Pantun |
Sumber |
Tema |
Hati-hati pinang muda, Pinang muda makan pipit; Sampai hati meninggal saudara, Tidak mengenang barang sedikit. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |
Bunga melati di tengah padang, Mari dikutip anak Cina; Harimau mati meninggal belang, Manusia mati meninggalkan nama. | Kurik Kundi Merah Saga | Peribahasa |
Burung tiung beranak tunggal, Hinggap mari atas bumbung; Ibu mati ayah meninggal, Pada siapa hendak bergantung. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |
Telur merpati telur tunggal, Taruh mari atas meja; Emak mati bapa meninggal, Pada siapa hendak bermanja. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Burung merpati bertelur tunggal, Menetas anak turun ke paya; Ibu mati bapa pun meninggal, Di manalah tempat kami nak bermanja. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Bulan cerah langit putih, Ambil galah menikam tebing; Bukan mudah mencerai kasih, Seperti darah meninggal daging. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Kalau tuan memburu landak, Saya membeli batu berkati; Kalau puan benar-benar hendak, Cuba-cuba meninggal laki. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Asap api embun berderai, Ramas santan di dalam mangkuk; Hajat hati malas bercerai, Ibarat ikan meninggal lubuk. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Air panas sedang mendidih, Untuk dibuat air kopi; Selama ini hati adik sedih, Takut abang meninggal pergi. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Pela-pela semudik ke hulu, Kalau tak mandi dibasuh muka; Pela-pela sedapat malu, Kalau tak mati meninggal jasa. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |
|
Tesaurus |
---|
| tinggal (kata kerja) | 1. Bersinonim dengan diam: duduk, bersemayam, bermastautin, menetap, menghuni, menginap, menumpang, bercokol, bersarang,
2. Bersinonim dengan berbaki: bersisa, berlebih, ada lagi, masih ada,
3. Bersinonim dengan tetap: kekal, sentiasa, selalu, masih,
| Kata Terbitan : meninggal, meninggalkan , tertinggal, tinggalan, ketinggalan, peninggalan, sepeninggalan, sepeninggal, |
|
Puisi |
---|
|
Bunga melati di tengah padang, Mari dikutip anak Cina; Harimau mati meninggal belang, Manusia mati meninggalkan nama.
Lihat selanjutnya... |
|