Pantun |
Sumber |
Tema |
Apa bekal pergi ke Cempa, Untuk makan dalam perahu; Biar mahal barang ditempa, Jika borong saya tak mahu. | Kurik Kundi Merah Saga | Perniagaan |
Kalau tuan pergi ke rakit, Bunga raya dalam celepa; Kalau tak ada ringgit di kocek, Taruh boyan tak jadi apa. | Kurik Kundi Merah Saga | Jenaka |
Sungguh-sungguh pergi ke darat, Memetik bunga dalam batu; Sabar ditahan jadi mudarat, Akal dan fikir habislah buntu. | Kurik Kundi Merah Saga | Nasihat Nasihat |
Kalau tuan pergi ke paya, Pucuk ramunia dalam jantung; Kalau bertembung kelapa muda, Alamat dunia hendak digulung. | Kurik Kundi Merah Saga | Kiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran |
Buah sepak digantung tinggi, Jatuh dia ke dalam kapit; Bapa saya sudah pun pergi, Pulang ke dagang tempat tak sabit. | Kurik Kundi Merah Saga | Perantauan |
Padi basah di dalam paya, Dibawa orang pergi ke kota; Apa nak susah kepada saya, Saya dah ada di depan mata. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Merpati telurnya hijau, Pecah sebiji di dalam cawan; Abang pergi ke langit hijau, Adik menanti di kaki awan. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Pergi ke sana bulan mengambang, Menangkap ikan dalam telaga; Lemak telur berlinang-linang, Sisik terlekat pada dada. | Kurik Kundi Merah Saga | Peribahasa |
Pergi ke hulu tanam selasih, Orang bersikat di dalam bilik; Kalau adik kenang kekasih, Baik kita berikat balik. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Kalau tuan pergi ke tanjung, Kirim saya bunga dahlia; Ibarat api dalam tanglong, Angin yang mana padamkan dia? | Kurik Kundi Merah Saga | Kiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran |
|
Tesaurus |
---|
| pergi (kata kerja) | 1. Bersinonim dengan menuju ke: menujui, menghala ke, mengarah ke, Berantonim dengan datang
2. Bersinonim dengan berhambus: cabut, lari, nyah, incit, keluar, hilang, turun, angkat kaki, kepol, calo, andun,
3. Bersinonim dengan bertolak: berlepas, berangkat, belayar, berjalan, bercemar duli, bertolak punggung, mengorak
langkah, mengorak sila, Berantonim dengan tiba
4. Dalam konteks kiasan bersinonim dengan meninggal dunia, mati, wafat, mangkat,
| Kata Terbitan : berpergian, kepergian, pemergian, |
|
Puisi |
---|
|
Anak Cina pergi ke hutan, Pergi ke hutan memburu rusa; Teras gaharu sangka bukan, Salah pandang rosak binasa.
Lihat selanjutnya... |
|