Pantun |
Sumber |
Tema |
Tinggi-tinggi pucuk, Bukan dulang selasih paku; Hendak pergi pergi merajuk, Bukan seorang kekasih aku. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Cik Ali pergi berperang, Pergi berperang dengan senjata; Awan di langit kalau terang, Cahaya bintang baru nyata. | Kurik Kundi Merah Saga | Kiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran |
Anak raja pergi menyumpit, Pergi menyumpit pagi hari; Kalau paya menjadi bukit, Ditimpa hujan roboh sendiri. | Kurik Kundi Merah Saga | Kiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran |
Ramai orang pergi mengaji, Pergi ke surau datuk penghulu; Andainya saya memungkiri janji, Tanda ajal menjemput dulu. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Pergi ke Jeddah pergi haji, Barulah balik berseri-seri; Kalau sudah abang pergi, Adik di sini apa nak jadi? | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Selasih jangan tinggi, Kalau tinggi berdaun jangan; Kekasih jangan pergi, Kalau pergi bertahun jangan. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Sayang selasih janganlah tinggi, Jikalaulah tinggi berdaun jangan; Jika kekasih hendak pergi, Jika pergi bertahun jangan. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Pergi menjenguk orang Pekasa, Pergi mengambil buah gajah; Hati baik selembut bahasa, Hati busuk serupa wajah. | Pantun Melayu Sarawak | Kasih |
Pergi ke Arafah naik unta, Panas terik duduk berhenti; Kerajaan berbelanja berjuta-juta, Menyusun atur warga sehati. | Pantun Melayu Sarawak | Setia Bangsa |
Pergi memajak tanah di anjung, Uni menjadi ambil buahnya; Bumi dipijak langit dijunjung, Sebiji padi emas padahnya. | Pantun Melayu Sarawak | Nasihat |
|
Tesaurus |
---|
| pergi (kata kerja) | 1. Bersinonim dengan menuju ke: menujui, menghala ke, mengarah ke, Berantonim dengan datang
2. Bersinonim dengan berhambus: cabut, lari, nyah, incit, keluar, hilang, turun, angkat kaki, kepol, calo, andun,
3. Bersinonim dengan bertolak: berlepas, berangkat, belayar, berjalan, bercemar duli, bertolak punggung, mengorak
langkah, mengorak sila, Berantonim dengan tiba
4. Dalam konteks kiasan bersinonim dengan meninggal dunia, mati, wafat, mangkat,
| Kata Terbitan : berpergian, kepergian, pemergian, |
|
Puisi |
---|
|
Cik Ali pergi berperang, Pergi berperang dengan senjata; Awan di langit kalau terang, Cahaya bintang baru nyata.
Lihat selanjutnya... |
Peribahasa |
---|
| 373 All men must die Semua orang pasti mati. Bunga gugur putik pun gugur I just couldn't believe it when my brother passed away that morning. He was still young.But all men must die. Only God is immortal. Aku tak percaya yang adikku pergi buat selama-lamanya. Dia masih muda. Namun bunga gugur putik pun gugur . Hanya Tuhan sahaja yang daim. Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
Lihat selanjutnya... |
|