Pantun |
Sumber |
Tema |
Rosak sukat rosak timbangan, Timbangan rosak berat tak betul; Rosak adat rosak pegangan, Pegangan rosak maksiat tercabut. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Asam jawa terlalu masak, Masak tak boleh dijeruk lagi; Hati saya terlalu rosak, Rosak tak boleh dipujuk lagi. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Nasi masak sayur pun masak, Turun ke tanah memetik lada; Hati rosak jantungku rosak, Rasa bekah dalam dada. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Rosak lesung kerana antan, Sebab menumbuk padi puteri; Hilang buntat berganti intan, Baru jadi sinar negeri. | Kurik Kundi Merah Saga | Kiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran |
Rosak pahat tangkainya patah, Tangkai patah tinggallah puting; Rosak adat perangai menyalah, Pegangan rosak maksiat bercabut. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Kain baldu dibuat tilam, Dara berdandan pengantin baru; Rosak madu kerana jadam, Rosak iman kerana nafsu. | Kurik Kundi Merah Saga | Agama |
Bunga terhambur di dalam perigi, Dari jauh nampak putih; Rosak nasi kerana api, Rosak hati kerana kasih. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Rotan rosak di hujung tanjung, Hanyut terletak di tepi beting; Bukan salah pasak penyambung, Kain tak cukup digunting. | Kurik Kundi Merah Saga | Kiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran |
Rosak perisa hilang lazatnya, Lazat hilang rasanya hambar; Rosak bangsa hilang adatnya, Adat hilang bahayanya besar. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Rosak perisa hilang lazatnya, Lazat hilang lauk terbuang; Rosak bangsa hilang adatnya, Adat hilang kutuk pun datang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
|
Tesaurus |
---|
| rosak (adjektif) | 1. Bersinonim dengan binasa: musnah, punah, ranap, jahanam, hancur, hancai, lingkup, hapus, tengkarap, terban,
2. Bersinonim dengan buruk: busuk, cacat, cedera, usang, lapuk, reput, lama, tua, Berantonim dengan elok
| Kata Terbitan : merosakkan, kerosakan, perosak, |
|
Puisi |
---|
|
Nasi masak sayur pun masak, Turun ke tanah memetik lada; Hati rosak jantungku rosak, Rasa bekah dalam dada.
Lihat selanjutnya... |
|