutnya... |
|