Pantun |
Sumber |
Tema |
Yang membantah tentulah panas, Panas benak panas bicaranya; Orang memerintah tentulah puas, Puas tekak puas seleranya. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Puas sudah menanam ubi, Nanas datang dari seberang; Puas sudah menanam budi, Emas juga dipandang orang. | Kurik Kundi Merah Saga | Budi |
Puas mengaji balik ke ladang, Menengok padi dimakan burung; Puas menanti adik tak datang, Elok kupergi membawa untung. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Sapu lidi penyapu halaman, Supaya mata puas memandang; Pilu hati menrindukan tuan, Hamba berdoa lekaslah pulang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Titi jalan mati, Titi Bandar Miri; Syaitan puas hati, Musnah anak negeri. | Pantun Melayu Sarawak | Budaya |
Lengkuas penuh dengan serat, Dibuang kulit diambil pati; Puas kujelajahi laut dan darat, Baru kutemui pencarian sejati. | Pantun Melayu Sarawak | Perantau |
Buah nangka dimakan ungka, Belum masak sudah berulat; Puas sudah menahan cinta, Eloklah kita menikah cepat. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Hendak memakan buah cermai, Makan bersama jambu susu; Puas ombak melanda pantai, Mengapa pantai tak ambil tahu? | Kurik Kundi Merah Saga | Kiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran |
Ambil kain cuba dilipat, Kain batik bunganya rapat; Puas dipancing ikan tak dapat, Cabut joran alih tempat. | Kurik Kundi Merah Saga | Kiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran |
Pucuk manis dalam padi, Buah papaya dalam perahu; Puas menangis dalam hati, Seorang manusia tidak tahu. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
|
Tesaurus |
---|
| puas (adjektif) | 1. Bersinonim dengan senang hati: lega, selesa, bahagia, sejahtera, seronok, tenang, tenteram, kenyang, cukup, pada, jelira,
marem,
2. Bersinonim dengan jemu: bosan, jelak, jenuh, cemus, muak, lugu, majal, pasai,
| Kata Terbitan : berpuas hati, memuaskan, kepuasan, |
|
Puisi |
---|
|
Hendak memakan buah cermai, Makan bersama jambu susu; Puas ombak melanda pantai, Mengapa pantai tak ambil tahu?
Lihat selanjutnya... |
Peribahasa |
---|
| 411 The more you have, the more you want Manusia tidak pernah puas dengan apa yang dimiliki: sudah dapat, mahu lagi. Nafsu tidak bertepi I told myself that once my savings reached RM1million, I would retire for good. But the more you have, the more you want. Now, I think that amount is not enough. Aku berkata kepada diriku yang aku akan bersara sebaik sahaja simpananku mencecah RM1 juta. Tetapi nafsu tidak bertepi. Kini, aku merasakan bahawa jumlah itu tidak mencukupi. Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
Lihat selanjutnya... |
|