Pantun |
Sumber |
Tema |
Pandai-pandai mencari akar, Rotan seruas banyak onarnya; Pandai-pandai pergi belayar, Lautan luas banyak ombaknya. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Pandai-pandai bertanam pisang, Kalau panas carikan tudung; Pandai-pandai berjalan siang, Kalau panas cepat berlindung. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Pandai-pandai bertanam bayam, Carilah batang pengganti buluh; Pandai-pandai berjalan malam, Carilah bintang pengganti suluh. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Pandai-pandai jika menari, Orang banyak yang menggantikan; Pandai-pandai menjaga diri, Lubang banyak di tengah jalan. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Pandai-pandai adik melenggang, Jangan memijak tali arang; Pandai-pandai adik bertenggang, Jangan menidakkan kasih orang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Pandai-pandai mengibar jala, Dapat sembilang ikan berduri; Menjalan tugas dengan setia, Sumbang bakti jati diri. | Pantun Melayu Sarawak | Budi Rampaian |
Satu dua tiga empat, Lima enam tujuh setengah; Pandai-pandai tupai melompat, Lama-lama jatuh ke tanah. | Kurik Kundi Merah Saga | Peribahasa |
Memasang jerat sudah lama, Dapat seekor burung nuri; Saya pergi tiada lama, Pandai-pandai menjaga diri. | Kurik Kundi Merah Saga | Perantauan |
Banyak orang pandai berkitab, Sedikit orang pandai bersyair; Banyak orang pandai bercakap, Sedikit orang pandai berfikir. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Awang Dollah pandai meniti, Pandai meniti pandan mengkuang; Kerana tebu semut tak mati, Kerana semut gula terbuang. | Kurik Kundi Merah Saga | Peribahasa |
|
Tesaurus |
---|
| pandai | 1. Bersinonim dengan cerdik ( pintar, bijak, cerdas, bijaksana, bestari, bergeliga, cair otak, besar akal,
banyak akal, tajam akal, tajam fikiran, terang akal, terang hati, otak minyak, fatan, punsu,
tahu-tahu, piawai, ) (adjektif:) Berantonim dengan bodoh
2. Bersinonim dengan cekap ( mahir, handal, pantas, cekat, tangkas, biasa, terlatih, lancar, akas, prigel, campin, ) (adjektif:)
3. Bersinonim dengan ahli ( jauhari, tukang, pakar, juru, utas, empu, kipu, ) (kata nama:)
| Kata Terbitan : memandai-mandai, kepandaian, |
|
Puisi |
---|
|
Memasang jerat sudah lama, Dapat seekor burung nuri; Saya pergi tiada lama, Pandai-pandai menjaga diri.
Lihat selanjutnya... |
Peribahasa |
---|
| 9 A bad workman always blames his tools Orang yang tidak pandai melakukan sesuatu pekerjaan biasanya enggan mengakui kelemahan diri tetapi sebaliknya menyalahkan alat yang digunakan pula. Menari yang tak pandai, dikatakan lantai nan terjungkit. She apologized for the burnt cookies, saying that her oven was an old model. Incompetent people always blame other things for their failures. As the saying goes, a bad workman always blames his tools. Dia meminta maaf kerana biskut tersebut hangus. Alasannya ialah ketuharnya model lama. Orang yang tidak mahir sering menyalahkan benda lain atas kegagalan mereka, bak kata pepatah menari yang tak pandai, dikatakan lantai nan terjungkit. Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
Lihat selanjutnya... |
|